Sunday, March 29, 2015

Amaryllis Spa


Hai semua!
Hari ni gi hantar my Mak ke Amaryllis Spa untuk sauna. Jangan main-main ok. My Mak sekarang dah pandai gi spa.. Hehe... Sape yang ajar? Siapa lagi kalau bukan anak bertuah dia ni kan. Hehehe.

Sementara Mak dok dalam sauna tu, meh kita selfie dulu. Tak de kerjalah kau kan Jah... Selfie tak habis-habis. Muhahaha... Haruslah tuan rumah kedaung feeling feeling poyo kan. Ahak.


Ni lah suasana di dalam Amaryllis Spa. Sedap je mata memandang kan? Memang tenang pon. 

Nampak tak teko putih yang comel tu? Setiap customer yang datang, diorang hidangkan air halia yang di campur madu. Hmmm... Segar ok. Buang segala angin dalam badan. Aku sukaaaa... Air halia ni bukan untuk customer je tau. Untuk orang yang sedang menunggu customer macam aku pon boleh minum. Hehehe.

Fountain ni kadang-kadang diorg on kadang-kadang diorang off. Mungkin aku sampai ni pagi lagi agaknya, so diorang belum on lagi. Kalau tidak, bolehlah dengar desiran air yang mengalir. Serius sedap telinga mendengar. Menenangkan.

Waiting area untuk tetamu. Menggunakan hiasan kayu jati. Sangat village kan.

Ini antara produk yang mereka gunakan jenama Adania. Produk yang berasaskan semulajadi. Facial wash dia wangi ok. Segar je rasa. 

Aku ingat nak cuba dan beli, tapi beauty consultant tu tak bagi ok. Hahhaha... Korang pernah alami, nak beli tapi penjual tak kasi? Ops, jangan salah faham yer. Bukan diorang tak nak jual. Sebenarnya, produk ni berasaskan semulajadi, so kalau nak beli, better ambil full set. Untuk mengelakkan kesan tindak balas yang tak elok sekiranya di campur dengan produk lain. Di sebabkan aku still nak pakai produk kesukaan aku Nutriwhite tu, makanya diorang tak mahulah jual. Takut naik kesan jerawat katanya nanti customer salahkan produk mereka. 

Ok fine! Tak pe everymonth kan aku buat facial kat sini, dapatlah menikmati kesegaran pencuci muka Adania ni. ;-)

Tak adalah pulak naik jerawat muka aku ni after facial tu kan.


Loofah for face. Harga RM 15. Sebagai ahli VVIP, aku dapat less 15% untuk semua produk mereka. Loofah ni macam menarik tau. Berfungsi sebagai scrub muka. Seminggu boleh gunakan 2 atau 3 kali sahaja bagi membuang sel-sel mati.

Ini area untuk foot bath. So kalau korang ambil foot bath, kat sinilah korang akan berehat sambil merendam kaki di dalam air suam yang di campur dengan bunga lavendar dan garam bukit. Syok wooo... Sesekali manjakan kaki apa salahnyakan. Penat ok kaki berkerja setiap hari.

Hair treatment area. Entry sebelum ni aku dah pernah cerita yang aku ambil pakej hair treatment kan? 

Hair treatment pakej dia memang best. Urutan kepala, mask, stim... Laser lagi. Memang bestlah. Recommended. Oh, btw diorang bagi herba mask. So bau herba agak kuat.  Untuk kurangkan bau herba, korang boleh add on papaya mask, baunya lebih harum gitu. Aku hari tu tak tambah pun sebab aku nak tengok berapa lama bau herba kat rambut tu boleh bertahan. Lebih seminggu ok. Itupun dah 2 atau 3 kali aku syampoo dengan rejoice, bau herba masih ada. Bagi yang tak suka bau jamu ni, baik uols add on papaya mask tu. Cuma satu yang aku rasa tidak berbaloi untuk hair treatment ni ialah trim rambut diorang charge RM 15. Which is trim sikit hujung rambut je. Bukannya potong rambut style layer ke apa. So kalau nak jimat, korang tak payahlah trim hujung rambut tu. Hehehe. Yang lain, sangat recommended. Puas hati!



Secara jujurnya, Amaryllis spa ialah spa yang menawarkan harga yang sangat berpatutan dengan servis yang mantap. Selain dekorasi yang cantik. Bagi aku, penting dekorasi atau interior bagi sebuah spa. Bayangkan orang yang datang spa ni ialah orang yang nak rest. Rest badan, rest minda, rest otak semualahkan. So, benda ni semua memainkan peranan. 

Cuma satu cadangan aku, alunan muzik juga penting ketika treatment.. Mungkin di masa akan datang, Amaryllis boleh extend speaker muzik ke dalam bilik-bilik rawatan. Baru sedap telinga mendengar. Sekarang ni, muzik yang diorang pasang hanya di area front desk je yang dengar. Apa pun, ini adalah cadangan untuk penambahbaikan. 

Service memang mantap. Dari sauna, urutan badan, facial dan hair treatment semuanya aku puas hati. 

So kalau korang ada yang berhajat nak ke spa, bolehlah cuba datang ke Amaryllia Spa. Aku yakin korang jugak akan puas hati.




with luv,

No comments:

Post a Comment