Thursday, November 14, 2013
dingin malam...
Malam yang semakin larut mengundang suasana yang semakin sunyi dan sepi. Berbual-bual secara maya atau bahasa mudahnya whatsapp sahabat yang mula rapat mengenai hala tuju sebuah perniagaan. Apabila ada arah tujuan barulah terada ertinya hidup untuk memberi.
Ntah bagaimana ia bermula namun tatkala Madinah al munawarah menjadi topik utama, hati mula rindu. Perasaan yang tak bisa diungkapkan. Kami mula memasang angan bila akan menjejakkan kaki ke sana. Dalam kerancakan bercerita, aku nyatakan padanya yang aku harus mengumpul harta kerana peraturan kerajaan arab saudi yang tidak membenatkan lagi menumpang mahram... Dalam hati ingin aku sampaikan, aku perlu membawa adikku sebagai mahramku.
Namun satu ungkapan yang buat ku terkesima," dun worry... u'll go there with your imam.. in sha allah.". Ntah dari mana tiba-tiba kekuatan itu menular ke seluruh rongga. Allahu Akbar. Akan ku nantikan saat-saat indah itu. Kurniakanlah kesabaran padaku utk menanti detik indah itu nanti....
with luv,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment