Friday, November 1, 2013

Busy as usual



As salammualaikum w.b.t,

October adalah bulan yang sangat sibuk dengan bermacam-macam tugasan. Jadual berubah sejak Mak & Abah pergi menunaikan Haji. but, Alhamdulillah... Aku manage semuanya. Walaupun pada awalnya agak kelam kabut mengatur jadual tapi setelah hampir 3 minggu aku berjaya! Yeay! U can Eza...

Rutin harian ku berubah 100%. Seawal jam 5.30 pagi aku dah bangun menguruskan rumah. Lepas solat subuh terus mulakan aktiviti di dapur, buat breakfast dan masak untuk lunch on that day. Everyday without fail. Haha... Boleh je kalau nak beli kan tapi sebab adik dan Boy bawak bekal setiap pagi, terpaksalah aku prepare breakfast.

Lunch pula, Boy request nak bawa bekal so terpaksa masak sekali. Kalau Boy tak bawa bekal pon memang aku kena masak sebab tengah hari sebelum ke kelas agama, Boy akan lunch di rumah. Setiap hari, adik akan ambil Boy dari sekolah dan seterusnya hantar ke Sekolah agama pula sebelum dia terus ke tempat kerja. So, kerja aku agak sedikit mudah di situ sebab tak perlu berkejar-kejar lunch time nak ambil Boy balik sekolah.

Sebelah malam pula, selesai solat Maghrib berjemaah baru aku ke dapur masak untuk dinner. Biasanya aku hanya masak satu lauk sahaja. Sebab kalau masak banyak-banyak lauk pon tak habis di makan yang akhirnya di campak ke tong sampah. Jadi, jangan membazir!
Kadang-kadang kalau adik tengok aku letih sangat dia pergi beli makanan so aku tak payahlah masak dinner. Heaven sekejap. hehhehe...

Setiap 2 hari baru aku membasuh kain. Sidai dalam rumah je. Kalau sebelum ni mak ada nak sidai dan angkat kain so now sidai dalam rumah je. Kalau sidai kat luar siapa pulak nak tolong angkat kain kalau hujan kan. So ambil jalan selamat.

Honestly, duduk di rumah membuat semua kerja-kerja rumah memang memenatkan. Aku respect la dengan surirumah atau wanita-wanita yang berkerja punya anak-anak tetapi tidak ada pembantu rumah. Memang aku respek.

Bayangkan, di rumah, kerja tak pernah habis. Kalau ada yang membantu ok lah kan. Kalau tak ada, jenuh tu. Nasib baik adik-adik aku jenis yang ringan tulang... Masing-masing tahu nak buat apa... Kalau aku tak sempat basuh pinggan, Boy atau adik tolong basuhkan. Kalau aku tak sempat lipat kain, adik tolong lipatkan. Oh, terima kasih adik-adik.

Dan, Boy sekarang dah boleh di harap. Basuh baju sekolah sendiri. Basuh kasut sekolah sendiri hatta gosok baju pon sendiri. Kalau sebelum ni semua Mak yang tolong buatkan, so now harus berdikari. Tapi sebenarnya, kami adik beradik kecuali Boy memang dah di dedahkan untuk berdikari sejak masuk sekolah darjah 1 lagi. Cuma Boy agak lewat. So aku tak ada masalah dengan adik-adik yang lain. kecuali Boy. Mungkin sebab dia anak bongsu, so semua benda Mak buatkan. Tapi sekarang dia dah berdkari. Yes! Berjaya train dia. ;-)

Cuma satu benda yang aku terpaksa korbankan ialah menjahit. Masa menjahit sangat-sangat terhad. So ativiti menjahit hanya pada hujung minggu sahaja. Tempahan kek karamel dan durian crepe masih berjalan seperti biasa. Alhamdulillah. Dan......

Bisnes shaklee aku berjalan seperti biasa. Dalam kesibukan itu, aku sempat mencuri-curi masa berkongsi tentang kebaikan Shaklee dan alhamdulillah... It was amazing.... Sangat amazing. Alhamdulillah..

ok lah, sambung lagi nanti... ;-)



with luv,

No comments:

Post a Comment