Tuesday, May 7, 2013

Bagaimanakah akhirnya?



Dari apa yang berlaku, terlalu banyak yang ingin aku luahkan. Tapi adakah luahan-luahan ini akan menyakiti insan lain? Lalu aku memilih untuk tidak meluahkannya bukan kerana aku lemah tetapi ukhwah yang aku sayangi. Hanya padaNya tempat aku meluahkan kegusaran dan kebimbangan ini. Apakah masih ada rahmatMu Ya Allah? 

Kadangkala aku terfikir, apakah tidak ada titik tengah antara dua perbezaan? Apakah tidak ada kesamaan dalam setiap keraguan? Apakah tidak ada penyelesaian dalam setiap kepincangan? Jika ada pilihan untuk berdamai mengapa memilih rusuhan sebagai penyelesaian? Jika ada pilihan untuk kemakmuran kenapa memilih kekucar-kaciran sebagai pilihan?


Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Malah merasai apa yang dirasai
Kegundahan dan kegusaran
Buat hati ini sedih sekali
Kelihatannya semua ingin berbicara 
Tanpa ada sekelumit pun ingin menghormati
Apakah kini melayu sudah tidak punya kesantunan dalam berbicara?

Ya Allah, 
Berikanlah yang terbaik
Untuk kami semua 
Tanpa ada yang terluka
Dalam memperjuangkan agenda mereka.

Ya Allah,
Satukanlah hati-hati kami yang berbeza ini
Mencari titik persamaan yang Kau redhai
Untuk agama ISLAM yang aku cintai.. 
amin...amin ya Robb..


by,
msraiza




with luv,

No comments:

Post a Comment