Tuesday, June 8, 2010

Damia discharge today.... alhamdulillah

Salam,

Hari ni nak citer pasal Damia jer. Start dari hari pertama Damia tak sihat sehinggalah Damia keluar dari Hospital.

2 Jun 2010 @ Day 1 @ HKL
Damia sangat lemah. Langsung tak boleh menyusu. Minum air pon tak boleh. Mesti muntah semula. Doc check perut, pernafasan, suhu badan, oksigen - Semua test OK.
Mummy try lagi bagi susu tapi Damia still muntah. Damia boleh minum susu dan nak minum susu tapi after a few minute lepas menyusu, Damia akan muntah kuning. Tu yang membimbangkan. Doc just pantau perkembangan muntah Damia.



3 Jun 2010 @ Day 2 @ HKL
Damia semakin lemah. Langsung tak boleh menyusu. Kalau semalam Damia nak menyusu tapi hari ni Damia tak nak menyusu langsung dan asyik merengek nak peluk. Langsung tak nak letak atas katil. So, terpaksalah mummy riba Damia. Keadaan makin teruk but Doc still tak dapat kesan penyakit Damia. Hari ni Doc ambik kencing Damia. Pampers semua kena timbang. Doc suspect infection semasa sunat.

Pakar consultant yg check Damia, minta Damia di rujuk ke pakar bedah sebab Damia tak buang air besar langsung sepanjang berada di wad. Doc takut usus problem.



4 Jun 2010 @ Day 3 @ HKL
Damia di rujuk ke Pakar Bedah. Test semua OK. Usus OK. Suhu badan OK. Oksigen OK. Pernafasan OK. Still Doc tak de punca penyakit Damia. Doc masuk glucose kat Damia sebab bibir Damia dah mula kering.

Damia sangat lemah. Hanya terbaring je. Tiada tindak balas fizikal. Hanya gerak mata sahaja. Mak Ngah agah Damia pon damia tak senyum. Apatah lagi nak angkat tangan ngan kaki cam biasa. So Damia hanya tdo time nih.

Malam ni Mak Ngah, atuk mak, atuk abah, pak cik, pak lang n pak usu semua balik kampung. Nak cuba perubatan alternative. Kesian tengok Damia macam ni. Lepas tengok Damia, pukul 8 mlm ai and my family gerak ke Sabak Bernam and tiba lebih kurang pukul 11 mlm.


5 Jun 2010 @ Day 4 @ HKL
Damia dah mula sihat. Dah boleh bertindak balas. Walaupun glucose masih belum tanggal, Damia dah mula nak main. Tak macam semalam. But still Damia tak boleh menyusu. Damia macam dah lupa camne nak menyusu. tengok botol susu pon macam tak de perasaan jer.

Doc suruh mummy monitor najis Damia. Cam ne Damia nak buang air besar sebab Damia langsung tak menyusu. Hari ni Doc suruh mummy try susukan Damia. Hopefully Damia nak menyusu.

Damia start menyusu. Dari tengah malam sampai pagi tadi, 2 kali Damia menyusu. Kali ke-3 Damia menyusu, Damia muntah susu. Mungkin sebab perut dah masuk angin sebab dah beberapa hari tak boleh menyusu. So Doc still pantau tahap muntah dan najis Damia. Infection sunat tak de. So semuanya ok. Mummy sapu minyak cak yu yee dgn minyak Telon kat perut, kaki and kepala Damia.

Damia semakin sehat walau belum sehat sepenuhnya. Damia menyusu macam biasa.


6 Jun 2010 @ Day 5 @ HKL
Damia semakin sehat. Doc dah cabut glucose sebab Damia dah boleh menyusu macam biasa. Muntah pon dah takde. cuma muntah susu jer. Check everything normal. Hari ni Damia buang air besar. Mummy sangat suka sebab ingatkan Damia boleh discharge hari nih tapi Doc kata belum lagik. Masih dalam pemantauan.

Hari ni, Damia dah mula main. Dah boleh angkat tangan dan kaki. Dah mula senyum bila di agah. Bila tanya Damia mana tangan sakit, mesti Damia angkat tangan yang kene cucuk untuk masuk Glucose tuh. Doc Nurul kata, Damia budak bijak dan Damia jugak budak baik yang sangat strong. Alhamdulillah. Perkembangan yang sangat positif. Harap² Damia boleh discharge esok.



7 Jun 2010 @ Day 6 @ HKL
Mummy tanya Doc bila Damia boleh keluar wad. Doc kata tunggu pakar datang check dulu. So tadi pakar dah check dan Damia dah pulih. Doc benarkan Damia discharge hari ni tapi ada satu urine test Damia yang belum tahu result lagik. So nanti Damia kene datang check up bila urin test dah keluar. ALhamdulillah.

Mummy kata, Damia asyik nak main hari ni. Agaknya Damia dah tau yang dia akan keluar hari nih kot. Apa pun, Mak Ngah doakan Damia cepat sembut yer sayang.


with luv,

No comments:

Post a Comment