Terlalu banyak yang ingin aku coretkan tapi kekangan masa atau mood yang tidak selari seringkali menjadi halangan. Bulan ini menjadi saksi setiap hujung mingguku di penuhi dengan seminar-seminar yang telah aku aturkan hanya untuk perkembangan bisnes Shaklee ku.
Nah lihat betapa aku serius melakukan bisnes ini. Bukan mudah nak kaya tapi aku harus kaya! Inilah kata-kata yang menjadi semangat untuk aku teruskan perjuangan di dalam dunia Shaklee. Kenapa nak kaya? hahaha.. Mata duitan sungguh!
Aku nak kaya untuk aku memberi lebih banyak....
Aku nak kaya untuk aku membayar zakat yang lebih supaya dapat di agihkan kepada lebih ramai fakir....
Aku nak kaya untuk aku taja seluruh keluarga aku menunaikan umrah...
Banyak lagi sebab kenapa aku NAK KAYA! Cukuplah setakat ini. Kalau nak huraikan of coz kita semua mahu KAYA kan. Tapi aku nak jadi muslimah kaya yang zuhud. INI IMPIAN aku.
selfie dengan sideline di dalam dunia Shaklee. Akak ni datang dari Ipoh nak menuntut ilmu. Apakah alasan aku?
Honestly, family Shaklee aku sangatlah best. Kenapa best? Aku dah banyak join MLM dari dulu. Macam biasalahkan join sebab nak dapat harga murah tapi bila nak turn jadik bisnes, relationship tak berapa best. Masing-masing nak kejar sales. Upline ada yang lepas tangan. Ada juga upline yang asyiklah push buat sales. Paksa beli barang dan macam-macam kerenah lagi. Dari yang bermodal RM 50 untuk membership hinggalah yang bermodal RM 20k. Semua aku dah cuba. Tapi tak ada feel. Inilah yang mematangkan.
Shaklee sangat flexible. Seminar, bengkel nutrisi, marketing plan, training korang yang tentukan sendiri bila masa nak pergi. Tapi tidaklah bermakna korang tak payah buat apa-apa nak berjaya dalam Shaklee ni kan. Macam aku, selepas produk ni berkesan dengan aku... aku start study produk-produk lain. Kelebihannya. Apa yang boleh apa yang tak boleh. Tak sempat pergi training dan seminar? Ada support group yang bermacam-macam info ada di dalamnya. Pasal produk. Pasal penyakit. Makanan jiwa. Rajin dengan tak je nak menggali ilmu-ilmu ni. Dan semuanya online. Coaching dengan upline juga online.
So tak ada alasan tak sempat pergi seminar. Tak sempat nak attend bengkel. Dalam group yang best ni kami hanya ada dua pilihan. Take it or leave it. Tidak ada paksaan. Nak join untuk makan sendiri? Silakan. Tambahkan ilmu dengan produk info. Join sebab nak buat bisnes? Anda akan di tunjukkan caranya. Upline even yang 4-5 level ke atas pon kenal. Dan dorang sangatlah baik hati dan pemurah.
Bukan aku nak overclaim tapi yang aku nampak shaklee yang paling spesifik group aku ni memang sangat pemurah uplinenya. Wang ringgit? Macam tak ada value pada mereka. Seminar untuk downline² mereka taja. Puluhan ribu ringgat. Downline hanya perlu bayar komitmen fee sahaja yang sangatlah mampu milik.
Dan yang paling aku suka. Yang membuatkan aku terpaut dan berubah pandangan mengenai MLM ialah ukhwah yang terjalin. Bonding dari hati ke hati. Kongsilah apa pun. Aku tak pernah attend mana-mana program yang di anjurkan oleh MLM² sebelum ni mengamalkan solat berjemaah untuk kebanyakan eventnya. Event yang kami anjurkan. Jika kita menjaga solat, nescaya Allah akan menjaga kita. Inilah kunci yang membuatkan hatiku terbuka untuk terus bersama dalam keluarga besar Shaklee ku..
Alhamdulillah. Aku dah tahu destinasi aku. Now masa untuk menuju ke arah itu. Mudah-mudahan jalannya di permudahkan. Mana tahu ada rezeki pendapatan 800k sebulan kan. ;-) Dalam shaklee ini tidak mustahil kerana upline aku ada yang berpendapatan sebanyak ini sebulan yer. Tapi kalau lihat fizikal mereka sangatlah down to earth. Macam tak percaya mereka ini adalah jutawan. Mudah-mudahan aku akan menjejak langkah mereka! Caiyok Eza!
Ada yang nak join aku? Silalah masuk ke blog Cinta Health aku yer. ;-)
Ada maklumat di sana.
Ada maklumat di sana.
with luv,
No comments:
Post a Comment