Monday, May 19, 2014

Apakah maknanya?




Hati terasa girang. Akan terbang lagi hari ini. Ke mana? Entah, aku kurang pasti. Yang pasti hati terasa sangat gembira ingin pergi bercuti. Tiba sahaja di KLIA2 terus ke balai berlepas. Sampai sahaja di pintu flight, aku di sambut oleh pramugari MAS. Yer, pramugari yang memakai uniform MAS. Mata melilau ke nombor-nombor seat. Oh, yes, seat aku tidak jauh dari pintu masuk. Ku toleh ke kanan, kelihatan Boy juga girang seperti aku. Tapi ke manakah destinasi? Hati mula tertanya². Boy tak lepas memandang ke luar. Masa berlepas semakin hampir. Kami di arahkan untuk duduk di tempat masing-masing dan memakai tali pinggang keledar. Setelah penerangan biasa yang di lakukan oleh ketua pramugari, aku masih tertanya-tanya ke manakah destinasiku kali ini? Kedengaran suara pilot memecah kesunyian. Pilot memberikan info penerbangan. Kita akan berlepas sekarang. Tapi.... Tapi.... kenapa pilot memulakan ayat dengan perkataan 'maaf'? Seolah-olah..... argh... abaikan perasaan itu. Kapal terbang pun berlepas....

Setelah beberapa jam di udara, aku mula pelik. Ke manakah sebenarnya destinasi aku ye? Kenapakah pilot memohon maaf? Persoalan demi persoalan menerjah ke minda. Dalam keadaan persoalan yang berkecamuk, tiba-tiba aku rasakan seperti berada di dalam laut. Apakah maknanya ini? Aku cuba melihat ke luar jendela. Yer, hanya biru lautan yang kelihatan. Hati mula tidak keruan. Apakah maknanya. Tidak berapa lama suara pilot kedengaran sekali lagi. Kami di minta untuk duduk di tempat masing-masing. Pendaratan kecemasan akan di lakukan. Mendarat? Di pulau? Jelas kelihatan masing-masing mengambil kedudukan dalam keadaan membisu dan kebingungan. Setelah pendaratan di buat, kami di arahkan keluar dari flight. Keluar? Tapi di mana? Aku pegang erat tangan Boy. Satu-satunya manusia yang aku kenali di dalam flight ini. Mula bertanya soalan yang aku sendiri tidak ada jawapannya. Ku turuti arahan pilot untuk keluar dari flight. Kami semua di arahkan keluar. Seusai penumpang terakhir keluar dari perut kapal terbang yang kami naiki, pintu di tutup. Enjin pesawat di hidupkan. Kami semua berlari ke kawasan yang selamat. Pesawat yang menerbangkan kami terus meluncur laju, meneruskan penerbangan. Aku terpinga-pinga. Bukan aku sahaja. Semua penumpang kelihatan kebingungan. Persoalannya, kenapa kami ditinggalkan di sini? Kemanakah destinasi pesawat MAS yang kami naiki itu? Kenapa Pilot asyik memohon kemaafan? Apakah.... Dalam keadaan bingung aku terfikir... Adakah aku bermimpi? Adakah aku berada dalam situasi pesawat MH 370 atau adakah aku mangsa seterusnya? Kepala terasa sakit tiba-tiba namun tangan masih erat memeluk Boy. Dalam kesakitan, mata terpejam.

Tersentak.

Aku bermimpi rupanya. Apakah maksud mimpi ini? Entah, aku kurang pasti. Mungkin mimpi hanya mainan tidur. Tapi sungguh, aku masih teringat² kejadian yang seolah-olah benar-benar terjadi.


with luv,

No comments:

Post a Comment