Tuesday, March 25, 2014

Murahnya air mata




Hari ni, air mata teramatlah murah. Sedih hati masih bersisa. Semalam menangis kesedihan sampai terlelap. Entah bila mata terlelap. Sedar-sedar dah pukul 4 pagi. Dengan keadaan lampu yang terpasang. Leher yang lenguh dek kerana posisi tidur yang tidak sempurna.

Terjaga terus mandi. Ingatan tentang MH 370 masih bermain-main di minda. Sengaja pagi ini aku tak on kan radio di dalam kereta. Sungguh. Hati terlalu nipis. Sedih. Newsfeed di FB rata-rata mengenai ucapan takziah. Status demi status meruntun jiwa. Yang paling menyayat hati bila terbaca status Intan Nurmaizura, isteri salah seorang krew yang terlibat dengan tragedi MH 370. Allah. Entah bila nasibku pula. Sepanjang hari menahan air mata. Adakalanya mengalir juga. Cepat-cepat memandang monitor. Agh.. sungguh murahnya air mata. Betapa tragedi ini terlalu dekat di hati ini. Allah. Al Fatihah.


with luv,

No comments:

Post a Comment