Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Dalam hidup ni, kita akan melalui beberapa fasa kehidupan. Setiap fasa yang kita lalui kadangkala memerlukan pengorbanan. Adakalanya, jalannya terlalui indah. Di iringi kicauan burung, cuaca yang tenang. Tetapi adakalanya, jalannya berliku sambil cuacanya yang tidak menentu. Setiap jalan ada ceritanya. Setiap cerita ada kisahnya. Dan setiap kisah ada pentasnya dan setiap pentas ada pelakonnya.
Setiap fasa yang berjaya dilalui, mengundang seribu satu mimpi yang nyata dan abadi. Mengajar tentang kehidupan yang punya beribu kenangan. Adakalanya indah. Adakalanya duka. Setiapnya punya cerita. Namun, tidak semua yang kita jangka akan menjadi seperti yang di duga kerana selalunya, ada cerita di tengah-tengah cerita. Namun inilah fasa kehidupan kita.
Dari satu cerita ke satu cerita yang lainnya. Bisa menambah ilmu di dada. Namun yang pastinya, di akhir cerita, Yang Maha Pencipta yang di cari jua. Kerana Dia milik segalanya. Suka dan duka. Hati dan cinta. Cinta Sang Pencinta!
with luv,
No comments:
Post a Comment