Thursday, June 20, 2013

Teambuilding : Day 1



Activtity : Corporate Communication Teambuilding
Venue : Boathouse, Royal Belum Rainforest, Perak
Date : 14 - 16 Jun 2013

 Teambuilding yang pertama aku join sejak berada di department baru, Corporate Communication. Setelah halangan demi halangan dilalui akhirnya berjaya juga di laksanakan program ini yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama pekerja. 

Acting Driver - dari pekan Grik ke Jeti.

Kami bertolak seawal 7.00 pagi walau perancangan awalnya adalah 6.45 am. Biasalah orang yang dekat selalunya yang paling lambat sampai. Ahak. Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam untuk tiba di Pekan Grik. Seramai 19 orang yang terlibat dengan menaiki Innova, van dan bas mini. AKu dan rakan-rakan perempuan menaiki van manakala rakan-rakan lelaki menaiki bas. 

Kami berhenti di RNR Tapah pada jam 10.30 am untuk bersarapan pagi. Perjalanan agak lancar dan masing-masing sangat excited untuk tiba di sana. Manakan tidak, ini di kira pengalaman julung-julung kalinya berada di boathouse untuk 3 hari 2 malam. Macam-macam bermain di fikiran pada mulanya. Tidak dapat nak di bayangkan bagaimanakah keadaannya. Seronokkah? Mencabarkah? 

Kami (Innova & van) tiba di pekan Grik pada jam 12 tgh hari. Sementara menanti bas sampai kami menjamu selera dahulu. Trainer telah sedia menanti kami di sana. Asalnya, kami berhenti di sini sehingga selepas solat jumaat sebelum bergerak ke jeti tapi akhirnya kami yang perempuan mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke jeti dan menanti di sana. Dari pekan Grik ke jeti mengambil masa lebih kurang 1 jam. 

Alhamdulillah, kami tiba dengan selamatnya di Jeti pada jam 1.30 pm setelah hampir teresat ke Baling. Ni gara-gara co-pilot sibuk baca novel "Sebenarnya dia isteri saya " lah ni. Kesian driver terpaksa berpatah balik. Ahak. 


 Inilah Boathouse kami. Dari tingkat atas.

 Tingkat bawah. Tempat aktiviti.

  Tingkat bawah. Tempat aktiviti.

Bukan sebarang boathouse ok. Ada Astro lagi. Ahak.
Tapi sepanjang 3 hari 2 malam ni tak buka Astro pon. Apa barang tgk Astro kan. Nak tengok Astro tengok kat umah la. heheh

Tempat solat di tingkat atas


Inilah bilik tidur kami. Walau hanya tilam bantal dan selimut yang di sediakan, nyenyak je kami tidur. 


sementara menanti kaum adam solat Jumaat, baca novel dulu!

Siapakah?

 Tara...Tidur kat sini pon syiok jugak nih...

 Ladies

Sesi taklimat sebelum boathouse memulakan perjalanan. Perjalanan di mulakan pada jam 3.30 pm.

Inilah suasana di atas boathouse. Boathouse ini adalah 2 tingkat yang mempunyai 2 buah bilik dan 2 bilik air. Tingkat atas menempatkan ruang untuk aktiviti keagamaan dan 2 buah bilik tidur untuk kaum wanita. Yang lelaki tidurlah bergelimpangan di ruang solat ye. hehehe. Manakala di tingkat menempatkan ruang aktiviti, dapur dan tandas. Segala aktiviti di lakukan di tingkat bawah kecuali solat berjemaah yang di lakukan di tingkat atas.




Termenung. Sesi nak sesuaikan diri. 

Br. Sabri seorang yang cacat penglihatan turut  serta dala aktiviti kali ini.
Inilah makna sebenar teambuilding. Semangat setiakawan dan berkerjasama yang di pupuk demi menjayakan sebuah program.


Br. Mail. 

Minum petang.
Di boathouse ni kami di sediakan makan 6 kali sehari. Menu minum petang hari ini ialah bubur kacang durian. Sedap. Boathouse bukan sebarang boathouse ok, makanannya setaraf hotel. 


Sementara boathouse bergerak ke destinasi pertama, sesi bersembang santai sambil di temani angin yang sepoi-sepoi bahasa. Boathouse ni tidaklah bergerak terlalu laju dan tidak juga bergerak terlalu perlahan. Destinasi pertama mengambil masa kira-kira 1 jam setengah perjalanan.

Masing-masing menikmati keindahan alam.




with luv,


No comments:

Post a Comment