Saturday, June 1, 2013

Di lema.....


Assalammualaikum...
Selamat berhari Sabtu. Apakah pengisian aktiviti hari ini? Aku pagi-pagi lagi dah start menyulam menyiapkan tempahan yang Mak minta. Semalam nak buat back pain menyerang pulak. Sudahnya aku terus tidur. Di sebabkan semalam tidur awal, maka hati ni seawal 4.30 am aku dah terjaga. Terus siapkan sulaman towel mak. Lepas je Subuh aku terus capai kain dan gunting sebab nak divert 'keinginan' yang sedang membara-bara ni. Apalah pula keinginan kali ni kan. hehe.

Apalagi sebagai seorang wanita? Mestilah shopping kan. Kalau tak baju, kasut. Tak kasut handbag. Tapi selalunya bajulah. Aku punya nafsu memang menjurus ke arah baju dan tudung. Sebab handbag dengan kasut ni jarang-jarang nak beli. Ok aku minat jubah lace dari butik Najjah ni.

cantikkan? First time aku tengok Diana Amir yang pakai baju dan color ni. Masa tu tak tahu pun butik mana yang punya. Bila tanya pakcik gugel baru tau jubah lace ni koleksi Najjah. Koleksi di butik Najjah ni memang cantik-cantik tapi harganya sangatlah expensive setaraf dengan kualiti yang diberikan.

Semalam Najjah buat 3 hari promosi di mana jubah lace ni antara koleksi yang terlibat. Harga asal jubah ni RM 499. fuhhh berpeluh dengar kan. Tapi untuk promosi kali ni harganya hanya RM 299. Ini yang dok ngigau tengah-tengah malam nakkan jubah ni. ahak. Masa potong kain tadi pon dok pk nak beli ke tak. Color yang tinggal pon tak banyak hanya mangosteen dan grey je. Mangosteen ni pon cantik jugak.


Haih la. Nak beli ke tak?





with luv,

2 comments:

  1. hi,
    Boleh beli di butik Najjah. Online pon ada... like page butik Najjah.. ;-)

    ReplyDelete