Kedai pon tak bukak lagi.
CNY dah start...
Sabtu yang di habiskan dengan aktiviti berjimba-jimba dengan my Favorite GBS. Sempat la layan Hansel & Gretel. Keluar rumah seawal jam 8 pagi. Gila awal kan. Biasala kene ikut schedule GBS yang shift malam so layan jer lah. Pukul 8 kedai apa yang dah bukak? So kitorang gi breakfast dulu di Ukay Perdana. Lepak sat sampai kul 9 dan terus bergerak ke The Curve.
Hari ni plannya nak round-round Flea Market. Sampai the curve sangatlah awal... stok tolong bukak kedai punya. Ahak. Sementara nak tunggu flea market bukak, kitorang gi Tesco dulu. Pusing-pusing Tesco setengah jam sedang elok la Flea Market pon bukak.
So berjalan-jalan sekitar The curve dulu. Masuk butik-butik kegemaran cuci-cuci mata. Heaven. Dah lama tak buat aktiviti santai macam ni. Layan handbag, layan kasut, layan baju. Memang terapi minda. Mind setting turn 360 deg.... Hilang segala stress yang bersarang. Butik kegemaran Charles & Keith haruslah masuk juga kan. Nak cari handbag baru sebenarnya. Ok, ada berkenan satu handbag. Cinta pandang pertama. Ahak. Discuss² dengan GBS and GBS suggest jalan kat Flea Market dulu. Ok, let's cuci mata lagi.
Oh gila sungguh tengok HP cover ala² vintage gitu. Cantik. Tapi aku nak cari yang 'blink-blink' macam yang lama jugak. Tak ada la pula untuk Note. Ada untuk Iphone 5 jer. Ok, tak pe... GBS shopping tudung. Aku dah beli tudung semalam di Al Humaira butik kat kota Damansara. Lagipon, tengok materialnya sama lebih kurang dengan Al Humaira. Harga pun sama. So lebih baik shopping kat AL Humaira. Boleh try² dan sangat selesa shopping di butik. Nanti aku citer pasal tudung nih.
Tawaf Flea market berkali-kali. Banyak sungguh benda-benda yang menarik perhatian. Pusing punya pusing tak beli apa pun... Terus gi cineleisure. Ops.. movie start kul 12.30 so jalan² area situ dulu. Memang puaslah layan mata kan. Sempatlah beli cover Note baru yang blink-blink. Yeay! Finally jumpa jugak. Dalam mind nak beli hand bag Charles & Keith jer balik nanti. So terus lepak wayang.
Citer Hensel & Gretel ni agak menarik dan ganas. Berkisar tentang ahli sihir. Filem ‘Hansel and Gretel’ mengisahkan tentang sepasang adik beradik yang dikenali sebagai Hansel dan Gretel lakonan Jeremy Renner serta Gemma Arterton. Filem bergenra aksi, komedi dan seram ini merupakan arahan Tommy Wirkola dan untuk makluman Tommy sebelum ini pernah mengarahkan beberapa filem komedi seram seperti ‘Norwegian Nazi Zombie’ serta ‘Dead Snow.’
Secara umumnya filem ’Hansel and Gretel’ ini merupakan kesinambungan kepada kisah dongeng Hansel dan Gretel oleh Brothers Grimm, di mana ia menceritakan tentang Hansel dan Gretel yang ditinggalkan oleh bapa mereka di dalam sebuah hutan dan pada ketika itu mereka telah memasuki sebuah rumah yang dikenali sebagai ‘Gingerbread.’
Sewaktu berada di dalam rumah tersebut, adik beradik ini telah ditahan oleh seorang ahli sihir tua dan mereka nyaris di makan oleh ahli sihir tersebut. Namun begitu, sebelum menjadi makanan kepada ahli sihir tersebut, Hansel dan Gretel telah sempat menyelamatkan diri mereka dengan mancampakkan ahli sihir jahat itu ke dalam sebuah ketuhar. Selepas daripada insiden tersebut, adik beradik ini telah menjadi berani dan menjalankan aktiviti memburu serta menghapuskan ahli sihir.
Segala konflik bermula apabila Hansel dan Gretel mendapat tahu bahawa ahli-ahli sihir bakal mengadakan ‘Perayaan Bulan Darah,’ yang mana mereka perlu mengorbankan 12 orang kanak-kanak, di mana masing-masing merupakan enam orang lelaki dan enam orang perempuan yang lahir pada bulan yang berlainan. Mampukah Hansel dan Gretel menyelamatkan kanak-kanak tersebut?
Dalam usaha untuk menumpaskan ahli-ahli sihir, tiba-tiba Hansel dan Gretel mendapat tahu bahawa ibu mereka juga merupakan seorang ahli sihir yang bernama Adrianna dan disebabkan itu bapa mereka meninggalkan adik beradik ini di dalam hutan pada suatu ketika dahulu. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Ingin ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menonton filem ‘Hansel and Gretel’ di pawagam berhampiran anda sekarang!
Habis wayang terus layan Fish Manhattan. Yummy..... Dah jemu makan ayam. Ahak. Asalnya GBS nak makan sushi tapi aku adalah tidak berapa gemar sushi. Makan tapi bukanlah makanan kegemaran. makan cepat² sebab nak beli hand bag idaman hati di Charles & Keith. Yeay!
Sampai umah sekitar jam 4 pm dengan penuh kepuasan. Haha. Oh ye, jalan tidak jam yer ke kitorg pandai cari jalan yang tidak jam. Ahak. Yang pasti tidaklah lalu Batu Caves kan. Itu mencari penyakit namanya.
Nota kaki : Skang nak tepek kat blog gamba byk².. biarla org nak kata SS pon. haha... Sebab ext HD asiklah problem. Habis semua pic hilang....
with luv,
No comments:
Post a Comment