Kadang-kadang ada perkara yang kita perlu buat tak tahu walau kebenarannya kita tahu untuk menjaga hati sendiri. Kenapa? Sebab apabila perkataan tidak selari dengan perbuatan kerapkali mengundang ke'sakit'an hati. Tambah lagi apabila perkataan yang keluar itu terlalu banyak argumentnya. Tetapi ada juga masa dan ketikanya bila mana hati menjadi terlalu sensitif dan tidak mampu untuk men'digest' perkataan yang tidak selari dengan perbuatan kepada aura yang lebih positif. Masa dan ketika inilah, kelihatan terpancar level kemarahan yang terhasil. Adakalanya level ini hanya suam-suam kuku sahaja tapi ada ketikanya level ini naik dengan mendadaknya bergantung kepada sejauh mana argument terhasil dari alasan-alasan yang di beri.
Apabila level ini mencecah ke infiniti, hati mula menjadi tepu, keras dan batu. Pada ketika ini kelihatannya seolah-olah baran menguasai diri. Hakikatnya, bukan baran itu yang menguasai kerana baran ialah emosi yang tidak boleh di kawal dan akan di lepaskan tanpa pertimbangan.
Kebiasannya apabila hati mula tepu, mendiamkan diri adalah jalan yang di ambil. Malas hendak berfikir. Malas hendak berbicara. Malas hendak bertelagah. Maka jalan tengah yang di ambil ialah mendiamkan diri kerana ada masanya mendiamkan diri itu lebih baik dari berkata-kata. Kerana apa? Kerana apabila berada dalam keadaan ini, setiap bicara yang terlahir di bibir ialah perkataan yang tidak ada perasaan yang mungkin akan mengguris perasaan orang lain.
Tapi seringkali kebanyakannya mempersoalkan kenapa perlu berdiam diri? Antara perasaan sendiri dan perasaan orang lain yang manakah mempunyai kepentingan lebih tinggi? Tepuk dada, tanyalah hati. Jika bukan diri sendiri yang menjaga hati sendiri siapa lagi yang ingin menjaganya? So, please ... orang di luar sana jangan sekali-kali cuba mempersoalkannya kerana hati anda, andalah yang berhak menjaganya kenapa perlu saya untuk menjaganya?
Mode : Muhasabah diri..
with luv,
No comments:
Post a Comment