Thursday, September 22, 2011

Al-Mathurat

As salam,
Saya mula mengenali Al-Mathurat ketika sekolah menengah lagi. Ketika itu, kami (pelajar hostel) memang di paksa kehendaki mengalunkan al-mathurat setiap kali selesai solat berjemaah maghrib setiap hujung minggu.  Pada awalnya memang terasa seolah² terpaksa tapi setelah berkali² mengalunkannya, ternyata zikir ini sangat menenangkan jiwa.

Setelah tamat sekolah menengah, menginjak ke zaman kolej, saya masih terbawa² budaya al-mathurat ini walau tidak sekerap dahulu tapi al-mathurat tetap saya alunkan selesai solat subuh, maghrib atau pun isyak paling kurang seminggu sekali. 

Sehinggalah tamat belajar dan berkerja, saya masih amalkan Al-Mathurat apabila mendapat teman serumah yang juga mengamalkan Al-Mathurat ini. Kadang² kami alunkan bersama², kadangkala hanya sendirian shj. 

Dan hari ini, saya bersyukur, saya masih mengamalkan Al-Mathurat ini. Tidak sahaja di rumah tapi hari² Jumaat yang terpilih di opisku akan mengalunkan bacaan Al-Mathurat ini bersama².

Al-Mathurat ini adalah peneman saya saat jiwa sangat bergelora. Saat hati tidak tenteram dan saat² sedang berduka lara. Sungguh, Al-Mathurat adalah zikir yang menenangkan jiwa saya malah menjadi ubat kepada setiap masalah yang terbeban di jiwa.... atau dengan erti kata lain Al-Mathurat adalah makanan jiwa saya ... 






with luv,

No comments:

Post a Comment