Friday, August 27, 2010

Menu Berbuka Puasa : Soto

 Salam,

Selamat berpuasa kepada pengunjung blog ai. Ada pengunjungkah? hehe... Tak tahu nak update apa. Setiap kali ramadhan memanglah ai sangat bz. Bz dengan bisnes coklat raya, tempahan manik dan terbaru nih adalah tempahan craft. Ingatkan musim² raya tak der la org nak menempah craft rupanya tidak yer. Sama byk .. Mujur jugak ai memanglah tgh 'in' dengan craft ni so seboleh²mencari masa untuk buat juga craft. 
Aktiviti untuk mengupdate blog semakin kurang sebab tak sempat nak edit gambar. Tanpa gambar apalah makna blog tuh kan. Ai pon bosan kalo baca blog yang takde gambar. hehe

Ramadhan kali nih memang ai sendiri tak sangka dengan pencapaian dan bakat terpendam yang ai ada. Ahak... Setiap hari ai masak untuk juadah berbuka ok. Oh, eza .... sudah berubahkah? ekkekek... 

Takderla, mak ai tak berapa sehat lately, jadik sebagai anak solehah ai kenalah mengambil alih tugas² di rumah kan... Nasib baik opis hour sampai pukul 4 jer jadi sempatlah ai nak masak. Dan nasib lebih baik sebab my family berbuka tak makan nasi. So tak payah nak masak lauk pauk pelbagai jenis tapi mesti ada satu main dishes. 

Ok, yang ni adalah soto yang ai buat weekend lepas. Soto kene buat time cuti sebab banyak kerenah. Ahak.... Jom layan gambar ...

 Begedil yang blom di bentuk.
Bahan² : kentang, bawang goreng, lada sulah, lada hitam, udang kering di tumbuk dan daun sup.
Family ai memang jenis suka pedas sebab tu ai guna lada sulah + lada hitam.

 Nih yang dah siap separuh jalan... hehhe

 Dan inilah menu hari ini.... Soto .. 
Oh, ayam goreng tu sepatutnya di racik² tapi ai kan tergolong dalam golongan yang rajin malas. Jadi ai just goreng dan hiris... Senangkan? ekkekek
Nasi impit tuh guna jer yang jenama Nona. Senang dan mudah...;-)




with luv,

No comments:

Post a Comment