Sunday, March 29, 2009

Tale N Time



Entry kali ini, aku mulakan dengan cerita tentang TalenTime movie. Jujur aku katakan, dalam banyak-banyak karya Yasmin Ahmad, TaleNTime yang paling aku suka. Sarat dengan mesej yang ingin disampaikan. Perihal kasih sayang, persahabatan, percintaan, kekeluargaan bersatu dalam cerita ini. Jalan cerita yang sangat mudah di fahami membantu memudahkan penghayatan penonton. Mainan emosi, sedih, gembira, suka, duka, kecewa berjaya di bawa oleh setiap pelakon untuk melakonkan karektor masing-masing. Tidak sekali bersandarkan
populariti pelakon-pelakonnya, aku percaya movie ini boleh mencapai kutipan box office. Sungguhpun pelakon-pelakon yang melakonkan watak-watak dalam cerita ini tidaklah seglemer mana tetapi yang pastinya mereka ini mempunyai bakat yang sangat besar dalam dunia lakonan.

Tontonlah movie ni, pasti kalian semua takkan rasa rugi dengan RM10 (tiket) ya
ng kalian belanjakan. Dan TaleNtime adalah cerita melayu yang sangat tinggi nilai2 kemanusiaan selepas filem CINTA. Kalau nak tengok filem ni, aku nasihatkan, bawalah tisu bersama. Seawal pertengahan cerita lagi, tisu ini pasti akan berguna... hehe..








___________________________________

Sumber : talentimethemovie.com

Sinopsis :

Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.

Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.

Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.



with Luv,

No comments:

Post a Comment