Sunday, March 22, 2009

aktiviti cuti sekolah

Sempena cuti sekolah kali ni, aku berkesempatan bawa Boy pegi tgk wayang citer upin dan ipin. Best woo citer nih. Kelakar, gembira, takut dan sedey. Boy kata dier tgk citer nih macam nak nangis part nak berpisah tuh. Lihatlah betapa binatang pun punya perasaan.



Lepas tgk wayang, kitorang masuk Dinotrek Exhibits @ KLCC pulak. Aku rasa Dinotrek ni sangatlah bagus untuk kanak-kanak. Bukan untuk kanak-kanak jer, orang dewasa macam aku pon bagus sebagai pengetahuan. Di sini banyak kisah, asal usul, pengetahuan am mengenai dunia dinasour di kupas. Cara yang digunakan juga menarik. Ada juga kuiz mengenai dinasour. Pendek kata semua cerita dinasour ada di sini. Kiranya tak menyesal punyalah pergi sini. Tiket masuk pun tak delah mahal sangat. Sangat berbaloi.

Kanak - kanak : RM 3
Dewasa : RM 6

p/s: Yang sebenarnya aku bawa Boy berjalan sebab dier dapat exam 100% marks. Bukan tak pernah bawa Boy jalan tapi kali nih agak special. Apa yang Boy nak aku turutkan jer. Ahak. Next tempat yang aku nak bawa Boy masuk ialah Petrosains. Aku dah janji dgn Boy kalau belajar pandai aku nak bawa Boy g petrosains. Nih kira rasuah ker? apa-apa jer lah... nak bagi semangat supaya Boy rajin belajar.

No comments:

Post a Comment