Tuesday, February 10, 2009

... lelaki oh lelaki ...

"apa kelemahan saya, cuba awak jelaskan!", "kelemahan awak adalah membiarkan 2 org wanita utk jatuh cinta!".

Dialog antara Fara Fauzana dan Fahrin di dalam rancangan Fara. Kenapa dialog ini menjadi pilihan saya utk diulas? Saya agak tertarik dengan dialog ini kerana selalunya dalam situasi seperti ini wanita seringkali dipersalahkan kerana di katakan merampas hak org. Tapi sedarkah sebenarnya perempuan yang menjadi mangsa dalam situasi sebegini. Dan kebiasaannya, wanita yang baik akan cuba untuk berkorban hati dan perasaan untuk seorang lelaki. Tetapi cuba kita kaji dari akar umbinya, bagaimana semua perkara ini boleh terjadi?

Pepatah melayu ada mengatakan, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Ini bermakna, dalam perkara seperti ini, wanita tidak boleh dipersalahkan 100%. Kenapa? Sebagai seorang melayu yang kaya dengan adat sopan, sikap pemalu itu masih menebal dalam diri seorang wanita. Cuba cari seorang wanita melayu yang sangat mudah meluahkan hati perasaannya kepada jejaka dalam tempoh beberapa hari berkenalan. Ada ker? Kalau ada boleh di kira dengan jari. Tetapi rata²nya masih suka memendam rasa. Akibat dari kelemahan inilah maka lelaki² di luar sana cuba mengambil kesempatan.

Dan saya berani kata bahawasanya ramai lagi lelaki di luar sana yang sudah punya komitmen masih ingin menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Jadi, salahkah apabila seorang wanita itu jatuh cinta? Siapakah yang membuatnya jatuh cinta? Lelaki bukan? Tidak kiralah apa pun statusnya seorang lelaki itu tetapi adakah wanita itu bersalah? Tapi seringkali terjadi wanita yang dipersalahkan apabila jatuh cinta dengan lelaki yang sudah punya komitmen sehingga di gelar perampas! Kenapa lelaki tidak pernah dipersalahkan? Kerana lelaki adalah lelaki yang punya kuota 4. Itulah ayat yang seringkali digunakan oleh kaum adam ini apabila di soal akan tindakan mereka. Kenapa tidak, seorang lelaki yang memang tahu dia sudah punya komitmen membataskan diri dalam pergaulan setanding dengan taraf mereka yang telah punya keluarga mungkin.

Wanita ini seringkali diibaratkan seperti kerak nasi. Lama² direndam akan lembik juga. Kalau dah seringkali dipujuk rayu mustahil hati tidak tewas. Tak percaya? Tanyalah seberapa ramai wanita pun, pasti jawapannya tetap sama. Sebenarnya dalam situasi ini wanita lah yang akan menerima natijahnya. Sudahlah di pandang serong. Hati dan perasaan berduka. Belum lagi di kira dengan tindakan dan perbuatan sang kekasih yang melukakan. Perlukan kesabaran yang sangat tinggi untuk berdepan dengan situasi sebegini. Jadi wanita, sedarlah!

No comments:

Post a Comment