Thursday, October 22, 2015

Pizza sardin noxxa


Seharian di rumah tak tahu Nak masak Dan Nak makan apa. Ahak. Masalah tu. Google la tengok hidangan orang lain. Kotlah dapat ilham kan. Sekali terjumpa resepi pizza menggunakan periuk noxxa. 6minit je dah siap? Wallaweh... Ni yang Nak Cuba. Maklumlah sekali buat pizza almost 2 JAM baru siap.

OK jom tengok resepinya.

Doh pizza
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
1 St yis
1/2 St garam.

Topping sardin
1 tin Kecik sardin - di buang sosnya
4 sb sos spaghetti
1 bj tomato di dadu
1 bj cili besar di hiris
1 bj bawang Holland di dadu
1 bj bawang putih di cincang halus

Masukkan semua bahan kering. Tepung tu Nak ayak dulu pon boleh tapi aku tak ayak pon. 

Masukkan air suam Dan kacau sebati menggunakan senduk kayu atau plastik.

Ratakan dalam periuk noxxa. Pastikan sukatan air tu cukup ye. Jangan terlebih kerana kalau lebih bancuhan akan terlembik. Rehatkan selama 30 minit.

Sementara Nak tunggu doh mengembang, bolehla buat topping sardin ni. Tumis semua cili Dan bawang sampai naik bau. Kemudian masukkan sos spaghetti Dan tomato. Tunggu sedikit kering Dan masukkan sardin yang di buang sosnya. Dan gaul sebati. OK, siap!

Selepas 30 minit, sapukan topping sardin atas adunan doh yang telah mengembang. Ratakan di permukaan doh. Kemudian taburkan bawang Holland yang di hiris bulat Dan sapukan mayonis. Kemudian taburkan cheese mozzarella. 

Dah siap topping, tutup periuk noxxa. Setkan steam 6 minit. Pastikan tombol atas tudung periuk juga di setkan steam.

Selepas 6 minit, macam ni lah rupa pizza yang siap di masak. 

Sila perhatikan rupanya. Pizza noxxa ni tidaklah sama seperti bakar pizza di oven. Tambahan Hanya menggunakan fungsi steam, jadi bahagian atas tidaklah garing. Tapi bahagian bawah garing elok. Walaupun structure pizza noxxa tidak sama seperti pizza yang dohnya di uli seperti roti tetapi pizza noxxa tetap lembut. Walaupun dah sejuk, pizza noxxa masih lembut. Untuk anda yang kesuntukan masa tetapi masih ingin menikmati pizza, bolehla Cuba pizza noxxa ni. Sesekali rasa kelainan pizza apa salahnya kan.

Antara pizza noxxa Dan pizza biasa, jujurnya saya lebih suka pizza biasa sebab garing di bahagian atas. Tetapi pizza noxxa ni serious lembut. ;-)
So, pilihan di tangan anda. 






with luv,

Wednesday, October 21, 2015

My new toys, Kitchen Aid Mixer & Hadiah birthday

Inilah dia mixer idaman hati. Tak sangka dapat memilikinya. Alhamdulillah. Sebagai hadiah hari lahir untuk diri sendiri. ;-)


Kisah mixer ni asalnya tidak ada dalam perancangan pun. Maklumlah harganya yang boleh tahan mahal di tambah dengan penggunaan yang tidak seberapa membuatkan daku Hanya memandang sepi mixer ni. Boleh pasang angan-angan jer la. 

Nak jadi citer, hand mixer kat rumah ni dah mengeluarkan bermacam-mavam bunyi. Mata pon dah tak boleh cabut dari body mixer tu. So kalau nak cuci mata kenalah bawak dengan bodynya sekali. Setiap kali nak buat kek karamel mesti aku berzikir sekali. Janganlah rosak time aku tengah buat kek. Naya. Dok cakap dalam hati, dah masanya beli mixer baru ni. Tapi tidaklah sampai terfikir nak beli KA. 

Sampailah satu masa tu aku ternampak mixer ni dalam catalog Amway. Kebetulan promotion bulan tu ialah PERCUMA kettle KA dengan setiap pembelian mixer ni. Wah, tawaran hebat ni. Apalagi, gigihlah survey harga. Harga Amway ialah RM 2400. Harga pasaran Malaysia almost 3k. Mulalah hati tak tenteram. Nak beli ke tak ni. Perlu ke beli ni? Worth it tak? Maklumlah aku bukannya full-time bakers. Agak-agak membazir tak? Aduhai.. Berhari2 jugaklah tak keruan. 

And last, decide belilah. As birthday present. Haaa gitu kan justification nya. Hahhaha.

Inilah cinta hati yang baru. Kena berkerja keras ni. Untuk pastikan worth buying. Hamek kau!


Kettle FREE. 

Dah keluar kotak. Pandai pulak electric kettle kat rumah ni Nak rosak. Haih la. 
Apa pun, welcome KA whistler kettle. Berbakti dengan jaya OK. ;-)





with luv,

Sunday, October 18, 2015

Tinta hati...


Sepertinya ruang ini terus kaku dan beku kebelakangan ini. Hakikatnya terlalu banyak yang ingin aku coretkan di sini. Tetapi adakalanya masa seperti mencemburui apatah lagi emosi yang tidak memberikan kerjasama sebaiknya. Maka, terdamparlah sepi ruangan ini. Sunyi. 

Arus kehidupan semakin deras dan badai yang datang adakalanya menjadikan kelemasan di dalam duniaku. Kosong. Sepi. Tatkala badai datang menyapa, terkapai-kapai aku melambai. Tenggelam timbul dalam arus kehidupan. Penat. Lelah. 

Adakalanya terasa ingin pergi. Pergi jauh Dari dunia yang kosong ini. Mencari jati diri yang entah hilang ke mana. Benarlah, roda kehidupan tidak pernah berhenti berputar. Selagi matahari setia menemani selagi itulah roda ini tidak akan berhenti. 

Seringkali hati ini meronta, menghadapi kerenah manusia yang sering berpura-pura. Lelah. Menyampah. Tapi apakan daya? Inilah warna sebenar yang bernama manusia.

Lelah. Menambah kelelahan pabila hati di sakiti oleh mereka yang kononnya mengerti. Pabila keakraban menjadi tiket untuk berkata apa jua perkataan yang kadangkala sangat melukakan. Tetapi, atas nama keakraban, seolah menjaga hati itu bukan kemestian. Maka berkatalah apa sahaja, melepaskan kemarahan tak kira masa, janji hati mereka puas berkata-kata. Janji kemarahan dapat di lepaskan tanpa pernah ingin memikirkan situasinya bagaimana. Aduhai manusia. Aku juga manusia seperti kalian semua. Senyuman Dan girangnya kata-kata adakalanya bukanlah gambaran sebenar apa yang ada di dalam sana. 

Terluka. Tapi untuk apa dipaparkan? Maka, terdamparlah ia memendam rasa. Di luar bergelak ketawa, tetapi di dalam menangis siapa yang sangka? Kalian, saat berbicara, janganlah sesedap rasa. Kerana ada kalanya ia sangat melukakan. Jika sampai saat aku diam membisu, maka, berhentilah dari berkata-kata. Kerana apa? Kerana ianya sangat mengguris rasa. Belajarlah menghormati hati manusia lainnya.

Diam. Berlalu. Jangan di Tanya Kenapa? Kerana jika ini yang berlalu, tandanya segalanya berakhir di situ. Di noktah itu.


with luv,