Tuesday, May 7, 2013

catatan sebuah perjalanan






Assalammualaikum w.b.t

Kita bicara tentang kehidupan. Perkara yang paling penting dalam kehidupan pastinya duit. Kerana duit manusia boleh bertelagah sesama sendiri. Kerana duit adik beradik sanggup tikam menikam. Kerana duit kawan-kawan sanggup mengkhianati. Kenapa terlalu besar kuasa duit dalam kehidupan seharian kita? Kerana duit maruah di hina. Ada ketikanya sampai menjadi hamba kepada duit. Kenapa yer? Orang yang berduit seringkali di sanjung dan di puja bagaikan raja. Orang yang miskin seringkli di hina dan di cerca. Benarkan? Inilah hakikat kehidupan hari ini. 

Mujur aku berada di dalam golongan biasa-biasa je. Tidak kaya dan tidak juga miskin. Cukup makan, pakai dan penginapan. Alhamdulillah. Mungkin aku tidak punya kereta mewah tapi aku masih punya kenderaan untuk bergerak. Alhamdulillah. Mungkin aku tidak punya rumah besar tapi aku masih punya tempat untuk berteduh. Alhamdulillah. Mungkin aku tidak punya harta yang banyak tapi aku masih cukup makan dan pakai. Mungkin aku tidak punya simpanan yang menggunung tapi aku tidak sampai meminta-minta. Alhamdulillah. Ini dah cukup baik untukku. Mujur aku di kelilingi sahabat-sahabat yang baik. Yang sanggup menghulurkan duit saat aku memerlukan. Yer aku masih punya kawan yang sebegini. Alhamdulillah.

Tapi sudah menjadi sifatku yang memang tidak suka meminta-minta, selagi daya akan aku usahakan untuk menggunakan duit yang ada. Kenapa? Sebab aku tak suka apabila orang mempersoalkannya? Sedari kecil lagi aku memang tak suka meminta duit dari mak dan abah. Kalau inginkan sesuatu, aku akan usahakan untuk mendapatkannya. Kenapa? Mungkin sebab aku telah dididik sebegini rupa dari dahulu kala. Percaya atau tidak, dari umur 10 tahun aku dah cari duit sendiri. Berdikari. Sebab aku tak suka bila minta duit daripada mak abah mesti dorang akan tanya nak buat apa? Lebih menyedihkan bila mentah-mentah mereka menolak keinginan aku. Dari situlah aku belajar betapa besar kuasa duit dalam kehidupan seharian kita. 

Sejak tamat SPM, aku tak pernah minta duit mak dan abah lagi. Dari pinjaman MARA yang diperolehi itulah aku menampung hidup sehari-hari. Dulu, hidup kami susah jadi aku dan kakak memang tak pernah minta duit mak dan ayah untuk menyambung pelajaran. Malah biasiswa kakakku yang di terima dari Baitulmal hampir keseluruhannya di beri pada mak untuk menampung kehidupan. Satu perkara yang aku akan ingat sampai bila-bila. Saat rakan-rakan lain berjoli dan bergembira, aku bersungguh-sungguh belajar. Sanggup tidak duduk di hostel semata-mata ingin berjimat. Sanggup berulang-alik ke kolej menukar bas semata-mata nak kurangkan kos. Byangkan keluar rumah seawal 6.30 pagi dan hanya tiba di rumah selepas Maghrib sambung pula menyiapkan assignment dan tugasan. Bersungguh-sungguh belajar untuk kekalkan pointer hanya untuk mengurangkan kadar pinjaman. Tapi alhamdulillah, kini kehidupan kami agak selesa. Kesusahan dahulu mengajar aku erti kehidupan. Sebab itu aku tak suka meminta-minta. Kalau tidak ada, buat saja cara tidak ada tidak perlu untuk berlagak ada. 

Mungkin kalian tidak pernah rasa apabila terpaksa berpuasa untuk mencukupkan tambang bas berulang alik ke kolej. Mungkin kalian tak pernah rasa apabila terpaksa berpura-pura kenyang apabila dompet hanya cukup sehingga menanti biasiswa seterusnya. Tapi aku bersyukur kerana kesusahan inilah aku belajar dan belajar untuk tidak meminta-minta. Kerana kesusahan inilah aku belajar untuk mencari dan terus mencari rezeki di bumi Allah ini. Kerana inilah juga aku tidak suka apabila orang mempersoalkan ke manakah aliran tunai aku saat aku katakan aku tidak ada duit. Hatta mak dan abah sendiri pun tak lagi mempersoalkan ke manakah aliran tunaiku setiap bulan. 

Di sebabkan kesusahan mencari duit inilah membuatkan aku sangat-sangat menghargai sahabat handai yang sudi membantu saat aku perlukan. Akan ku kenang hingga ke akhir hayatku. Aku masih ingat saat bisnes kecil-kecilan aku menghadapi 'masalah' dalaman, ada insan yang sudi membantu menghulurkan dana dan bantuan. Saat tiada siapapun yang ingin membantu hatta dari orang-orang yang punya pertalian dengan bisnesku walau mereka punya duit. Yang lebih mengharukan aku apabila insan itu hanyalah sahabat yang aku hanya jumpa sekali sekala sahaja. Tanpa soal dan tanpa pertikaian, bantuan di hulurkan. Bukan puluhan bukan ratusan nilainya mencecah ribuan ringgit. Inilah antara perkara yang tidak pernah aku lupakan dalam perjalanan sebuah kehidupan. Aku mula kenal siapa rakan, siapa lawan. Aku mula kenal antara sahabat baik dan sahabat karib. Aku mula kenal antara rakan jimba-jimba dan rakan susah senang bersama. Walau apa pun title mereka, aku hargai kehadiran mereka sebagai sahabat dunia akhiratku yang sentiasa ada di dalam setiap doa-doaku. 

Buat sahabatku Rizam, terima kasih banyak-banyak. Mungkin kita jauh di mata tapi dekat di hati. Mungkin kita jarang bertemu tapi sentiasa ada dalam ingatan. Thankz bro. 

Untuk dia yang pernah membantu juga aku ucapkan terima kasih walau nilainya hanya RM **. Bukan nilai yang menjadi ukuran tapi kesungguhan untuk menghulurkan itu yang sangat-sangat bermakna. 


~msraiza@10:01 pm~




with luv,

Bagaimanakah akhirnya?



Dari apa yang berlaku, terlalu banyak yang ingin aku luahkan. Tapi adakah luahan-luahan ini akan menyakiti insan lain? Lalu aku memilih untuk tidak meluahkannya bukan kerana aku lemah tetapi ukhwah yang aku sayangi. Hanya padaNya tempat aku meluahkan kegusaran dan kebimbangan ini. Apakah masih ada rahmatMu Ya Allah? 

Kadangkala aku terfikir, apakah tidak ada titik tengah antara dua perbezaan? Apakah tidak ada kesamaan dalam setiap keraguan? Apakah tidak ada penyelesaian dalam setiap kepincangan? Jika ada pilihan untuk berdamai mengapa memilih rusuhan sebagai penyelesaian? Jika ada pilihan untuk kemakmuran kenapa memilih kekucar-kaciran sebagai pilihan?


Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Malah merasai apa yang dirasai
Kegundahan dan kegusaran
Buat hati ini sedih sekali
Kelihatannya semua ingin berbicara 
Tanpa ada sekelumit pun ingin menghormati
Apakah kini melayu sudah tidak punya kesantunan dalam berbicara?

Ya Allah, 
Berikanlah yang terbaik
Untuk kami semua 
Tanpa ada yang terluka
Dalam memperjuangkan agenda mereka.

Ya Allah,
Satukanlah hati-hati kami yang berbeza ini
Mencari titik persamaan yang Kau redhai
Untuk agama ISLAM yang aku cintai.. 
amin...amin ya Robb..


by,
msraiza




with luv,

Rizalman for Zalora


Assalammualaikum w.b.t,

Designer² tersohor telah pun mengeluarkan koleksi masing-masing bagi koleksi Aidilfitri 2013. Kali ni, Rizalman telah berkerjasama dengan Zalora. So uols dah pilih baju raya? 




Aku belum terdetik lagi nak mencari baju² designer ni utk raya kali ni. Entah kenapa belum punya keinginan lagi sepertimana tahun lepas yang bersungguh² nak dapatkan baju designer. ;-)

Tahun ni rasa nak jahit baju sendiri. Rupa bagaimana baju yang siap nanti tunggu sahaja. Baru nak belajar menjahit baju kurung moden. Kalau berjaya menamatkan sesi pembelajaran, bergayalah aku dengan kurung moden hasil jahitan sendiri. Jika tidak, jadilah sekadar menyarungkan jubah dress. 

Rasanya tahun ini ingin bersederhana sahaja. Bukanlah tahun² lepas tidak bersederhana tapi tahun ini mood dan semangat ingin sederhana sahaja. Tidak mahu terlalu excited. 



with luv,