Monday, January 2, 2012

kau dan aku ... Nutox ...




Selepas 3 bulan menggunakan Nutox sebagai skincare harian, rasanya sangat sesuai dengan kulit saya yang extra sensitif ni. Sangat suka menggunakan Nutox. Sebab? Sebab Nutox tidak terlalu mahal harganya. Range harga dari RM 15 untuk pencuci muka dan RM 30++ untuk night cream dan moisturizer. Cuma yang sedikit mahal ialah serum dan superstar night mask nya. Mahal pon tidaklah mencecah sehingga RM 100. Dalam lingkungan RM 50 -60 jer. Kalau nak jimat beli kat Watson sebab selalunya ada less 15 - 20%. Guardian pon ada jugak less. Biasanya saya akan buat comparison harga dahulu baru beli dan pilihan saya adalah di Watson sebab boleh kumpul point. Pembelian bijak katanya. haha.



Di sebabkan keserasian antara saya dan Nutox, makanya, saya telah menambah range skincare kepada penjagaan di sebelah malam juga. Sebelum ni, saya hanya menggunakan Nutox untuk menjaga kulit saya di siang hari. Saya dah guna pon hampir seminggu. Dan kesannya? Struktur kulit lebih baik dari sebelumnya. 





Range Nutox oxyfusion yang saya gunakan :-


sumber : Tohtonku.


Penjagaan Asas / Basic Care


Wrinkle Away Cleanser

Skin Refining Astringent

Advanced Serum Concentrated

Penjagaan Siang / Day Care

Moisture Emulsion SPF25PA++


Penjagaan Malam / Night care

Supernatural Night Repair

Superstar Night Mask



Mini Travel Kit
 Ni yang saya paling suka. Memang selalu ada dalam handbag dan senang nak bawa ke mana-mana. 






with luv,

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru



WELCOME 2012  ++



Ya Allah, bukakanlah tirai tahun baru ini dengan rezeki yang melimpah ruah seperti air hujan yang turun mencurah-curah tanpa hentinya. Berkatilah rezeki kami dan janganlah kami digolongkan di kalangan orang-orang yang rugi dan yang merugikan diri sendiri, orang-orang yang takbur dan bangga diri serta orang-orang yang penuh rasa cemburu dan iri hati. Amiiiinnn...




Bertemu kita kembali di Tahun baru 2012. Alhamdulillah, masih di panjangkan usia dan di kurniakan kesihatan yang baik. Sungguh singkat masa berlalu, apakah achievement untuk tahun 2011? Sudah cukup baikkah? atau masih ada impian yang belum di capai?

Bagi saya, kebanyakan matlamat sepanjang 2011 telah di capai seperti yang di rancang. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi akan rezeki yang telah dikurniakan. 

Banyak lagi matlamat yang perlu di capai bagi tahun 2012. Terutamanya untuk menjadikan hobi menjahit dan mengajar sebagai sumber pendapatan utama. dan lebih bersedia untuk work-from-home. 

Semoga 2012 bakal menyaksikan kejayaan demi kejayaan dan tercapainya impian demi impian. Insyaallah. 






GOOD BYE 2011 ++


Matlamat 2012


credit to Yupedia.

Work-at-home
Mudah-mudahan dapat di realisasikan mengikut perancangan saya.







with luv,