Thursday, March 3, 2011

saya dan EPAL : d making of ..... Project 3


 Queen of Nature Bag - In progress

 Lalallala.. sukernya dalam hati bila beg idaman hati  sedang dalam proses pembikinan. Dah lama sy nantikan saat nak membuat beg nih.


 Kain yang telah siap di potong sebanyak 120 pcs utk di cantumkan.
Naik lenguh tangan ni memotong kain. 
Nasib baik ai guna olfa cutter. Senang skit. 
Skali zass dah settle.. huhuhu. 
Next time ai buat nak beli designer cotton yg dah siap potong tu la... 
x sakit tangan memotong.. hehhe



 Yeay! Dah start mencantum kain. Part nih dah pon siap. 
Move to next step... 
nak buat tapak dan bunga hiasan.





with luv,

Wednesday, March 2, 2011

Dreams Unlimited


Last Friday ai jalan² Jusco Wangsa Maju. Dah lama tak menyinggah di Jusco dan yang utama nak pergi membetulkan sunglassku yang tercabut skru itew...  Sempatlah menyinggah sejap di bodyshop sebab tertarik dengan iklan ini ...


Purple pink  memang warna yang mempunyai tarikan... Try bau perfume baru nih. Oh, ai loike! Serius ai suker baunya. Kalo bukan sebab ai tak gi withdraw duit gaji lagi, memang ai dah sambar set (perfume + body lotion + body wash). So skang ai terbayang² sama ini 'Dreams' .. hahaha...

Tambahan plak my lotion dah habis.. Oh, nak kena gi beli lotion jugak sebab kulit dah semakin kering. 8 jam sehari dok dalam aircond memang membuatkan kulit lebih tua dari usia...

p/s: bodyshop ke crabtree ataupon VS ? oh... dasar wanita ... hehe


with luv,

Tuesday, March 1, 2011

Doa ketika sedih ..

 credit to : sweetstoberi's blog.






Maksudnya :
"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku".

Bagi aku dalam hidup ni kita perlu belajar untuk memaafkan kesalahan orang lain. Walaupun orang buat kita rasa sedih ke apa ke kita kena cuba untuk memaafkan. Supaya hati kita tenang walaupun orang tu tak tahu yang kita telah memaafkan dia. Lagi satu, kita kena belajar untuk meminta maaf dengan orang lain. Kalau rasa kita dah buat orang terasa hati atau orang dah tersalah sangka dengan kita, minta maaf je dengan mereka. Itu lebih bagus.
Lagi satu perkara yang aku nak kongsikan, kita perlu belajar untuk mengucapkan terima kasih. Yang ni lari topik sikit, tapi takpe. Kalau dikaitkan dengan banyak perkara dari perspektif yang lain akan nampak yang ucapan terima kasih ini juga berkait dengan apa yang aku nak sampaikan kali ini.    
Apabila engkau ditimpa musibah maka janganlah engkau larut dalam kesedihan kerana kesedihan atau rasa sakit yang menimpamu, tak akan akan berlalu tanpa erti. Dengannya Allah akan memberi pahala dan menghapuskan dosamu. . .

Sekian.








with luv,