Monday, March 23, 2009

Kerana kamu lelaki... - 2

Seingat Maya waktu itu dia di dalam darjah enam. Berusia 12 tahun adalah saat yang paling menggembirakan, detik itu merupakan fasa peralihan dari seorang kanak-kanak kepada remaja. Bagi seorang gadis, pasti banyak kenangan indah sewaktu melewati musim itu. Namun tidak bagi Maya. Dia tidak pernah merasai keriangan dan kebahagiaan itu. Maya matang sebelum usianya. Maya tak pentingkan keseronokan, dia tidak pernah mengharapkan baju-baju yang cantik, dia juga tidak cemburu bila melihat rakan-rakannya mempunyai perkakas sekolah yang cantik dan canggih. Satu sahaja keinginan Maya ketika itu, biarlah ibu sayangkannya seperti ibu sayangkan adiknya Echah.

Maya juga pelik kenapa ibu terlalu bencikannya. Berkali- kali dia tanyakan soalan itu kepada Mak tok, namun hanya jawapan yang sama sahaja diberikan. Maya sendiri dah boleh menghafal semua jawapan-jawapan tersebut.


More

Sumber : kapasitor.net

Sunday, March 22, 2009

aktiviti cuti sekolah

Sempena cuti sekolah kali ni, aku berkesempatan bawa Boy pegi tgk wayang citer upin dan ipin. Best woo citer nih. Kelakar, gembira, takut dan sedey. Boy kata dier tgk citer nih macam nak nangis part nak berpisah tuh. Lihatlah betapa binatang pun punya perasaan.



Lepas tgk wayang, kitorang masuk Dinotrek Exhibits @ KLCC pulak. Aku rasa Dinotrek ni sangatlah bagus untuk kanak-kanak. Bukan untuk kanak-kanak jer, orang dewasa macam aku pon bagus sebagai pengetahuan. Di sini banyak kisah, asal usul, pengetahuan am mengenai dunia dinasour di kupas. Cara yang digunakan juga menarik. Ada juga kuiz mengenai dinasour. Pendek kata semua cerita dinasour ada di sini. Kiranya tak menyesal punyalah pergi sini. Tiket masuk pun tak delah mahal sangat. Sangat berbaloi.

Kanak - kanak : RM 3
Dewasa : RM 6

p/s: Yang sebenarnya aku bawa Boy berjalan sebab dier dapat exam 100% marks. Bukan tak pernah bawa Boy jalan tapi kali nih agak special. Apa yang Boy nak aku turutkan jer. Ahak. Next tempat yang aku nak bawa Boy masuk ialah Petrosains. Aku dah janji dgn Boy kalau belajar pandai aku nak bawa Boy g petrosains. Nih kira rasuah ker? apa-apa jer lah... nak bagi semangat supaya Boy rajin belajar.

kene tag.... menci..

Tag from maznah.
waaa... aku tak suker main game tagging nih... malas nak pk.. muhahahah... Layan jer la ek....

1. Letakkan 3 gambar dalam berlainan mood!!

i) External Hardisk aku tak tau mana pegi.... ader gambo dlm tuh..
ii) Power supply pc kat umah beru jek meletopss... ader gambo dlm pc tuh...
iii) Notebook ni xder dvdrom... aku ader gambo dlm dvd tp x lh bacer lak... hampeh..

2. Describe in 5 words about yourself
i) Pendiam (Diam ker? skit la.. hehe)
ii) Pemalas ( aku mmg malas babe nak lipat kain... hahahha)
iii) Penggemar Manik ( oh... manik dan aku tak bleh di pisahkan... ngeh..ngeh..ngeh)
iv) Suka ketawa ( Aku mmg suker ketawa... bukan aper... free treatment utk awet muda.. hahahha)
v) Pengemas ( ikut mood nak mengemas ni.. aku boleh jer tahan sehari suntuk mengemas kalo mood dtg... )

3. Berikan 3 perkara yang buat anda gelisah
1. Bile keje tak siap...woppss.... kene OT ker??
2. Bile jam menunjukkan pukul 4 pm... one more hour ok... apsal lmbat sgt nih....
3. Bile esok gaji .... tak sabo nak beratur kat bank......

4. Huruf yang anda selalu guna
M.S.R.A.I.Z.A

5. senaraikan 5 perkara yang buat anda happy
1. Bila aku dapat beli baju yang aku suker.... i like it!
2. Bila aku dapat beli perfume yang aku suker.... i like it!
3. Bila aku dapat beli kasut yang aku suker.... i like it!
4. Bila aku dapat beli handbag yang aku suker.... i like it!
5. Bila aku dapat g shopping.... i like it!


6. Senaraikan 5 insan yang anda sayang
1.Mak & Abah
2. kakak dan adik-adik
3. makcik dan pakcik
4. cousin rapat
5. ...... tut .......

7. Anda marah bila.....
1) org tipu aku.... aku paling menci org tipu aku....!!!
2) mungkir janji.... kalo tak pandai nak kota jgn berjanji okkey...
3) cakap belakang.... tak puas hati jumpa kat simpang la.... hahhaha!!


8. Anda nangis bila.....
1) Marah yang teramat
2) Sedih

3) Org yg paling di sayangi menipu!!! oh sakit wehh...

9. anda memang SELAMBA kalau tag....
1) DORISYA
2) DEQ JAA