Thursday, March 17, 2016

Movie Day



Let's go for the movie!

Hari rabu yang lepas aku ambik cuti semata-mata nak layan movie dengan budak-budak ni. Cuti sekolah kali ini, Maira & Arif nak duduk rumah Atuk. Dan kebetulannya bulan ni adalah birthday Maira, maknanya Mak Ngah belanja tengok movie.

Sekali Layan 2 movie tu. Agak gigihkan. Movie pertama kitorang Layan ialah Zootopia. Beli tiket siap-siap tengok di MBO, Setapak Sentral yang dulunya dikenali sebagai KL Festival City.  Beli tiket online dan terus subscribe sebagai member MBO. Benefit sebagai member? Kumpul point la apalagi. Register pon free je. Layankan jer la. Movie start 10.40 am. Kami bertolak dari rumah pukul 10.15 am. Maklumlah, keluar bersama budak-budak ni kena pandai2 budget time. Kalau tidak, alamatnya...hahaha.

Selesai movie lebih kurang pukul 12.50 PM. The next movie pukul 3pm. Sementara ada masa ni, singgah makan-makan di Subway menanti waktu Zohor. Selesai Zohor terus bergegas ke Wangsa Walk pula. Ye, movie kedua ni iaitu BoBoiBoy kitorang tengok di Wangsa Walk ye. HĂ aaa... Nampak tak kegigihannya di situ? Kenapa tak tengok di MBO je? Sebab..... Boboiboy belum ditayangkan lagi di MBO so terpaksalah bertukar destinasi.

Ayuh ke Wangsa Walk!

Terus ke destinasi seterusnya. Tiba di Wangsa Walk agak awal. 2.30 PM dah sampai. Terus sahaja ke TGV. Di sebabkan movie day ni, aku subscribe pulak membership di TGV sebagai iMovie member. Giteww kan. Ok, Kali ni bukan free. Subscription fee kena bayar RM 30. Di sebabkan berbayar, banyaklah benefit lain yang boleh diperolehi berbanding dengan MBO tadi. 

Bonus 1# Dapat free 2 ticket movie & regular set pop corn for free upon registration. Yang ni aku tak reedem lagi. Bila di fikirkan dapat free ticket ni lah aku register. Sebab harga tiket di TGV dah mahal yer. Ke aku yang dah lama tak tengok movie nih? Tiket Dewasa RM 14, kanak-kanak RM 9. Walaupun tengok hari Rabu. Hatta early bird punya tayangan. Nan hado rege diskaun lagi. Budak-budak punya pasal, layankan jer la. 

Sebelum masuk movie Boboiboy, Arif cakap, "Mak Ngah, lepas ni kita balik yer.." ... Hahahha... Penat gamaknya. So aku just said, OK, kita balik. Dalam hati, selamatttt.... Baru ingat nak Layan movie Kungfu Panda pulak. Muhahaha... 

Habis je movie Boboiboy, Arif selamba je tanya, "Bila kita nak tengok Kungfu Panda, Mak Ngah?" Adehhh la Arif.... Di sokong pulak dengan Boy yang memang beriya-iya nak tengok Kungfu Panda3 ni. Terus teringat tiket free belum redeem lagi. So apalagi terus booking ticket Kungfu Panda untuk tayangan keesokan harinya pukul 5.45 PM. Sempatlah Mak Ngah balik kerja, pick up dorg Kat rumah. 

After movie, jalan-jalan dalam Wangsa Walk.


Btw, harga tiket wayang MBO lebih murah berbanding di TGV. Untuk movie Zootopia, aku just spend RM 37 untuk 4 tiket. 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Manakala di TGV, aku spend RM 47 untuk bilangan tiket yang sama.

** Kos tidak termasuk popcorn dan air... Huhu. Apapun, enjoy Layan budak-budak. As long as diorang happy Mak Ngah pon happy.




with luv,

No comments:

Post a Comment