Friday, July 24, 2015

Tips renew passport

Assalammualaikum...

Masih mood raya lagi ke? Hehe.. Mood raya aku dah suam-suam kuku je. Move to next agenda. Hoo yeah! Ada agenda yang lebih besar lagi dalam perancangan. Maka aku tangguhkan mood raya seketika.

Untuk move ke next agenda, perkara pertama harus renew passportku yang telahpun tamat pada 2013. Mean that since 2013, aku bercuti di dalam negara jer. Haha. Ok, will plan next year utk keluar negara lagi. Sebenarnya ada perancangan ingin ke Turki next year with my BFF. Tapi not sure menjadi atau tidak. Apa pun, jom menabung dulu ye.

Kembali ke tajuk asal entry, aku nak bagi tip untuk renew passport untuk memudahkan uols2 yang nak renew passport yer.

Di sebabkan aku pergi ke imegresen pada hari yang masih mood raya a.k.a raya ke tujuh, makanya orang tak ramai. Memang tak ramai langsung.

Aku sampai jam 8.40 am, selesai collect passport lebih kurang pukul 9.20 am. Boleh bayangkan tak berapa ramai je umat manusia dalam tu. Boleh di kira dengan jari. Alhamdulillah.

Ok, jom baca langkah-langkah nak renew passport.

1. Sila bawa passport lama dan IC. Wajib ye!
2. Pergi ke kaunter no giliran untuk ambil no dan serahkan IC dan passport lama. Tidak perlu isi form. Sangat mudah sekarang ni.
3. Tunggu angka giliran di panggil. Setelah no giliran di panggil, proses pengesahan akan berlaku. Dan proses mengambil gambar secara digital. Ok, masa ni sila pastikan anda bertudung gelap bagi yang bertudunglah ye. Kalau tidak, merasalah pakai tudung hitam yang di sediakan. Haha. Yang ni aku tak tahu, so aku pakai tudung cerah. Kiranya aku merasalah pakai tudung hitam diorang... Hahahha..
4. Setelah selesai, tunggu bayaran. Nombor anda akan di panggil sekali lagi untuk pembayaran. Harga sekarang flat rate RM 200 untuk 5 tahun (as of 27 July 2015). Jimat banyak dah sekarang ni.
5. Selepas pembayaran, tunggu lagi nombor anda di panggil untuk collection passport.
6. Ketika collection new passport, sila pastikan semua maklumat adalah betul sebelum tandatangan.
7. Selesai!

Mudah je kan prosesnya. Yang sukarnya jika ramai orang. So masa menunggu tu agak lamalah ye.

Tips:
1. DATANG AWAL sebelum kaunter di buka. Kaunter buka jam 7.30 am. My friend ada yang datang pukul 7.30 am dapat no seratus lebih ok hari biasa. So, sila schedule betul-betul untuk mengelakkan anda menunggu lama.
2. BAWA IC & PASSPORT LAMA. Yang ni wajib bawa. Kalau agak-agak tertinggal, silalah tabah untuk mengambilnya semula yer.
3. TIDAK PERLU bawa gambar. Gambar akan di ambil secara digital di kaunter.
4. TIDAK PERLU bawa fotostat IC dan dokumen-dokumen lain. Sekarang ni dah paperless kot. So tak perlu bersusah payah nak fotostat semua tu ok.
5. Sila tunggu sehingga membuat pembayaran. Kalau agak-agak lama sangat menunggu tu kan, bolehlah pergi breakfast dulu ke. Balik dulu ke tapi PASTIKAN selesai step 4 iaitu selepas bayaran. Korang pergilah nak pergi mana pun. Selagi tak buat bayaran, selagi itulah permohonan tidak di proses. So sia-sia lah datang awal bagai kan tapi korang tak bayar dah lesap. So masa menunggu akan jadi lebih panjang.

Ok, rasanya inilah tips yang aku boleh kongsikan berdasarkan pengalaman aku sendiri. Semoga bermanfaat. ;-)




with luv,

No comments:

Post a Comment