Saturday, September 20, 2014

Beriadah di FRIM - canopy walkway


Aktiviti sihat di cuti sekolah. Last minute plan. Haha. Boy ajak kakak keluar sempena cuti sekolah tapi memandangkan exam UPSR yang tertunda maka kakak tak mau keluar. hehehhe... Tetiba datang idea nak buat aktiviti lasak untuk release tension. Ajak abang ngan Boy sekali. Tapi waktu tu dah pun pukul 12 tengah hari. Bila google info tentang Canopy Walk di FRIM rupanya tutup jam 1.30 petang. Memang tak sempatlah nak pergi hari tu kan. So decide pegi keesokkan harinya.

Di sebabkan keesokkan harinya ialah waktu kerja maka tak adalah nak rushing sangat kan. Kami bertolak jam 9 pagi. Just nice waktu kami sampai sekitar jam 9.30 pagi. Yang lama tu sebab mencari parking. Hari kerja pun parking penuh rupanya. 

Bagi yang nak pergi juga, waktu operasi adalah 9.30 am - 2.30 pm. Last trip ke canopy walk adalah pukul 1.30 pm. So kalau agak-agak dah 1.30 pm baru sampai tu korang datang je la esok pagi-pagi.

Parking di sediakan di luar FRIM secara percuma. Kalau korang plan nak berjoging sekali, bolehlah park di luar dan berjoging ke dalam. Jauh jugak perjalanan nak sampai ke dalam tu. Kira-kira 15 min jugak lah kot kalo joging. Kalau tak mahu joging, boleh parking di dalam dengan bayaran masuk kereta ialah RM 5 dan setiap orang dewasa di kira RM 1. Macam aku pergi bertiga, kena bayar RM 7 untuk bawa kenderaan masuk di dalam. Boy tak kena bayar sebab bawah 12 tahun.

Kalau sekadar nak berjalan-jalan dan berjoging, tak perlulah bayar untuk menaiki canopy walk tu. Sebab ada bayaran tambahan untuk menaiki canopy walk. Dewasa with mykad RM 5 setiap orang dan kanak-kanak RM 1. So aku kena bayar RM 11. Total bayaran termasuk parking RM 18. Ok lah kan? Kalau korang pergi shopping complex lagikla mahal... hehhehe.. 


Kakak dan Boy dah bersedia nak mendaki ke Canopy Walk. Ok, nak jadi cerita...... Baru suku perjalanan pendakian, kasut sukan aku koyak... hahhaha... sabo jer la... Time nilah kan dia nak koyak tu. Terpaksalah berpatah balik ke kereta. Mujur belum sampai ke laluan Canopy Walk lagi. Terpaksalah aku mendaki dengan berselipar jepun... muhahhahaha.. 

Banyak kalo Boy tanya, kakak ok ke? Risau betul dia.. hehhee.. "kakak ok.." "kita kena belajar hidup dengan apa yang ada...baru bleh menikmati kehidupan.." Abang pulak tambah. Ok, let's go.... selipar pon seliparlah kan.... Misi harus di teruskan...

Performance drink Shaklee, minuman wajib. Inilah minuman isotonik yang aku bawak. Lebih bagus dari 100plus. Sangat-sangat membantu. Boy pon suka sangat. Boleh bagi instant tenaga katanya.... 





Kawasan pendakian sangatlah tinggi. Seriously memang sangat-sangat memerlukan tenaga dan stamina. Aku berhenti beberapa kali di pit stop melepaskan lelah. Aku nasihatkan korang warm up lah dulu serba sedkit. Sebab apabila melalui laluan ke canopy walk tu memang korang kena mendaki. Tinggi okey. Oh, bagi sesiapa yang ada masalah sakit lutut dan sendi, tak payahlah korang cuba-cuba nak naik. Karang tak pasal ada pulak orang yang kena usung turun kan... hehhehe...

Taraaa.. Inilah dia canopy walknya setelah hampir sejam mendaki. Cantik sangat pemandangan dari atas ni. Boleh nampak KL.


Masa ni momentum dah lemah. Abang kata, jangan fikir tak larat. Yakin boleh... hehhee.. maka gigihlah si kakak memanjat batu-batuan tu untuk sampai ke canopy walk.




Oh yeay! Kami dah sampai atas. Hilang segala penat lelah mendaki...

Kitorang tiba semula di bawah sekitar jam 12 tengah hari. Sambil turun sambil menikmati alam. Perjalanan turun pon mencabar jugak. Tapi turun tak sesukar nak naik. Ahak. Sempatlah nak berposing dengan pokok-pokok. hehhehe..

Apa pun, aku recommend untuk mereka yang nak mengisi masa lapang dengan aktiviti sihat ni. Masa ni lah nak uji stamina korang takat mana kan...

Sepanjang perjalanan turun aku jumpa ramai Chinese berjoging di sini. Impress betul aku dengan tahap kesihatan dan stamina dorang ni. Ada yang dah berusia pon. Dalam 50 an macam tu. Masih mampu berjoging walaupun membawa payung dan tongkat sebagai supporter. Wah, tetiba pasang niat... aku mesti sihat macam dioranglah. Harus menjaga kesihatan dari sekarang ni. Shaklee kan ado!... hehhehe 





with luv,

1 comment: