Sebelum berakhirnya Syawal, eloklah upkan entry ni kan. Kalau tak, mau ada yang kena peram lagik. Ahak.
Macam biasa, raya setiap tahun di sambut di Johor. Cuma bezanya tahun ni, semua adik-beradikku pulang ke kampung sekali so plan asal untuk beraya di rumah Atuk terpaksa di tukar. :-)
Raya kali ni, Mak dan Abah nak beraya dengan kawan hajinya katanya. Maka plan pon di buat. Kami duduk di homestay yang berdekatan dengan rumah kawan Mak dan Abah. Actually, belakang rumah dia je pun. Rumah kampung. Memang ini yang kami mahukan. Nak cari rumah kampung sebab nakkan suasana kampung tu. Alhamdulillah, seperti yang di rancang.
Kami pulang beraya pada hari Sabtu. Jalan tak berapa sesak menuju ke arah Selatan. Cuma sedikit sesak di kawasan-kawasan biasa. Sebenarnya ada story di dalam perjalanan pulang ke kampung. Sambung di entry lain lah pulak. Hari Sabtu kami sempat berbuka dan bersolat berjemaah bersama-sama. Ini yang aku idam-idamkan selama ni iaitu berjemaah bersama seisi keluarga. Selalunya berjemaah, tidak semua ahli keluarga yang ada. Dan yang bestnya, si kecik Maira dan Arif pun solat sekali. That was very priceless moment.
Sabtu di kampung tidak ada aktiviti sangat. Masa banyak di habiskan dengan sesi bonding dan berborak-borak dengan adik-beradik dan juga dengan family kawan Mak, Mama Normah dan Abah Kusnon. Masa yang ada di gunakan untuk meninjau kawasan rumah. Banyak pokok buah-buahan ada di keliling rumah. Memang syok. Kebetulan buah pulasan sedang ranum di atas pokok. Di sebabkan masih lagi berpuasa, Abah Kusnon jolokkan sebakul buah pulasan untuk kami nikmati ketika berbuka nanti. Terliurlah jugakkan tengok buah pulasan tu. Pukul 6 petang baru sibuk di dapur masak untuk juadah berbuka puasa.
Ahad adalah hari untuk memasak. Pada mulanya hati aku berkata-kata, teringin nak makan ketupat. Memang rezeki, bila Abah Kusnon pandai anyam ketupat. Fuhhh lega. Sebenarnya adik aku pon pandai menganyam ketupat , cumanya tak ada daun kelapa. Mujur duduk di kampung, boleh jugak ambil di pokok kan. So mulalah sesi menganyam ketupat. Tahun ni pertama kali aku masukkan beras dalam ketupat. Dari awal penyediaan ketupat kami adik-beradik yang uruskan. wow! terserlah bakat-bakat yang terpendam. ;-)
Selesai memasak sekitar jam 4 petang, kami bersiap-siap nak ke rumah Atuk di Pagoh. Hari ni nak berbuka di rumah Atuk sambil berjumpa saudara-mara. Sempatlah bermain mercun dan bunga api sebelum kami pulang semula ke homestay kami di Muar.
Alhamdulillah, 1 Syawal kali ini tak ada sesi berebut toilet sebab homestay yang kami duduk ni ada dua toilet masih dapat menampung bilangan ahli keluarga aku. Selalunya kalau di rumah Atuk mesti berebut toilet dengan cousin-cousin.
Mairanur Damia sedang bersiap-siap. Dia pun nak make up jugak hokay... Ahak..
Adik dan Boy.
Oh tema tahun ni ialah berjubah putih. Di request oleh Boy. Sebenarnya kami masing-masig dah ada warna tema cumanya di pagi hari kami sepakat untuk mengenakan jubah putih untuk sesi fotografi.
Arif Syahmi si hensem boy.
Nampak tak kegigihan memakai jubah putih itu? Oh, ada terselit Abang Iparku berbaju oren. Ni gara-gara Kak Ima terlupa bawa balik jubah putih Abg Mahathir.
Tunggu Mr. Driver, my big bro. Arif Syahmi follow oren, nak sama dengan papa katanya.
Maira dan Atuk Mak. Comel je Maira mengenakan jubah putih ni. Gigih atuk Mak tempah jubah putih Maira dan Arif.
New model.
Ni jer satu-satunya gambar Mak Ngah dengan Maira. Boleh pulak terlupa nak berfoto gedik dengan si budak comel nih.
Mak & Abah bersama kawan hajinya, Mama Normah dan Abah Kusnon.
All of us. Family kami dan family Mama Normah. Bergambar di rumah Mama Normah.
Kak Ima dan keluarga.
Adik dan Isteri bersama-sama Mak dan Abah
Tinggal kami yang masih single, Abang, Aku dan Boy bersama-sama Mak dan Abah.
Sesi beraya.
Selesai sesi bergambar raya dan beraya di rumah Mama Normah, kami bergegas menukar baju mengikut warna tema masing-masing. Aku dan keluarga yang bujang-bujang ni memeilih emerald green sebagai warna tema. Kak Ima dan keluarga memilih warna oren manakala adik dan isteri memilih warna biru gelap.
Adik lelakiku aka Abang.
Abang Iparku
Kak Ima dan family
Cucu-cucu Atuk Mak dan Atuk Abah si pengarang jantung.
Maira dengan handbag yang Mak Ngah belikan.
with luv,
No comments:
Post a Comment