Wednesday, July 2, 2014
Miskin harta, kaya jiwa ....
Aku tergolong dalam golongan yang tidak miskin dan tidak kaya. Golongan pertengahan? hmmm... Mungkin. Definisi miskin bagi aku ialah apabila tidak punya harta dan kudrat. Aku belum lagi miskin kerana aku masih punya kudrat untuk meneruskan kehidupan walaupun tidak punya harta. Terpaksa struggle berdepan dengan arus kemodenan dan kenaikan taraf hidup di bandar besar. Yes, I'm struggling! Aku belum lagi sampai ke tahap meminta-minta dan aku sangat-sangat berharap aku akan sentiasa menjadi tangan yang sentiasa memberi walau dalam keadaan susah macam mana pun. Tapi aku juga tidak malu untuk mengaku yang aku tidak kaya harta. Dek kerana kekurangan inilah aku cuba untuk menjadi KAYA JIWA. Kaya dari sudut yang lain. Insyaallah. I will! I will improve myself to be a good person.
Aku suka memerhati. Dulu-dulu masa di kolej, aku gemar ke KLCC. Aku akan naik ke tingkat atas dan melihat gelagat manusia. Adakalanya mengusik hati. Adakalanya menyampah. Adakalanya kasihan. Tabiat ini memang selalu aku lakukan dahulu. Aku sanggup berdiri berjam-jam lamanya semata-mata ingin melihat gelagat manusia. Aku suka melihat orang kaya yang sangat merendah diri. Tidak bangga dengan kekayaan yang ada. Melayan sesama manusia sama rata. Boleh lihat cara mereka deal dengan penjual-penjual butik. Cara mereka berjalan. Cara mereka makan. Tapi aku lebih suka melihat orang miskin yang tidak meminta-minta. Orang miskin yang hidup seadanya. Bagi aku, kerenah mereka membuatkan aku belajar mengenali sifat manusia.
Tiba-tiba rasa rindu nak buat tabiat gila ini lagi. Sejak aku berkerja 12 tahun yang lalu, tabiat ini semakin hilang. Tapi sesekali bila tahap tekanan yang tidak dapat di ukur dengan meter ukuran lagi, tabiat ini aku lakukan juga. Ahak. Cuma lately apabila keamanan Malaysia tergugat dengan pelbagai bentuk jenayah, aku lebih suka menghabiskan masa di rumah.
with luv,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment