Mesin basuh di rumah sudah sampai jangka hayatnya. Mesin basuh ni sebenarnya dah problem sejak tahun lepas lagi. Hantar baiki oklah sekejap lepas tu problem lagi. Bulan lepas buat perangai lagi. Kalau nak ikutkan warranty dah tamat tapi masa beli dulu my Abah tambah extra warranty 5 tahun. Still under warranty kedai. Maksudnya belum sampai 5 tahun pon usia mesin basuh yang sedia ada ni. Aku pun pelik, mesin basuh kat rumah ni dah berkali-kali tukar. Entah sebab jenama atau cara penggunaan. Tapi satu benda yang aku perasan pressure air tak cukup kuat. So kapasiti air agak perlahan untuk tujuan pencucian. So untuk mempercepatkan proses, biasanya Mak masukkan air pakai baldi jer. Mungkin sebab ini lah agaknya jangka hayat mesin basuh ni sekejap je.
Walaupun masih dalam warranty kedai tapi letih nak menunggu. Bila rosak, call kedai diorang datang ambil dan ambil masa seminggu nak pulangkan balik. Lepas tu pakai 2-3 minggu dah problem balik. Kejenya asyiklah call kedai... Adehh lah....
Sejak-sejak mesin basuh problem ni, aku basuh baju pakai tangan je. Basuh hari-hari nak mengelakkan baju menimbun berbaldi-baldi. Tapi yang tak larat bila part nak memerah kain. Aduhailah. Sakit jari jemariku ini... muhahhaha... Pastu ambil masa pulak nak keringkan. Al maklumlah, bila memerah menggunakan jari-jemariku yang mulus ni berapa sangatlah kapasiti perahan tu kan. Kalau hari cukup panas, sehari dah kering kalau tidak makanlah masa 2-3 hari baru nak kering.
Tangan pun dah gatal-gatal survey mesin basuh baru. hahhaha... Harus menukar sebelum bulan puasa ni. Kesian kan Mak yang terpaksa membasuh pakai tangan. Maka , misi pencarian pun bermula. Jom survey internet dulu. Lepas tu baru survey di kedai-kedai elektrik yang berdekatan.
__________________________________________________________
Bajet : RM 1200
Kapasiti : 8 - 10 kg
Fungsi : Harus yang ada pencucian untuk toto. Senang, tak payah hantar dobi dah.
Setelah membelek-belek SenHeng ni ada a few model yang berkenan di hati. Jom kita listkan dulu. Senang nak buat pilihan nanti. Ada yang within the budget, ada yang yang terlebih budget. Tak pe, nama pun survey kan... hehheheh
Sumber : Senheng
Sharp Washing Machines 8KG
SHP-ESS803MA
RM 999, diskaun price RM 899
Washing Program :
Normal, Jeans, Soak, Delicate
Ciri-ciri istimewa :
Auto restart.
Note : Tak ada fungsi pencucian untuk blanket
Toshiba 9kg Washing Machine Automatic
TSB-AWB1000GM
RM 1299, diskaun price RM 1099
Washing Program :
Regular, Speed, Soak, Delicate, Blanket, Heavy Wash, Tub Clean, Fragrance Course
Ciri-ciri istimewa :
Save power energy up to 20%
Note : Mengikut kriteria dan bajet.
Hitachi 9.5KG Washing Machine
HTC-SF95S
RM 1299, diskaun price RM 1099
Washing Program :
4 step
Ciri-ciri istimewa :
Standby Power Zero W, Fully Auto Restart, 4-Step Wash, Delicate Fabric Care, Water Save Mode and Eco Mode.
Note : Tak ada fungsi pencucian untuk blanket
Toshiba 10kg Washing Machine Automatic
TSB-AWB1100GM
RM 1399, diskaun price RM 1199
Washing Program :
Regular, Speed, Soak, Delicate, Blanket, Heavy Wash, Tub Clean, Fragrance Course
Ciri-ciri istimewa :
Save power energy up to 20%
Note : Mengikut kriteria dan bajet.
Hitachi 11kg Washing Machine Automatic
HTC-SF110S
RM 1449, diskaun price RM 1299
Washing Program :
Fuzzy, Jeans, Delicate, Blanket, Water Save, Speedy, Air Jet, Soak, Tub Dry, Tub Clean
Ciri-ciri istimewa :
Save power energy up to 20%
Note : Over budget - terlebih RM 99
Di sebabkan misi si adik ialah ELAKKAN PEMBAZIRAN, marilah kita buat kira-kira. Kena interview mak ni, nak dapatkan data dan kekerapan penggunaan.. muhahhahaa...
with luv,
No comments:
Post a Comment