Thursday, April 25, 2013

masihkah menjadi angan-angan?





Daripada kecik aku memang ada banyak angan-angan. Daripada cerita dongeng Mat Jenin di alam fantasi hinggalah di alam realiti. Satu angan- angan yang aku idam-idamkan dari dahulu ialah mempunyai sebuah butik muslimah. Habis spm, angan-angan tak pernah padam. Sehinggalah belajar di kolej, masih dengan angan yang sama. Habis belajar terus berkerja. Ketika itu, angan-angan tidak lagi seghairah dahulu. Mula berada di alam realiti. Berkerja keras mencari pengalaman buat aku terlupa seketika dengan angan-angan yang di pupuk sejak dahulu kala. Mulalah episod berkerja di sektor swasta. sehinggakan tiada masa untuk perkara lain hatta untuk diri sendiri pun sehinggalah aku berhenti kerja di sektor swasta dan menjadi kakitangan awam pada tahun 2003. Walaupun organisasi pekerjaan aku tak punya status yang jelas..

Melangkah ke sektor awam, rutin harian mula berubah. Berkerja tidak sekeras ketika di sektor swasta dahulu yang terpaksa bermalam di office berhari-hari demi sebuah projek. Di sektor awam,  jadual harian tidak sepadat dahulu. Tidak pernah bermalam di office pon. Paling lewat pulang ke rumah adalah jam 12 tgh malam. Angan-angan dahulu mula bermain di minda. Di saat rakan sejawatan berpusu-pusu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, aku memilih untuk mengikuti kursus keusahawanan yang di anjurkan oleh kerajaan. Berminggu-minggu mengikuti course itu. Ketika itu kalau di tanya apakah aktiviti perniagaan yang ingin di usahakan, jawapan aku ialah butik muslimah. Kenapa? Sebab kecenderungan aku lebih ke arah fashion dan gaya. Ketika itu bidang perniagaan baru yang paling digemari ialah dobi. Tidak ada bantuan kewangan spesifik yang di tawarkan di bidang fashion. Tidak tahu kenapa. Mungkin orang yang memulakan perniagaan butik ini orang yang sudah punya wang. Kerajan lebih banyak menawarkan bantuan kewangan di dalam sektor berskala besar seperti dobi, import eksport, usaha tani.  

Selesai mengikuti course itu, aku mula berniaga kecil-kecilan secara online. Pencapaian terbesar saat itu ialah membuka booth di Jusco ketika bulan puasa. Tetapi tidak lama, hanya tempoh masa 2 minggu sahaja kerana sewanya yang agak mahal. Masih segar di ingatan,aku bergilir-gilir menjaga gerai dengan kakakku. Aku mengambil cuti manakala kakakku akan singgah selepas habis berkerja. Banyak pengalaman yang aku perolehi ketika itu. Segala penat lelah... Pengurusan kunci kira-kira... Pengurusan khidmat pelanggan. Aku banyak membina jaringan hubungan sehingga ada yang ingin menjadikan aku sebagai menantu. Bayangkan usia ketika itu masih muda belia pelanggan aku berminat nak jadikan aku menantunya. Semua itu memberikan aku pengalaman yang sangat berguna. Setelah tempoh 2 minggu tamat, aku sambung di arena maya. Faktor masa dan tenaga menjadi kekangan utama sehingga aku terpaksa menghentikan aktiviti perniagaanku. 

Sehinggalah sekitar tahun 2008, aku mula berkecimpung semula di arena perniagaan di sebabkan minat yang mendalam dengan tudung yang di inspirasikan dari Munawarah. Ketika itu, aku mula mencari rakan kongsi. Dengan berbekalkan modal RM250 seorang, kami memulakan perniagaan tudung secara mobil. Alhamdulillah, dari penjual biasa yang mempunya stok hanya 20 helai hinggalah di naikkan menjadi stokis dengan stok melebih dari 300 helai dengan margin jualan melebihi 100 helai seminggu hanya dalam tempoh tidak sampai 3 bulan betl-betul mengujakan. Aku mula rasakan yang angan-angan akan menjadi kenyataan. Mula mencari premis untuk di sewa namun harga yang di tawarkan begitu membebankan. Setelah kunci kira-kira di buat, untuk memulakan premis perniagaan di anggarkan modal mencecah 20k. Sekali lagi, modal menjadi kekangan. Dalam usaha untuk mencari dana dan menyuntik modal, pelbagai masalah mula timbul. Masalah demi masalah yang datang akhirnya aku kecundang sekali lagi. Stok tidak ada, duit pusingan modal habis membayar hutang. Maka aku mengambil keputusan untuk berhenti. Terasa sayang sekali dengan usaha-usaha sebelum ini tapi apakan daya, masih belum punya 'luck' di bidang ini nampaknya. Segalanya aku jadikan pengajaran dan pengalaman. 

Agak lama aku menyepi. Mula serius dengan dunia jahitan kembali. Minat menjahit mula di pupuk sehinggalah buat aku jatuh cinta dengan bidang jahitan. Kegagalan lama mula beransur di lupakan. Aku semakin serius di bidang ini. Mula mengumpul aset di bidang ini. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, aku telah pun mempunyai 3 buah mesin jahit yang aku kira sebagai pelaburan di masa akan datang. Aku mula di kenali di bidang ini. Sebahagiannya adalah pelanggan-pelanggan tudung aku dahulu. Sehingga ke saat ini, aku masih di bidang ini. Tapi sampai bila? Hati kadang-kadang ingin mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan serius di bidang ini tapi aku belum punya kekuatan untuk menampung kos-kos kehidupan. Di tambah pula dengan adik-adik yang masih bersekolah, dan kakak yang telah berkahwin membuatkan aku berfikir berkali-kali apabila tanggungjawab terpaksa di galas di bahuku.

Aku mula membuat perancangan. Tidak mengapa aku bergerak sendiri walaupun agak lambat. Yer kejayaan itu pasti akan aku kecapi jua. Namun angan-angan untuk memiliki butik muslimah sendiri masih ada di hati. Kadang-kadang aku terfikir untuk kembali di dunia ini tapi .... banyak perkara perlu aku ambil peduli berdasarkan pengalaman dahulu. 

Bulan ini aku mula kembali melangkah kaki di bidang ini bersama rakan kongsi yang baru setelah adik-adikku mempunyai masa depan sendiri dengan harapan angan-angan akan menjadi kenyataan. Aku pasrah dengan ketentuan Illahi, jika di takdirkan aku gagal lagi. Biarlah aku gagal setelah aku mencubanya berkali-kali. 


Nota kaki : Hari ini aku dah isi minyak penuh walaupun belum keluarkan duit gaji. Rezeki Tuhan nak bagi, ada pulak yang bayar hutang... Alhamdulillah. 


with luv,

No comments:

Post a Comment