Sunday, August 16, 2009

CINTA boleh ubah manusia

Usah biarkan nafsu tewaskan akal hingga hilang kebijaksanaan


Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna, jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar.

Cinta wujud sejak di lahirkan
Rasa cinta sedia wujud dlm jiwa manusia sejak di lahirkan ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap kemahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka cinta kepada Tuhan.
Wujudnya cinta tidak dapat dilihat tapi dapat di rasa dan cinta sebenar itu suci murni serta putih bersih.

Cinta itu indah
Walaupun kewujudan cinta tak mampu di lihat, cinta itu indah dan cantik. Cantiknya sukar di gambarkan melalui kata-kata dan hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja tahu gambaran cinta. Dan setiap gambaran cinta tidak sama untuk setiap manusia.

Cinta itu hidup
Cinta ibarat manusia, boleh berputik lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan.

Cinta itu pesona.
Cinta bukan saja indah tapi mempersonakan. Bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tetapi kerana ia suci dan bersih. Umpama kita melihat bayi yang comel dan bersih. Dia senyum dan merapati kita dan kita pula terpesona kerana bukan saja ia comel tetapi kerana ia adalah insan yang tidak berdosa.

Sifat cinta yang mempesonakan itulah yang membuatkan manusia berbuat silap apabila bercinta. Apa sahaja yang dilakukan kekasihnya mempesonakan dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa serta akan menodai cinta itu sendiri.

Apakah itu bukti cinta
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bukti cinta ialah mengorbankan atau menyerahkan apa shj yang di mahukan kekasih. Tanggapan itu tidak tepat. Jika semuanya telah di berikan, apalagi yang tinggal pada diri kita? Benarkah dia cintakan kita apabila dia perlukan pengorbanan kita?



with luv,

No comments:

Post a Comment