Monday, July 23, 2018

Entah kenapa ...



Entah kenapa...
Hari ni terasa berat sangat di dalam hati. Antara sebuah perjalanan kehidupan dan jalan yang perlu dipilih untuk tiba ke sebuah destinasi. Keduanya punya arah yang sama walau berbeza destinasi.

Entah kenapa...
Hati perlu kuat untuk mereka yang bergantung harap di pohon ini. Perlu kukuh untuk terus berdiri agar mereka boleh terus berteduhan di bawahnya.

Entah kenapa...
Hati ini terasa sukar untuk membuat keputusan. Buntu dan kaku. Cabaran yang menjelma buat hati terpinga-pinga. Apakah keputusan yang perlu di buat. Mampukah? Bolehkah? Benarkah? Bercampur baur menjadi satu rasa yang sukar untuk dibaca.

Entah kenapa...
Dalam keresahan, minda mengarahkan untuk terus berfikir dan berfikir. Keputusan harus di ambil. Hari ini, esok atau lusa. Apakah kesudahan yang di harapkan untuk menjelma?

Buntu.


with luv,

Thursday, February 8, 2018

Bila otak dah ting tong...

Today is songket day.  No tema at all tapi instinct yang kuat maka terjadilah tema songket ni.  Normally aku akan dress up over sikit pegi keje bila mood nak pergi kerja ke laut. Apabila stress dah mula menjelma,  maka perlu di divertkan ke sesuatu yang boleh menaikkan mood.

Tak tahulah cara orang lain menangani masalah stress. Tapi ini cara aku. Bila stress,  buat apa yang aku suka. Lantak apa org nak kata. Janji iols happy. Ahak.

Sebelum ibu Jihan bercuti panjang, moh ler bergambo. Bukan apa,  buat ubat bila rindu. Muhahahah. 



Gittew gayanya kalau nak nampak kurus. Nampak yer bukan kalau NAK kurus..  Tipsnya,  menyorok belakang kawan. Dan lagi satu tips sebelah kaki silang ke depan. Baru NAMPAK kurus.  Hahaha 

Lagi satu,  ambik gambo jauh camni. Nampak ler mengkome cenonet jek dalam gambo. 

Motif pokok kelapa?  Eh pokok apa tah ni. Untuk benchmark mana lagik kurus. Pokok ke kitorg yang lagik kurus. 


Ini namanya kegigihan seorang photographer. Barulah dapat angle macam ni. 

Formal katanya. 

Inilah team mate aku. Teman stress bersama-sama. Teman bertekak bersama-sama. Teman bergaduh dengan user bersama-sama. Pendek kata,  kalau aku stress, kau pon kena stress jugak. Muhahaha

IT Finance Team. Peace yo! 






with luv,

Saturday, January 6, 2018

A sad day


Hari yang sedih. 
Jangan tanya kenapa
Kerna aku tidak mahu bercerita
Sekadar mahu melepaskan beban di dada. 

Hari yang sedih. 
Bila mereka tidak cuba rasa
Apa yang aku rasa
Oh,  aku terlupa
Aku bukan siapa-siapa 
Untuk mereka rasa sama

Hari yang sedih. 
Bila dia yang utama
Sehingga mereka lupa
Pada tanggungjawab adanya
Hanya kerana dia

Hari yang sedih. 
Bila aku terpaksa rela
Dengan jalan cerita mereka
Tanpa mereka cuba baca
Aku punya cerita

Hari yang sedih 
Bila aku hanya aku
Sendiri dan satu
Menyusuri jalan itu
Dalam kegelapan tanpa lampu

Hari yang sedih
Tidak datang selalu
Untuk menguji aku
Kerana aku tahu
Sedih itu ubat untuk hati batu
Yang bernama aku. 

by, 
msraiza
5.32 am. 



with luv,