Saturday, July 30, 2016

Shawwal Gathering week.


Nampak tak tajuknya. Maknanya minggu ni memang minggu makan-makan. So lupakanlah sesi diet anda. Muhahaha.

Bayangkan setiap hari ada jemputan. Makanya, makan jer lah kan. Dalam setahun, time ni je akan dapat jemputan setiap hari. Itupun bergantung. Kengkadang clash. So ada juga jemputan yang tidak pergi. Tapi tahun ni aku suka sebab susunan jemputan macam cantik je. Pandai dorang pilih tarikh.... 

Jemputan Syawal dimulakan dengan Puspanita Nour El Iman. Puspanita IIUM ni aktif jugak. Banyak juga aktiviti yang mereka buat sepanjang tahun. Kengkadang kita ni tak nak masuk persatuan sebab kena bayar yuran RM 5 sebulan. Tapi bayangkan dengan sumbangan RM 5 tu sebenarnya macam-macam boleh dapat dengan join aktiviti mereka. Contohnya bila mereka anjurkan kursus masakan, ahli adalah percuma. Cuba pergi kursus Kat luar, beratus-ratus ringgit kena bayar. And then, Puspanita ni adalah perjumpaan kaum wanita. So biasanya time perjumpaan ni lah tempat melepaskan stress kerja dan stress di rumah. Kalau nak cerita pentingnya berpersatuan tak cukup satu entry kot... Tapi itu lah... tak payah lah nak kedekut sangat RM 5 sebulan. Mana tahu esok lusa time kita kesempitan, persatuan ni lah yang akan membantu. Ataupun melalui persatuan ni lah kita memperolehi ilmu yang boleh jana pendapatan , siapa tahu kan... Maklumlah wanita kan bionic women. 

With setiausaha Puspanita Nour El Iman, Kak Sally.








Di Majlis ni, rektor kami merasmikan World #QuranHour. Di mana, satu hari di pilih untuk satu dunia berhenti seketika dari aktiviti harian dan membaca Al Quran. Boleh bayangkan tak aura dari Al Quran apabila seluruh dunia mengalunkan ayat-ayatnya. Sama konsep dengan earth hour. 

Sambung bergambar lagi. Hehe.

Kat sini je boleh nak berfoto-gedik sebab tidak ada kaum Adam. Nak karaoke, nak menarik, nak berjoget.... no problem. Bak kata our Rector, Puspanita adalah program santai untuk melepaskan tekanan. Cukup-cukuplah seharian kita sibuk dengan kerja-kerja serius dan urusan rumah tangga yang memenatkan. So time for ourselves. Haaa gitu kan.

Geng Bas Skola. Hehe.

Ok, next jemputan keesokannya ialah dari Pejabat Qualiti. Tak de gambar sebab asyik sangat makan laksa penang. Sedap weh laksanya sehingga menjilat mangkuk. Memang marvelous. Cukup pedas, masin, masam dan ikannya. Eh.. memang sedap lah.... tak terkata....

Ok, next jemputan ialah opis aku sendiri. Tapi yang ni aku buat entry lain sebab banyak sangat pic nyer.... Jenuh pulak nak scroll down nanti ka.

Ok, next ialah jemputan dari Residential Services Department. Pon tak de pic sebab ramai sangat orang nya.... cam segan pulak nak bergambo kan... Kat sini aku pilih laksa Johor. Sedap. Maklumlah, bila hari-hari ada jemputan, kita ada banyak pilihan  menu. Tapi kalau nak makan semua memang boleh meletup perut... muhahaha... Antara menu wajib ada ialah, lemang, rendang, sate, nasi impit, kuah kacang.... eh macam-macam lagik la. Tak larat nak senaraikan. Hehe.

Ok, so next ialah jemputan dari former ofis, Pejabat Korporat. 


Tapi kan...... ada satu je pic... sebab makanan sedap dan asyik sangat menyembang sampai lupa nak bergambo kenangan. 

Paling banyak aku makan kat sini kot. Dengan beriani kambingnya... sotonya.... sate nya... kek nya... agar-agar koko yang super yummy... pergh. Memang best... dengan garlic bread dan mushroom soup nya.... sengkuang  calit.. kuah durian cicah roti.... eh, banyak nya aku makan.... hahahha.... serius semua sedap...  itupun  ada juga yang tak makan sebab dah kenyang giler.... 

Dah kenyang, menyesal pulak makan. Aduhai... ok, sekian untuk cheating month. Orang diet selalu ada cheating day kan... hah ni aku hambik cheating month terus... muhahaha.. Menangislah ko nak diet pas ni za.... Dalam mind dah setting lepas ni samada puasa atau eat clean.....

 WAJIB untuk kekalkan berat badan idaman. 😂😂😂

P/s: oh btw, ada 2 jemputan lagi yang belum selesai... hahhaha...



wiTh luv,

Monday, July 25, 2016

Rumah Idaman?



Wah.... tajuk kan... tak agak-agak... hehe... well,  berangan kan percuma... mana tau kan Jadi kenyataan satu hari nanti. Tidak mustahil kan... 😉

So, untuk rumah Idaman korang suka konsep apa? Aku suka dua. Konsep village dan konsep moden. Dulu aku suka modern style. Yang very minimal. Tapi lately ni macam suka pulak konsep kampung. Tenang gitu. Nampak tak 'kematangan' aku di situ? Tanak mengaku dah tua tu... hahahha...

No..no..no... aku belum tua lagi tau. Yang tua tu orang lain.... hehe...

Cantik kan rumah ni. Ada pokok-pokok Bunga.... ada veranda untuk santai sambil minum kopi di waktu petang... Ada laman. Walaupun tak berapa puas macam rumah kampung Aku but at least ada halaman untuk budak-budak main.. Aku suka konsep rumah ni. Kalau rumah ni 2 Tingkat aku lagi suka. Hehe.

Rumah ni macam rumah Arwah Makcik aku. Bawah rumah boleh lepak-lepak ambil angin. Silap-silap kereta pon boleh park bawah rumah. 

Rumah ni 2 Tingkat. Oh, I loike! Tingkat bawah boleh sediakan bilik untuk Mak abah aku. So diorang tak perlu turun Naik tangga. Maklumlah bila usia dah semakin meningkat, sendi-sendi pon dah loose. Camne nak Naik tangga kan. 

Bahagian atas buat bilik dengan ruang Tamu kedua je. Kalau tetamu datang boleh Naik Tingkat atas. Kalau malas, lepak je Kat bawah rumah. Lagi sempoi kan. Hehe.

Ni konsep sedikit moden. Tapi aku suka sebab ada pokok-pokok keliling rumah. Laman pon boleh tahan  luasnya. Tidaklah sempat sangat.

Ada tempat santai di luar rumah. Tapi sejauh mana guna ruang ni? Tak pe, berangan dulu. Ekekekek 

Ok rumah ni verandahnya sangat luas ok. 2 Tingkat seperti yang diidam-idamkan. Selain dari verandah dan tangga, aku tak nampak ciri-ciri kampung nya.

Haaa yang ni aku suka. Konsep English + village. Siap ada lambing tu. Ekekkeke...

Cantik kan persekitaran macam ni. Tenang je rasa. Tangga tu boleh jadikan spot bergambar. 😉

Konsep cam gini pon aku suka sebab verandahnya luas. Silap-silap boleh tidur Kat situ. Tangga pon ok. Tak besar sangat dan tak berapa tinggi. Ada rupa kayunya. Dan.... boleh parking kete bawah rumah. 😂😂

Yang ni aku suka environmentnya. Rumah ni aku Kira small banglo. Tapi namanya luas. Kalau nak beli rumah, aku kene cari yang besar sikit. Yang boleh menampung adik-beradik aku yang 5 orang tu. 

Ok, kali ni memang dah suka dengan konsep ala-ala kampung atau ala-ala resort. Di kelilingi pula dengan pokok-pokok yang menghijau. Tenang nya lah kan... yang pasti kena ada tangga cantik untuk photoshoot. Maklumlah, time raya mesti nak bergambarkan. Dan biasanya spot tangga ialah spot yg paling menjadi rebutan. 😃




with luv,

Fruity Chewy Brownies

Cubaan pertama membuat Fruity Chewy Brownies.
Untuk hidangan tetamu yang datang beraya ke rumah. Suspen jugak, jadi ke tidak ni. Mujurlah jadi. Sedap pulak tu. Mak aku tak suka sebab ada rasa butter. Oh, btw my Mak memang tak makan butter. Huhu. 

Bagi kek ni kategori boleh kena dengan selera tekak aku. Tak berapa manis. Tak berat sangat teksturnya. Makan kek ni asyik tau. Tak sedar sepotong demi sepotong yang masuk ke mulut.

Guna loyang 8".
Based dia ni agak tebal. Next time aku nak nipiskan sikit. Instead of tekan kat bawanh loyang, aku nak letak dekat keliling loyang jugak. Based ni la yang crunchy.

Tara..... Dah Siap bakar.

Macam ni lah tekstur brownies ni. Bawahnya agak padat dan sebelah atas lebih ringan. Sepatutnya bahagian atas selepas masak tu perlu di tabur dengan icing sugar tapi aku terlupa.... Tanpa icing sugar pon dah sedap tau.

Next time aku nak buat lagi.

Jom tengok resepi yang di kongsi oleh Nor Haslinda


Bahan Untuk Base 
180 gm tepung superfine 
70 gm gula perang 
90 gm mentega 
1 biji kuning telur

Bahan Untuk Topping 
2 biji telur 
60 gm gula perang 
150 gm mix fruits 
50 gm tepung naik sendiri

p/s: Sumber resepi dan pic di bawah ni adalah dari FB Nor Haslinda sebab aku tak gigih nak ambik pic satu-satu ni.. huhuhu...

Cara-cara:

Inilah bahan-bahan untuk based.
180 gm tepung superfine 
70 gm gula perang 
90 gm mentega 
1 biji kuning telur 

Dalam satu bekas masukkan tepung superfine bersama gula perang dan gaul rata.
 
Kemudian masukkan mentega dan gaul hingga menjadi 'breadcrumbs'.

Inilah dia rupa 'breadcrumbs'. Dah tu terjunkan kuning telur tu macam dalam gambar dan gaul lagi.
 
Siap menjadi satu doh. Ketepikan.
 
Kalau ada loyang segiempat korang guna ya. Saya guna loyang bulat hihi. Lapikkan dengan kertas 'aluminium foil'.
 
Korang taburkan saje doh tadi cenggini. Tidak perlu buat kemas-kemas sebab nak tekan lepas ini.

 
 Korang tekan dengan mesra sahaja tau. Haaaa... Kemudian korang ambil garfu cucuk atasnya.

Andai kata korang tengah tension lepaskan geram pada doh ini tau haha.. Cucuk-cucuk macam dalam gambar.
 
Panaskan ketuhar pada suhu 180°© selama 10 minit kemudian masukkan loyang tadi. Bakar selama 20 minit dan keluarkan. Sambil tu boleh la kita siapkan 'topping' pula.

Bahan Untuk Topping 
2 biji telur 
60 gm gula perang 
150 gm mix fruits 
50 gm tepung naik sendiri
 
Masukkan gula perang bersama telur dalam satu bekas.
 
Dengan menggunakan whisk pukul cenggini.
 
Dah tu campakkan mix fruits bersama tepung dan kacau.
 
 Siap untuk dituangkan atas 'base'.

Inilah dia 'base' yang dah bakar tapi belum masak lagi tau. Ini hanya 'semi bake'. Bantai jelah bahasa kan janji korang faham haha...
 
Tuangkan adunan 'topping' dan bakar semula selama 25-30 minit atau sehingga masak. Sekali lagi ya bergantung pada ketuhar masing-masing.
Dah masak tu biarkan sejuk baru korang potong tau.

Hiaskan atasnya dengan gula aising dan hidangkan pada tetamu yang beraya esok.

Senang je kan nak buatnya. Jom apalagi? Pakat-pakat buat untuk hidangan tetamu... ;-)




with luv,