Wednesday, December 12, 2012

12.12.12




Di suatu malam yang sunyi, aku baru melabuhkan badan di atas katil yang empuk setelah kepenatan dengan tugas seharian. Ku tarik selimut menutupi sebahagian badan lalu ku toleh ke kanan menghadap almari bajuku. Kenapa malam ni terlalu sunyi? Bukankah baru pukul 10 malam? 

Entah kenapa ada satu perasaan yang sangat lain. Kenapakah bulu roma tegak berdiri. Sedang aku berfikir-fikir, terlihat satu objek di pintu almari. Apakah? Apakah objek itu? Sedang ku tenung objek dalam kesamaran cahaya yang ada, tiba-tiba objek tersebut terus menerpa ke arah aku. Lantas aku pun menjerit sekuat hati sambil bertakbir, "Allahuakbar! Allahuakbar". Ku buka mata sedikit untuk melihat apakah objek itu. Sungguh ku lihat muka bertemu muka. Ya Allah, benda apakah ini. Tangannya mula merayap ke leherku. Aku terus-terusan menjerit sambil cuba membaca ayat kursi yang tak habis-habis. Terasa sukarnya nak mengeluarkan suara seperti tersekat dikerongkong. Sehinggalah akhirnya aku terjaga dari tidur. Ok, ini adalah mimpi yang tak kelakar ok! Berpeluh-peluh aku menahan ketakutan. Aku bermimpi rupanya. Mimpi hantu! 

Terjaga dari mimpi ngeri tu, terus toleh kat sebelah katil. Kalau dulu tido ngan my sis boleh tdo rapat-rapat bila terjaga dari mimpi hantu sampai my sis sound apahal rapat² ni, panasss okey.. hahaha... but now terus pandang tepi tingkap, aduhailah. Terus bangun pasang lampu and ambik wuduk. Dah hampir 3 tahun tido sorang-sorang baru nih la mimpi yang sangat-sangat menakutkan. Sangat ok! 

Tengok jam baru pukul 1.34 am. Argh masih lama nak menyampaikan ke subuh. Ok, tadi tdo tak baca 3 Kul dan tak baca doa tidur. Patutlah pun. Basuh kaki pun tak, dengan ultrabook di sebelah, dengan buku yang bersepah² atas katil... Dengan kitab fiqh yang masih di tangan. Tertidur rupanya. 

Ok, 12.12.12 yang tak best. Di mulakan dengan mimpi yang sangat menakutkan!   



with luv,

Tuesday, December 11, 2012

Apabila emosi tidak stabil...


Inilah akibatnya apabila berkerja dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Habis jarum patah sampai 3. Pertama kali jarum patah semenjak dari beli mesin ni. Aduhailah hati... Kenapakah kamu begini.

*********
Adakalanya rasa di perlukan
Adakalanya tidak
Adakalanya mencari-cari
Adakalanya sepi dan menyepi
Adakalanya rindu-merindu
Adakalanya diam seribu

Apa pun rasa yang tiba
Hanyalah untuk seketika
Jika tiada sebabnya
Untuk apa di tanya-tanya

Lantas, yang sepi terus menyepi
yang rindu terus merindu

~ Throw like a ball... ~

by,
msraiza 
12:49 am

*********

Nota kaki : Tak suka rasa ni. Selalu menganggu emosi. Dah lama tak rasa camni. Tetiba datang kembali. haihlaa....




with luv,

Monday, December 10, 2012

joging @Taman Tasik Titiwangsa


Aktiviti di hujung minggu. Setelah sekian lama tak mengamalkan gaya hidup sihat, baru nak berjinak-jinak kembali dengan aktiviti joging di hujung minggu.

Itupun setelah berat badan naik dengan jayanya. Ok, sila konsisten yer cik Eza utk berjoging setiap minggu. Harap2 bley bertahan. Pas ni bley la start balik bersquash lak. Reket squash pon dah naik berhabuk tergantung. Huhu.





Gigih kuar umah b4 7am. Plan smalam kul 6.30 nak kuar umah. Ok time management fail di sini yer.


Before joging. Amik mood dulu.


Time ni dah kena tinggal ngan dorang. Maklumla, akak dah pancit. Hahaha.

After joging. Alang-alang dah kene tinggai, kita cam-whore dulu yer.

Sambil lari sambal ushar dorg aerobik. Masih seperti dulu.. Setiap Ahad mesti ada aktiviti ni.


Lama tak menjejakkan kaki di sini.


Pemandangan dari atas bukit.



After joging sambung lak senam ala-ala gym. 
Byk gak peralatannya.

Misi kuatkan kaki dengan teknik kayuhan.


Selesai gym kita wat senaman perut lak yer.
Serius main benda ni sama impactnya ngan senaman kempiskan perut. Tapi kene wat laju-laju la.


Untuk kanak-kanak dah banyak sangat peralatan untuk bersenam. Bagus la camni. Bila fasiliti cukup baru semangat nak bersenam.
Tapi ada juga sesetangah peralatan yang tidak diselenggarakan dengan sempurna. DBKL silalah mainkan peranan anda.




With luv,