Wednesday, May 30, 2012

Stress theraphy



Yezza! Menjahit memang ubat stress for me. Walau sesibuk manapun aktiviti harian, kalau dah stress tu memang ai terus capai gunting capai kain. Zap zap potong kain dan jahit. Memang tak hiraukan dah keadaan keliling. For time being memang inilah ubat stress yang paling mujarab for me.




Kenapa menjahit adalah ubat stress?
First, sewing is my passion. 



Second, focus. 
Apakah maksud focus sebenarnya? Ketika menjahit, memang 100% fokus adalah untuk menyiapkan projek jahitan. Dari membaca nota, melukis pola dan memotong kain. Fokus harus 100%.


Third, manage to put a side problem.
So segala masalah yang ada b4 ni confirm tak terfikir langsung sebab tumpuan adalah 100% ke atas projek jahitan. Kat celah mananya nak fikirkan masalah yang sedang dilanda? But kalau level nih tak boleh control, lebih baik jangan menjahit. Maknanya kosentrasi tidak 100% dan fikiran menerawang ke mana² memang tak akan boleh menjahit. Either tercucuk jarum, benang bergumpal, or tersalah jahit. Kalau dah sampai tahap ni lebih baik berhenti dan tido. hahhaha.


Fourth, outcome.
Yes, hasil jahitan yang siap memang boleh membuatkan hati berbunga². Terutamanya kalau hasil itu menjadi seperti yang diharapkan. Serius happy time nih! Dan yang lebih happy apabila boleh menggunakan atau memakai hasil jahitan sendiri. 




with luv,

Tuesday, May 15, 2012

~ Gundah ~

Salam,

Bila ianya melibatkan cinta hati saya,
Mulalah kegundahan itu datang...



Cerita tentang cinta hati saya yang mengganggu perasaan.
Kadang² rasa sedih, kadang rasa sayu
bila ianya melibatkan cinta hati saya, 'Mayya' ..

My little sweetheart selalu buat hati saya sayu dan sedih. Tak suka betul perasaan ni. Sedih dan rindu bersatu boleh mengundang titisan hujan di pagi hari.



Mayya pertama sekali berpisah dengan kami dan tinggal dengan baby sitter buat hati ini meraung. Sehebat raungan Mayya untuk tidak tinggal bersama baby sitter yang pertama. 3 Hari yang penuh dramatik dengan raungan histeria Mayya betul² mengundang kesedihan. Mayya seolah terasing di rumah itu. Mula bersikap over protective terhadap adiknya. Mungkin kerana perasaan terasing itu. End up, terpaksa cari baby sitter lain. Tak sanggup rasanya melihat kesedihan anak kecil ini. Bagaimanakah manusia yang buang dan bunuh anak sendiri itu? Tidak punya perasaankah?



Dengan babysitter kedua, kelihatan Mayya agak serasi. Mama dan abah panggilan yang digunakan. Mungkin sebab Mayya agak peramah orangnya maka Mayya mudah mesra. Bukan sahaja dengan abah dan mama tapi  dengan nenek juga. Mayya pandai membawa diri dan mudah di uruskan menurut kata mama. Lega rasa hati bila Mayya agak serasi dengan mama. Panas hingga ke petang yang diharapkan rupanya hujan di tengah hari yang di beri. Setelah masuk 2 bulan di bawah jagaan mama, mama tak sanggup nak jaga Mayya lagi. Bukan sebab Mayya itu nakal atau sukar untuk di jaga tapi sebab kesian dengan Mayya yang sering di buli oleh anak jagaan mama yang lain. Luluh rasa hati bila mama kata Mayya selalu kena pukul dengan Safiah. Safiah selalu buli Mayya. Bila mama suruh Safiah ambil barang, Safiah suruh Mayya yang ambil. Bila Mayya tengok tv, Safiah tutup tv tak bagi Mayya tengok. Kalau Mayya tengah main, Safiah rampas permainan Mayya. Mungkin sebab Mayya mudah mesra dan membuatkan orang² di sekelilingnya sayang padanya membuatkan Safiah dengki. Mungkin. So kehadiran Mayya di sisi mama agak tidak di senangi oleh Safiah. Bila mama marah Safiah sebab pukul Mayya, Safiah tak pukul lagi. Tapi bila Mayya tidak dalam pandangan mata Mama, Mayya tetap menjadi mangsa Safiah. So utk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, mama mintak Mayya di jaga oleh babysitter yang lain. 



Mayya tak pernah mengadu kepada mummy. So mummy tak tahu pun kalau mama tak bgtau. Bila mummy tanya Mayya, baru Mayya cakap. Kakak safiah pukul Mayya. Kakak safiah pukul arif. Aduhai, kesian Mayya. Mendengar cerita inipun dah meluluhkan hati... 



Kasihan Mayya. Bertabahlah sayang. Mungkin ada hikmah semua ini. Nanti kita cari babysitter lain ok. Mayya jangan nakal² yer. Sayang Mayya banyak².... mmmmmuuuuuaaahhhhh... miss u like crazy dear.









with luv,

Friday, May 11, 2012

Kek karamel.

Kek yang tidak jemu di makan.
Sedap di lihat, enak di makan.

My friend cakap ni kek karamel paddle poo sebab rupanya yang macam eskrem paddle pop. ahak.
Tak kisahlah macam mana pun rupanya yang pasti kek nih sangatlah awesome rasanya.

Sekali rasa pasti teringat² selamanya.... wah giteww... hahhaha..

Tak sempat nak mengelap lapisan gula yang berlebihan so sudah meleleh di bahagian kek.
Kalau tidak, mesti lagi cantik rupanya.
Belasah jer la. huhu.






with luv,