Wednesday, October 6, 2010

Tuhan masih menyayangi....

Syukur Alhamdulillah,
Hanya itu yang terlahir di bibir saat ini....

Jika bukan kerana rahmatNya,
Mungkin aku dah terlibat dengan kemalangan tadi..
Hanya sejengkal cuma....

Oh, pengalaman sungguh berdepan dengan kemalangan...
Mujur Tuhan masih melindungi...


Kejadian kemalangan yang hampir melibatkan ai sebentar tadi begitu mengejutkan. Habis segala sendi mengeletar. Mana taknya, kemalangan itu hanya sebelah keretaku... Mujur myvi di lane sebelah sempat mengelak dan masuk belakang kereta ai... Kalau tidak, nauzubillah..... Syukur alhamdulillah....


Masih terkejut.....

Info : Kemalangan melibatkan 5 buah kereta atau mungkin lebih di MRR2 berhampiran Taman Melati.


with luv,

Tuesday, October 5, 2010

Convo oh Convo...

Setiap tahun camnilah fenomena Convo.... Tensi betul.. Jalan dahlah Jem... blom lagik dengan tabiat pemandu Malaysia yang sangat berdedikasi 'kurang sopan'... 




Selepas 30 min menunggu.... Oh masih jauh lagik..








with luv,

Saturday, October 2, 2010

Hadiah yang paling kewl di harijadi?



Salam,

Today is my birthday ...
Semakin menginjak usia semakin bertambah ilmu harapnya

Hadiah paling kewl?
Bila kereta masuk workshop...
Tiba² aircond terasa panas ...
Tiba² enjin terasa semput...
Tiba² macam² bunyi kedengaran...

Impian? 
Masih ada beberapa yang belum terlaksana...
Still work for it ...

Kerjaya? 
Alhamdulillah ... dipermudahkan Allah ...
Moga terus berjaya dan berjaya dalam setiap tugas yang di amanahkan..

Bisnes?
Masih merangkak atau mungkin sedang berlajar untuk berdiri dan bertatih..
Alhamdullilah walau ada pasang surutnya...
Walau ada cabaran dan dugaannya..
Walau ada dengki dan nista ...
Masih teguh aku di sini!

Hobi?
Semakin terbuka minda...
Semakin minat untuk mendalami...
Semakin bersungguh² untuk merealisasi...

Harapan?
Dipermudahkan di setiap laluan perjalanan kehidupan,
Di berkati dan di rahmati dengan rezeki yang hadir
Di makbulkan segala doa dan impian 
Di kurniakan kesejahteraan
Di berikan kebahagiaan dunia dan akhirat..
Amin...




with luv,