Saturday, January 30, 2010

Ketika cinta bertasbih...






Setelah sekian lama layan Novel KCB ni, ai layan filem KCB pulak. Filem ni ada 2 part. Setiap part lebih kurang 2 jam. Best citer nih. I like.... Tapi untuk KCB part 1 ai nasihatkan anda membaca novelnya dahulu coz jalan ceritanya agak longgar dan watak azam kurang berkembang. Apa pun, ai memang suka cerita ni, baik filem mahupun novelnya.

------------------------

Cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri menjadi mawar
mengubah cuka menjadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta....

------------------------

sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar
namun jika cinta ku datangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

--------------------------

meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah
cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta

--------------------------

dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan
cinta dan percintaan....


with luv,

My new skincare .....Dermedex


Ok ini adalah jenama terbaru skincare yang ai gunakan. AKhirnya ai berjumpa yang pakar untuk menyelesaikan masalah kulit kusam ai nih. So ai dah buat facial dan membuang segala bentuk kekotoran di muka ai nih terutamanya 'oil seeds'. Terlalu banyak oil seed di muka ai yer tapi kali nih i just buang yang agak ketara shj memandangkan kosnya yang boleh tahan tinggi tuh.. ahak..

For time being ai dah guna hampir seminggu dan kesannya sangat2 ketara. Berbaloi dengan nilai yang ai laburkan. Haruslah kan.... Apa yang ai nampak, pores semakin mengecil, kulit semakin halus dan licin. My friend cakap kulit ai dah tak kusam n nampak glowing gitu. Cuma, untuk continue selepas ini ai mungkin terpaksa memikirkannya berpuluh kali memandangkan kos yang sangat tinggi.. huhu... Skang juga ai sedang mencari info2 berkenaan dengan product dermedex ini adakah benar2 semulajadi atau mungkin ada campuran steroids.

Ai juga agak berminat nak mencuba product dari Dr Murad dan Bio Pearl. I'm still looking n searching the best product for me. Bukan dermedex tidak bagus tapi harganya yang sangat2 expensive.

Apa itu oil seeds?
Oil seeds adalah kelihatan seperti kutil atau jerawat yang telah tersejat di dalam kulit. Tidak ada mata seperti jerawat biasa. Oil seeds tak boleh di picit kerana ia akan membuatkan ianya semakin ketara kelihatan. Kebiasaannya oil seeds akan berada di bawah mata atau sekitar mata. Tapi for me, oil seeds ada di merata2... huhu... Oil seeds terjadi apabila lapisan kulit di bahagian dalam epidermis bersifat oily manakala bahagian luar kulit adalah kering. Faktor pemakanan juga menyumbang kepada pembentukan oil seeds... so ai kene kurangkan pengambilan makanan berminyak nampaknya....


with luv,

++ 9 Nyawa ++



Novel pertama yang ai beli hasil dari kecintaan ai terhadap gaya penulisan Ramlee Awang Mursyid. Masih belum habis sesi pembacaannya. Kali ni ai agak slow membaca yer. Ai hanya menyentuh novel ni tatkala menungu Boy keluar dari kelas kira-kira setengah jam lebih kurang masa yang di peruntukkan setiap hari untuk mengadap novel nih.

-------------------------------

Artikel ini dipetik dari web Kelab RAM (Kelab Ramlee Awang Murshid)

Oleh Ramlee Awang Murshid

Angka 9 mempunyai makna yang berbeza pada persepsi setiap orang. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya paling takut kalau mendapat angka 9 pada setiap subjek peperiksaan. Angka 9 sebagai tanda kekalahan atau gagal. Ia paling mendukacitakan. Mujurlah saya mendapat angka 2 untuk sastera dan angka 4 untuk Bahasa Malaysia.

Manakala nyawa pula adalah ‘takungan kehidupan’ pada setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini atau mana-mana makhluk yang tidak terlihat oleh mata kasar. Walhal hakikatnya…pada akhirnya nanti…hanya ALLAH sahaja yang akan kekal abadi apabila sangkakala pertama ditiupkan Malaikat Israfil. Hatta…Malaikat Izrail yang ditugaskan mengambil nyawa juga akan turut mati.

Semakin dewasa…kerap terdengar mengenai kucing yang dikatakan memiliki 9 nyawa. Saya mendengarnya sekian lama namun langsung tidak singgah di benak untuk difikirkan. Sehinggalah satu hari…anak saya Muhammad Aizuddin mengatakan bahawa kucing mempunyai 9 nyawa. Bertitik tolak daripada itu, saya mula memikirkannya untuk dijadikan sebuah novel.

Alhamdulilah…novel 9 Nyawa telah selesai dan saya serahkan kepada editor Alaf 21 pada minggu pertama bulan Syawal. Sebenarnya cerita itu boleh ditamatkan pada akhir penghujung ramadan. Bagaimana pun…saya melengah-lengahkannya untuk mencari satu penamat yang tragik. Ia dinoktahkan dengan hukuman mati di Penjara Cipinang Jakarta yang dilaksanakan sepasukan regu penembak.

9 nyawa berkonsepkan drama. Ia mengisahkan cerita dua keluarga yang berada di Kuala Lumpur dan Geylang Singapura. Kehidupan mereka berbeza. Watak utamanya adalah Intan Suryani dan Hakim – seorang lelaki cacat penglihatan. Intan Suryani yang menghidap sakit jantung dipercayai ibunya Azizah memiliki 9 nyawa. Kerap kali menghadapi maut namun ajalnya masih bertahan menunjang jasad. Intan Suryani tetap bernyawa sehinggalah suatu ketika dia terperangkap dalam kehidupan antara hidup dan mati iaitu koma.

Hakim pula dapat mendengar suara Intan Suryani yang bernyawa dalam keadaan halimunan. Tragedi ini berlaku di Singapura. Antara dua kehidupan tidak menghalang untuk Hakim membantu Intan Suryani. Hanya berdasarkan suara sahaja tidak menghalang ‘mata hati’ itu untuk melihat kebenaran. Hakim yang cacat penglihatan juga menggunakan ‘mata hati’ untuk melakukan kebaikan.

9 nyawa saya sifatkan tidak terlalu ganas dari aspek tindakan watak-wataknya. Ia berkonsepkan drama yang mementingkan ‘cara penceritaan’ berbanding ‘tindakan’. Apa pun…9 nyawa masih dalam bentuk thriller. Menumpukan aspek pengorbanan yang seharusnya dilakukan secara tulus ikhlas. Percayalah…kebaikan itu pasti akan dibalas dengan kebaikan juga. Kejahatan pula pasti akan menerima hukuman. Ia dasar biasa dalam aspek penceritaan tradisional mahu pun masa kini. Yang ingin saya tekanan di sini adalah…’Mata Hati Tidak Pernah Berdusta’. Salam hormat…insya-ALLAH…jumpa lagi dalam CINTA SUFI.

Antara dialog yang dikekalkan dalam CINTA SUFI nanti adalah seperti – ‘Maukah kamu mendengar tawaranku?’ dan ‘Sebagai manusia…aku sayang padamu’.

with luv,