Monday, December 17, 2018

Bila anak duri tidak sihat.


Hari ni awak hadiahkan mummy kuntuman bungan yang mekar. Kembang kuncup mummy tengok awak inilah.

Melihat kuntuman bunga ros yang mekar,  seolah-olah ada aura positif yang meresap masuk ke sanubari. Rasa tenang dan happy je tengok bunga-bunga ni. So now, baru aku faham perasaan mak-mak kita yang rajin menjaga pokok bunga. Adakah faktor usia yang menyebabkan hobi ini muncul. Haha. Mungkin juga.

Hello cik Beatrice. 

Lavender crystal. Nampak macam pinkish pula pagi ni. 

Lavendar crystal masih berbunga lagi. 

Hi Jeanne Moreau. 

Royal Jubilee juga menunjukkan kecantikannya. 

Awak kenapa? Malam ni balik kerja perasan semakin banyak pulak daun-daun yang seolah terkena penyakit. Aduhai awak sakit ke? 

Roxbhurgii Plena kelihatan batangnya melepuh dan daun mula mengering. 

Susah hati mummy weh tengok awak macam sakit. Sebenarnya masa sampai memang perasan ada a few daun yang macam dah rosak tapi hari ni semakin banyak pulak yang rosak. Macam ada spot hitam. 

Apalagi, tanyalah pakcik gugel tanda-tanda penyakit bunga ros ni. Betullah anak duri mummy terkena jangkitan black spot di daun dan kanker di bahagian batangnya. 

Menurut pembacaan aku,  black spot kena buang daun-daun yang affected kemudian sembur racun serangga. Rawatan untuk kanker pulak tiada cara lain melainkan aku perlu cantas batang yang yerkena penyakit. Aduhai, sedih pulak nak cantas. 

Setelah puas di belek-belek,  jalan yang terbaik ialah mencantas batang dan lakukan hard pruning dengan cara buang terus semua daun-daunnya. Waaa sedih tau...  

Malam ini jugak aku kerjakan pokok ros aku ni. Enam daripadanya yang terkena jangkitan so aku buat hard pruning. Yang lagi dua nampak masih sihat. So kita buang daun-daun yang rosak sahaja. 

Tips Hard Pruning.
Gunakan gunting yang tajam dan bersih. Aku celup gunting dengan Clorox untuk membersihkannya. 
Potong secara menyerong lebih kurang kedudukan gunting 30°. Ini untuk mengelakkan dari air bertakung di bahagian yang telah dipotong. Kalau air bertakung akan mengundang penyakit. 
Setelah cantas batang,  sapukan listerine untuk mengelakkan bahagian dipotong  terkena jangkitan kuman. 
Setelah siap hard pruning, semburkan racun serangga untuk mengelakkan makhluk perosak dan ros booster untuk mempercepatkan proses percambahan anak daun yang baru. 

Inilah sebahagian daripada tips melalui pembacaan aku. Harap-harap menjadilah hendaknya dan sihat kembali anak-anak duri mummy ni. 




with luv,

Friday, December 14, 2018

English Roses


Terjebak pulak dengan bunga ros ni. Alahai,  tak boleh tahan tengok kecantikannya. Asalnya tidak ada niat pun nak tanam bunga ros ni memandangkan sebelum-sebelum ni pernah beli pokok bunga ros cameron tapi tak pernah bertahan. Selepas habis gugur bunga, dengan pokok-pokok sekali terkubur.

Tapi bila tengok kawan-kawan yang minat ros ni hari-hari update fb tunjuk bunga ros mereka buat hati aku meronta-ronta nak cuba juga. Chewah..

So,  seorang yang bernama Eza ni memang tak bolehlah kan. Bila inginkan sesuatu,  makanya akan diusahakan sampai dapat baru puas hati. Haha.

Jadi bermulalah misi study pasal bunga ros ni. Cara penjagaan, jenis baja, jenis bunga dan macam-macam lagi. Sebelum nak involve, kenalah study dulu kan. Takkan bela pastu mati pulak. Baik tak yah bela. So melalui pertanyaan dengan member-member yang dah ada bunga ros ni katanya tidaklah susah mana. Just jaga air, baja, racun dan cahaya. Haaa gitu katanya senang je. Aku apalagi,  semakin membuak-buak la hati ni nak beli pokok bunga ros ni.

So survey punya survey,  jumpalah Addarosa Garden. Banyak jugak pilihan bunga ros dia. Tambahan pula ada promosi YES 4 pokok hanya RM 100. Maka aku rembat terus 8 pokok. Tamakkan. Ko tak tahu untung nasib kau macam mana lagi kan. Tak pe, pelan-pelan kita kayuh kata suara hatiku..  Maklumlah bila sudah ada kemahuan mesti banyak alasan untuk mengiyakannya kan. 😂

Yang bestnya, Addarosa Garden boleh membuat penghantaran terus ke rumah dengan kos RM 50 charge delivery. Dah beli bunga mesti kena ada racun dan baja sekali kan. Kalau tidak, mahu meroyan pulak aku nanti tengok pokok tak menjadi. So aku tambah pulak set baja, racun dan booster. Alang-alang nak cuba, kenalah lengkapkan keperluannya kan. Dah macam bela anak orang weh. Haha.

So anak-anak duri ni selamat mendarat di rumah pada 14 December. Jom layan bunga pertama yang sampai. Ada pokok yang sedang berbunga dan ada juga yang belum berbunga. So kita layan bunga yang ada dulu.

Beatrice 

Beatrice. 
Indah tersusun kelopaknya. 

Beatrice

Emilian Guillot 
Warna oren kemerahan. 

Emilian Guillot 

Emilian Guillot 

Lavender Crystal
Warna purple lavendar. 

Lavender Crystal 
Sizenya lebih kecil tapi sangat cantik dan wangi. 

Jeanne Moreau

Jeanne Moreau
Suci murni warnanya. 

Royal Jubilee 

Royal Jubilee 
Cantik pinknya dan bentuk kelopak lain dari yang lain. 

So inilah pokok yang sedang berbunga ketika sampai di Laman Bonda. Ada lagi dua yang belum berbunga,  Roxburghii Plena dan Phoenix. 

Tak pe, pelan-pelan sayang. Hati mummy pon kembang semangkuk tengok awak. Heheheh. 

So lepas ni misi mencari pasu bunga pulak. Harap-harap adalah di kedai eco. Hehe. 


with luv,

Saturday, September 22, 2018

My new hobby....



First of all,  salahkan kedai Eco. Kenapalah kedai Eco ni wujud.  Dah aku terjebak dalam aktiviti pertanian ni. Tak pasal-pasal kan. Haha..

Well,  hidup ini memang membosankan jika kau tak explore. Selepas dijangkiti penyakit bercucuk tanam ini,  maka terhasillah set semaian yang pertama.

Ini ialah benih Kailan. Tanam sayur yang mudah dulu untuk permulaan. Moga-moga ada hasilnya.

Pelajaran pertama yang aku dapat dari aktiviti ini ialah memupuk sifat kesabaran yang tinggi.  Yang kedua tawakal. Sesungguhnya rezeki itu datangnya dari yang Maha Pencipta kan. Nak tunggu benih-benih semaian itu bertunas bukan sehari dua...  Jadi, sabarlah Eza..  Hahaha..

Di sebabkan hari ni Weekend makanya dapatlah melihat hasil Ros Jepun yang dah di tanam dua minggu lepas.

Sebenarnya,  titik permulaan aku bercucuk tanam ni ialah dari RJ ni la. Syok tau bila tengok dia berbunga. Hati kitapon jadik berbunga-bunga sekali.

Barulah aku faham perasaan wanita-wanita yang menghabiskan masa dengan pokok-pokok ini. Serius kau akan rasa tenang tengok bunga yang mengembang ni.





Ni bunga RJ yang kembang hari ni. Bunga ni akan kembang pukul 10 pagi setiap hari tau. Weekdays tak dapat tengok dia kembang. Masa cutilah yang boleh kelebetnya pun.

Moga ko istiqomah Eza.  😂😂😂

with luv,