Thursday, August 4, 2016

Bahagiakah aku?



Hari ni buka FB keluar news feed kisah seorang ibu yang berjuang untuk mendapatkan anaknya daripada suami. Jika lihat di status fbnya, tidak ada status yang merintih kesedihan selama ini. Kebanyakan statusnya ialah yang membahagiakan. Jadi kita assume dia bahagia. Tetapi di sebaliknya?

Kita selalu nampak orang bahagia. Happy dengan  kehidupan mereka. Sedangkan kita, terlalu banyak cerita sedih yang sedang kita alami.  Bertambah sedih bila tengok orang lain happy je. Mulalah hati tertanya-tanya kenapa ye Allah uji aku begini dan begini? Kenapa yer? 

Tapi sebenarnya kita tidak tahu disebalik kegembiraan dan kebahagiaan yang mereka cuba paparkan , ada cerita di sebaliknya. Kita lihat dia happy, mengandung dan bakal dapat baby, ada suami, ada ibu mertua yang membahagiakan .. indahnya... kalaulah kita seperti dia..... 

Tetapi kita tidak tahu di sebaliknya.... di pukul suami. Di maki mertua. Di torture mental dan fizikal. Betapa azabnya kehidupan dia sehari-hari... Kita tidak tahu sebab kita tidak nampak semua itu.... Kita hanya nampak kesedihan kita... kesakitan kita...

Kita lihat kejayaan orang lain. Yang kaya raya. Yang punya banyak harta. Ada perniagaan yang berjaya. Ada rumah besar... ada kereta besar.... Mulalah hati berkata-kata. Kenapa aku tak kaya macam dia? 

Kita tidak tahu disebalik kejayaan dan kekayaan dia, berapa Kali dia jatuh dan tersungkur. Terjatuh dan terjatuh lagi sebelum dia bangkit kembali. Berapa banyak yang Tuhan duga untuk mengecapi apa yang dia ada hari ini. Kita tidak tahu..... Jika kita tahu kesulitan dan kepayahan yang dia pernah alami, mungkin kita sendiri tidak sanggup untuk menghadapinya. 

Janji Tuhan itu pasti. Setiap ujian ada hikmahnya. Setiap kepayahan ada kesenangannya. Setiap kesukaran ada nikmatnya.


Mungkin hari ini kita tidak dapat apa yang kita minta. Kita tidak memiliki apa yang mereka punya. Kerana Tuhan tahu bila masa yang sesuai untuk kita miliki apa yang kita pinta.

Memang kita manusia. Dalam redha ada sedih nya. Dalam gembira ada dukanya.  Dalam bahagia ada terlukanya.

Muhasabah. Itu aku.
Cepat-cepat berpijak di bumi nyata. Memang ada kala kita di dalam dunia kita. Meruntun dan merintih. Yer aku macam tu. Bila hidup sendiri, memang banyak yang akan di fikirkan. Dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecilnya. Kadangkala ada yang mengganggu fikiran lantas membawa emosi bersama. Ada kalanya terlalu terluka... Jadi ... ada masa aku perlu menyendiri. Bukan untuk meraih simpati tetapi sekadar untuk mengubati hati sendiri. Memang orang lihat aku bahagia. Happy. Income stable dan sebagai nya. Tapi di sebaliknya, bukan semua yang tahu dan aku sendiri tidak berminat untuk beritahu. Cukup lah hanya aku yang tahu. 

 Selain dari ujian dan masalah itu, ada banyak nikmat yang Tuhan beri. Aku cuba. Kalian juga harus cuba. Bersyukur dengan nikmat yang ada. Mudah-mudahan kita semua terus bahagia. Tanpa meminta-minta kerana kita tidak pernah tahu. Mereka juga punya cerita. 



with luv,

Wednesday, August 3, 2016

Selamat datang, Sayang.


Alhamdulillah..

Dapat anak buah baru. Baru 3 hari usianya. 
Baby Muhammad. 
Nama yang cukup ringkas tapi selalu di sebut. Mudah-mudahan, baby Muhammad menjadi anak yang soleh, yang menyejukkan hati ayah dan ibu.

Dah lama tak de baby dalam rumah, Mak Ngah Jadi excited. Tak sabar nak jumpa Muhammad lagi.... Kalau lah Muhammad duduk dekat rumah Mak Ngah, hari-hari Mak Ngah gomol. Geram je tengok dia. Sangat behave. Bila kakak Maira sentuh kepala Muhammad terkuat sikit, Muhammad nanges kuat-kuat. Mak Ngah tepuk-tepuk and peluk terus Muhammad diam. Good Boy la!

Tetiba dah rindu dengan Muhammad... 



With luv,

Tuesday, August 2, 2016

Apabila kau bertanya dan Tuhan menjawab....



Dalam kehidupan seharian kita, adakalanya tertanya-tanya kenapa begini, kenapa begitu..kenapa tidak begitu...dan kenapa tidak Jadi begini... seringkali persoalan ini menganggu fikiran. Maka, kau pun bertanya kepada Tuhanmu... Lantas Tuhanmu pun menjawab ... biar jawapan itu bukan jawapan yang kau suka... Tapi itu lah jawapannya untuk setiap persoalan yang kau utarakan. 

Kecewa? Pasti!
Tapi mengapa? 
Bukankah itu lebih baik. Daripada kau terus-menerus dalam kebingungan?

Didik hati untuk menerima kekecewaan. Didik minda untuk menerima jawapan apa adanya.

Sakit? Sakit sekali.
Ajar hati untuk redha.
Ajar minda untuk menerima. 
Ajar hati untuk keras.
Ajar minda untuk berkeras.

Jalan kita tidak selalunya lurus.
Adakalanya bertemu selekoh.
Ada ketikanya berada di persimpangan.
Yang berliku itu tidak selalunya berduri.
Yang lurus itu tidak selalunya boleh di lalui.
Di manakah hala tujuan yang harus ditujui?
Tanya hati. 





 by,
Msraiza 
6:57 pm






with luv,