Sunday, September 14, 2014

Soalan UPSR 2014 Bocor??



Soalan UPSR 2014 bocor? Seingat aku sehingga ke hari ini, tahun inilah yang paling teruk sekali. Soalan bocor yang berleluasa. Yang peliknya semua mukasurat pulak tu. Mungkin sebelum-sebelum ini ada berlaku tetapi di sebabkan media social belum menyeluruh penggunaannya maka penyebaran itu agak terkawal. 

Tiga hari bersama dengan Boy mengulangkaji pelajaran of coz aku kecewa. Kasihan dengan pelajar yang telah bertungkus-lumus mengulangkaji dan bersungguh-sungguh menjawab soalan terpaksa mengulanginya semula. Bayangkan ibubapa yang sanggup mengambil cuti tahunan bersama-sama dengan anak masing-masing memberi tumpuan kepada peperiksaan ini pasti sangat kecewa. 

Ketika paper BI di umumkan di ulang semula aku lihat air muka Boy sangat kecewa. "Kakak, paper BI kena ulang baliklah..." dengan nada kecewa. Apa yang boleh aku nasihatkan hanyalah bagi kata-kata semangat supaya momentum exam itu tidak luntur. "Tak apalah Boy, at least Boy boleh ulang kaji lagi dan betulkan mistake yang dah buat sebelum ni kan..." . Aku tahu dia kecewa tapi apalah daya. 

Bukan setakat ibubapa, pelajar yang terkesan malah aku percaya guru-guru apatah lagi. Jujurnya aku mengutuk perbuatan membocorkan kertas soalan itu. Ada banyak persoalan yang aku ingin bertanya mengenai kebocoran soalan ini . 

Untuk apa?
Untuk siapa?
Fokus utama kualiti atau kuantiti?

Dulu, masa time study di IPT aku ingat lagi. Ramai di kalangan kawan-kawan aku suka menghafal skema jawapan. Perkara yang paling aku tak suka. Kenapa? Pertama sebab pemahaman itu lebih penting dan yang kedua aku memang tak suka menghafal. Apa yang aku dapat simpulkan, mereka yang menghafal jawapan tidak boleh menjawab soalan yang lain walau bentuk soalan berbeza sedikit. Dah tak tahu nak jawab. Kesannya, tak dapat nak score. 

Apapun, semuanya dah pun terjadi. Tak perlu nak menuding jari. Guru-guru, Lembaga Peperiksaan dan mereka yang terlibat dengan penghasilan soalan peperiksaan haruslah menjaga integriti. Amanah dalam pekerjaan. Kerana kesilapan yang nampak kecil pada awalnya ini telah memberikan kesan yang besar bukan setakat kos yang perlu di tanggung kerajaan, emosi ibubapa dan pelajar-pelajar dan penat lelah guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan UPSR tahun ni. Sama-samalah menjaga INTEGRITI dan AMANAH yang di pikul. 


with luv,

Saturday, September 13, 2014

Looking for new hp


Gambar ehsan soya cincau 



Antara redmi 1s, redmi note Dan MI 3, yang mana satukah menjadi pujaan hati? Atau mungkin one plus one? 

Setelah Samsung galaxy note menamatkan riwayatnya, terpaksalah mencari bf baru. Ahak. Kenapa tak cari Samsung or iPhone ke. Oh BTW tolak iPhone sebab I just looking for android device only.


Now dah boleh dapat hp yang high end spec dengan harga yang murah perlu ke pilih jenama? Di sebabkan ianya mati di saat unexpected time maka pilihan yang paling bernas adalah? 

Haaaa... Kalau ikut hati mau angkat itu oneplusone tapi oneplusone tak boleh expand memory card maka terpaksa reconsider semula.

Jadi yang mana satu yang jadik pilihan?Yang paling berbaloi untuk di beli di kala ini? Let me think first... Huhu



with luv,

Tuesday, September 9, 2014

Promosi Mealshake



Promosi mealshake yang terlajak laris.
Dengan setiap pembelian 3 tong dapat PERCUMA 1 tong. Memang penjimatan yang berganda. 4 tong banyak sangat? Mudah jer.... Kalo korang berminat, pakat-pakat share dengan kawan-kawan ke sedara-mara ke dah boleh dapat harga promosi. Nak lagi jimat, join jadik ahli terus dapat penjimatan lebih RM 40 satu tong. Banyakkan jimatnya... Bayangkan kalau 4 tong tu dah berapa? 

Ok, promosi harga terlajak laris hanya untuk bulan September dan Oktober sahaja. Knowing Shaklee ni, kalau produk-produk yang terlajak laris boleh sampai out of stock di gudang... Nak tunggu out of stock? 

Oh, btw, sila dapatkan Mealshake ni dari agen Shaklee yang berpengetahuan yer. Untuk dapatkan konsultasi terbaik. Bukan apa, ada yang beli dari agen yang tak berapa mahir tentang produk lepas tu tak boleh consult customer.... So korang jugak yang rugi kan... ;-)

Apalagi? Bertindaklah sekarang! Fast Action, Fast Result!




with luv,