Monday, October 7, 2013

Lebih banyak yang kita beri, lebih banyak yang kita akan terima...


Alhamdulillah.
Satu ungkapan yang sangat besar maknanya. Masakan tidak, hanya dengan sedikit bantuan, dapat memudahkan insan lain itu cukup membahagiakan.


Sedikit pengalaman dari member baru lepas bersalin menggunakan set berpantang Shaklee. Nampak serasi dengan beliau. ALhamdulillah. Dapat juga berkongsi tentang kelebihan supplement terhadap tubuh badan. 

Nak tahu lebih lanjut bolehlah ke cinta-health . Banyak info di situ. Jom amalkan gaya hidup sihat. 



with luv,

Tidak Allah jadikan sesuatu tanpa ada sebabnya




Assalammualaikum w.b.t

Mood nak berblogging tak menentu. Adakalanya banyak cerita nak story tapi sebab kekangan masa maka jadi terbantut. Adakalanya ada masa tapi tak tahu nak membebel apa... hahaha

Now 12. 31 tgh malam. Terasa nak menaip pulak. Letih dan sangat letih sebenarnya tapi kadangkala menaip ni dapat melepaskan tekanan dan bebanan.

Memandang dari sudut yang positif. Semenjak Mak & Abah menunaikan haji, tanggungjawab di rumah aku yang pegang. Mujur ada adik-adik yang membantu. Rutin harian mula berubah. Kalau sebelum ni boleh bangun 4 - 5 pagi untuk menjahit, sekarang tidak lagi. huhu..

Bangun pagi terus ke dapur. Masak air , prepare breakfast dan masak simple untuk Boy makan tengah hari balik sekolah nanti. Lepas tu baru bersiap-siap gi keje. Balik keje pun sama terus ke dapur settlekan dinner pulak. Kalau balik lambat terpaksalah bungkuskan jer makanan. Aduh... masih dalam fasa penyesuaian. Masih tercari-cari masa untuk slot in aktiviti menjahit. Honestly, sejak lepas raya belum lagi mula menjahit. Baru malam ni nak start semula memotong kain dan siapkan tempahan.

Tambahan pula sekarang ni ambil tempahan kek karamel & durian crepe. Bertambah-tambah sibuk la nampaknya.... Nasib baik ada shaklee..... where is my suplement..? hehe... Memang sangat membantu.

Ok la, sampai sini dulu membebel. Nak potong kain... pastu nak zzzzzz... ops b4 tu nak masak nasi so esok tinggal panaskan je.



with luv,

Labbaika Allahumma labbaika....

Alhamdulillah...

Akhirnya penantian mak dan abah untuk menunaikan ibadah haji tahun ni tercapai. Sungguh penantian itu satu penyeksaan. Tetapi apabila tiba masanya, segalanya seolah-olah sangat mudah. Walaupun panggilan yang di terima agak last minute tapi manage untuk siapkan segalanya. Alhamdulillah.

Semoga dipermudahkan urusan Mak & Abah dan memperolehi haji mabrur. Amin.



Tiba-tiba rasa nak ikut mak & abah... Oh, nak ikut... hahahah... Sabar eza... Bila tiba masanya pasti akan di permudahkan segalanya...

So now, akulah queen di dalam rumah... Queen? arghhh.. penat rupanya menguruskan rumah kan... Dari bangun tido sampailah nak tdo malam. Kerja tak habis-habis... fuhhhhh.. breath in breath out... breath in breath out... breath in breath out...

caiyok eza!

with luv,