Saturday, December 8, 2012

@12:31 am




Ada satu rasa yang tak terungkap
Spertinya beban yang terpikul di bahu
Ada satu rasa yang tak terluah
Sepertinya sakit yang tak terucap

Kenapa mengapa bermain di minda
Mencari-cari satu kepastian
Semakin di fikir semakin sesak rasanya
Ligat putaran minda ligat lagi degupan dada
Sesak, sebak, sedih bersatu lagi

Argh.. Kenapa ada rasa
Rasa sebegini rupa
Akal waras cuba mentafsir
Namun hati tidak sempurna

Terasa jauh sekali
Terasa hambar sekali
Terasa tawar sekali
Terasa lesu sekali
Kebelakangan ini



Wahai rindu...
Lepaslah pergi
Sejauh mungkin
Agarku bisa
Menghadapi hari ini
Dengan tenang sekali.


Wahai sabar yang menemani
Jangan kau menjauhi
Hadirmu sangat aku perlukan kini
Untuk mengisi hari-hari yang sepi



By
msraiza


with luv,


Thursday, December 6, 2012

{Bahagia Membahagiakan} Tip 1


Memberi kemaafan adalah kunci kebahagiaan 
dan ketenangan dalam hidup 
~ Prof Muhaya

Untuk mendapatkan kebahagiaan perkara yang paling utama ialah memaafkan. Ini adalah seperti apa yang Prof. Muhaya katakan di dalam seminar Bahagia Membahagiakan. Tetapi sejauh mana boleh memaafkan? Seringkali apabila sesuatu perkara yang mengguris perasaan itu berlaku, agak sukar untuk kita memaafkan. Saya sendiri mengambil masa yang sangat lama untuk memaafkan seseorang yang pernah mengguris hati. Bukan tidak mahu memaafkan tapi belum ada kekuatan untuk memaafkan ketika itu.

Berapa lama jangka masa kemaafan itu dapat diperolehi adalah bergantung sejauh mana kesungguhan seseorang untuk memohon kemaafan. Tetapi secara saintifiknya, apabila aura negative berada di dalam badan, kuasa badan menjadi lemah. Sebab itu apabila kita marah, bersedih kita akan lemah. Emosi akan mempengaruhi bahan yang dikeluarkan oleh tubuh badan.

Contoh yang paling mudah, kalau seorang anak yang demam di jaga oleh ibunya dengan kasih sayang akan cepat sembuh berbanding seorang anak yang demam di tinggalkan dengan pengasuh. Emosi tidak akan sama.

Jadi, sesukar dan sepayah mana pun kemaafan di beri, berusahalah untuk memaafkannya. Kerana, setelah kemaafan itu diberi, kita tidak akan lagi memikirkannya. Minda dan emosi akan lebih tenang seperti ungkapan, "it's none my bussiness anymore".... bunyinya agak kasar tapi hakikatnya memang begitu. Kenapa nak memikirkan sesuatu yang tidak harus difikirkan?



with luv,

Wednesday, December 5, 2012

kepada kamu




rindu kamu,
rindu sangat sebenarnya
kesakitan yang kamu berikan
tidak dapat menghalang kerinduan itu.

rindu kamu sayang kamu
ungkapan yang tidak mungkin diungkapkan
saat kebekuan hati dan perasaan
walau hakikatnya rindukan kamu
tahukah kamu?

ingin skali ku tanya khabarmu hari ini
tapi akal menghalangnya
lalu hati berkata-kata
biarkan dia berehat secukupnya
tapi...tidakkah nanti dia tertanya tanya
atau mungkin dia berburuk sangka?
tidak mengapa...
biar Tuhan saja yang tahu apa yg kau rasa
kerana sayang dan rindumu
keranaNya bukan?

kamu mungkin tak rasa apa yang aku rasa
walau apa alasannya
walau apa halangannya
aku tetap sayang kamu!


by
msraiza

with luv,