Wednesday, December 5, 2012

[Info]Rumpai Laut a.k.a Pure Marin Collagen


Ingat tak iklan ni?


Tertarik dengan iklan ini, saya try google tentang rumpai laut. Bagaimana dia boleh menjana pendapatan sehingga 20k sebulan. Apakah kelebihna rumpai laut sebenarnya?

Apa itu Rumpai Laut?

Barulah saya tahu yang rumpai laut ni dah bersepah di jual di blog2 dan online di sebabkan khasiatnya. Tak sangka khasiat rumpai laut adalah lebih baik dari sarang burung yang harganya mencecah ratusan ringgit.

Maka pencarian pon bermula sebab agak tertarik dengan kesan pengambilan rumpai laut terhadap tubuh badan manusia.


Menurut wikipedia, rumpai laut adalah mana-mana sahaja tumbuhan alga bentos lautan. Rumpai laut bersifat makroskop, multisel dan makrotalik, dibandingkan dengan kebanyakan alga lain. Rumpai laut sering dijumpai di biom tepi pantai.


Di Malaysia, perusahaan rumpai laut banyak terdapat di Sabah. Boleh rujuk sini  untuk detail.

Apa yang menariknya, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia juga ada mengusahakan program pengkulturan rumpai laut di Kota Belud.

Apakah khasiat rumpai laut?

  • Nilai-nilai nutrisi 10x ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu (rm300/mangkuk)
  • Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (rm400 hingga ribu2 ringgit)
  • 24% kolagen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang2
  • PH bernilai 7.6
  • KALSIUM- 37x lebih tinggi daripada hati ikan.
  • ANTIOKSIDA – 55Ox lebih kuat dari vitamin C.
  • VITAMIN A – 40x lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.
  • PROTEIN – 21x lebih banyak dari susu.
  • OMEGA 3 DAN OMEGA 6 – 2326x lebih banyak dari ikan.
  • Tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium,zat besi, magnesium, iodine, potasium,vitamin B6,B12,C,A,omega 3 dan antioksidanKaya dengan OMEGA-3 yang akan membuat kulit KENYAL dan KENCANG
  • Penuh dengan KOLAGEN
  • Kandungan SERAT yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.
  • Kandungan IODINE yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang
  • Sudah diiklankan dalam rancangan NONA 20 mei 2012 (pada yang sempat tonton lah)

Kelebihan Rumpai Laut

tyle="font-family: Verdana, sans-serif;">Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON


  • Anti-bakteria, membuang TOKSIN
  • Menghilangkan SEMBELIT
  • Mengurangkan TEKANAN DARAH TINGGI
  • MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN & MENEGANGKAN kulit. (anti penuaan)
  • Meransang penghasilan SEL-SEL BARU kulit dan menyembuhkan LUKA
  • MENGUATKAN SISTEM ABDOMEN dan memelihara KELENJAR TIROID
  • Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN & TEMPAT HITAM
  • SELULIT dan JERAWAT
  • Membantu meningkatkan METABOLISME
  • Memejalkkan PAYUDARA, OTOT dan PUNGGUNG
  • Menurunkan tahap KOLESTROL dalam tubuh
  • Melembutkan TUMIT KAKI merekah
  • Menguatkan TULANG SENDI, menjauhi ARTRITIS dan OSTEOPOROSIS
  • Meningkatkan PEREDARAN DARAH, mengurangi sakit BAHU dan BELAKANG
  • Mencegah KANSER/TUMOR
  • Meningkatkan fungsi PENGHADAMAN/PENCERNAAN dan MERAWAT GASTRIK
  • Mencegah ANEMIA
  • Memberi Kekenyangan/DIET
  • Meningkatkan SEL RAWAN, LIGAMEN dan OTOT
  • Memberi TENAGA

  • Menarik? Sangat menarik kan. Ok jom tengok bingkisan rumpai laut yang pernah di paparkan di Nona pada Mei 2012.




    Ni lagi satu video pada tahun 2008.



    Rakaman Panorama pada 2008.

    Ok, saya hanya mengumpul info di sini. Saya sendiri belum mencuba akan khasiatnya. Kalau dah cuba nanti boleh share testimonial ye. ;-)



    With luv,

    Monday, December 3, 2012

    Happy Birthday!



    To: Azalea Flower

    Selamat Hari Lahir on 28 November.
    Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki,
    dikurniakan kesihatan yang baik dan
    dirahmati selalu.

    Celebrate B.F.F punya bestday last Friday kat Fish Manhattan, Wangsa Walk. Plan asal nak memboling lepas dinner tapi bertukar ke sesi uji bakat di superstar karaoke.

    Birthday gurl with Crabtree Evelyn set from me.
    Hope ko suka la yer. 

    Fiza is sponsored SR cake.

    Birthday gurls's menu.

    My menu.
    Menu yang lain tak snap pic sebab service yang lambat. 
    So semua dah kelaparan and terus ngap. haha.

    Our karaoke's sponsor tonight.
    Bz ni wat booking room.


    Yeay! Enjoy! 
    Macam-macam aksi pon ada. Ahak.
    Sora Niza and her sis mmg power lah. 
    Padanlah.. minah karaoke rupanya. ahak.






    With luv,

    Saturday, December 1, 2012

    rindu kamu sayang!



    cinta hati Mak Ngah. Tido pon nak peluk... cayang Mayya Damiya!

    Mairanur Damia
    cucu sulung Atuk Mak & Atuk Abah
    sangat comel dan gebu
    segebu mummy & papa

    Mairanur Damia
    Mayya nama samaran
    dah pandai merajuk
    dah pandai bersolek
    dah pandai melawa
    dah pandai pilih baju nak di pakai
    sangat cermat dan bijak

    Mairanur Damia
    dikenali juga Mayya Dhomia
    oleh empunya diri
    walau beribu kali
    ajar sebutan yg betul
    masih kekal Mayya Dhomia

    Rindunya sama kamu
    Mairanur Damia

    Kalau Mak Ngah balik kerja marah2
    Mayya pandai pujuk
    "Mayya sayang Mak Ngah"
    sambil merangkul leher
    cukup buat Mak Ngah tersenyum
    Hilang segala kemarahan yang ada
    Lupus segala tekanan yang terbeban
    oh anak kecil ini sangat jujur
    sayang kamu wahai sekecil yang bijak!





    ith luv,