Hari yang sangat melelahkan. Sangat melelahkan apabila terpaksa melakukan sesuatu yang bukan tanggungjawabku hanya atas dasar kerja harus diselesaikan walau apa cara sekalipun. Lagi yang lebih melelahkan apabila dipersalahkan kembali apabila kerja yang tidak selesai itu cuba untuk diselesaikan. Apabila sesuatu itu di beri kepada seseorang untuk di selesaikan dan seseorang itu pula meminta bantuan orang lain untuk menyelesaikannya adakah kesilapan orang lain yang bukan tanggungjawabnya itu sekiranya pekerjaan itu tidak selesai? Adilkah? Apabila orang lain yang di bebani dengan pekerjaan demi pekerjaan yang bukan hakikinya sehingga pekerjaannya sendiri terabai dipersalahkan? Adilkah? Apabila ada yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka itulah yang menyusahkan kehidupan orang lain. Mengganggu rutin harian orang yang terpaksa membantu menyelesaikan masalah² tertangguh. Benar kita harus berlandaskan 'task oriented' bukannya 'time oriented'. Benar kira harus saling bantu membantu untuk memberikan hasil yang terbaik. Tidak pernah ku nafikan semua itu tetapi apabila setiap kali kerja itu harus dibantu setiap kali itulah orang yang sepatutnya melakukan mengambil pendekatan 'lepas tangan' yang akhirnya pekerjaan itu harus di selesaikan oleh orang yang membantu, apakah masih perlu bantuan di hulur? Bukankah ianya hanya menggalakkan orang sepatutnya itu terus melepaskan tangannya dari melakukan kerja hakikinya? *updated* Wahai hati kenapa sakit begini Wahai dada kenapa sesak begini Apabila kemarahan tak dapat dilepaskan Maka airmata menjadi penawarnya. Sungguh ajaib titisan air mata ini Kerna bisa melenyapkan kemarahan yang membara Sungguh ajaib kan titisan demi titisan ini Kerna mampu mengurangkan kesakitan yang di rasa Sungguh ajaibkan titisan titisan ini Kerna mampu melegakan keserabutan yang ada. Sungguh saat hati mula terasa sakit Sungguh saat dada mula terasa sesak Sungguh saat kemarahan tidak dapat di kawal Sungguh saat perasaan tidak bisa dikongsikan Dengan sesiapa jua hatta orang paling rapat sekalipun
Program ini amat sesuai untuk pasangan suami isteri dan anak-anak. Ia akan menyentuh tentang membina sebuah institusi keluarga yang proaktif, efektif dan sihat, seimbang dengan tuntutan dunia dan akhirat. Seharusnya, menjadi impian setiap insan untuk mencapai kebahagiaan dan membahagiakan insan lain, terutamanya kebahagiaan dalam keluarga masing-masing. Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad akan berkongsi inspirasi dan ilmu yang ada bersama peserta.