Wednesday, May 9, 2012

Less 30%



Yeay!
Guardian tgh sale. Less 30% untuk item terpilih.
Cepat, hari nih last day!


Macam tau² jer my Nutox Serum dah nak abes. 
Harus bergegas ke Guardian nih. 
Membeli belah dengan penjimatan. 
Mmg berbaloi. wah gittew... haha



Nutox Advanced Serum Concentrate merupakan serum keremajaan yang kaya dengan kebaikan semulajadi untuk kesan segera kulit cerah dan lutcahaya. Ia mengembalikan kelembapan dan menjana semula keremajaan dari penggunaan kali pertama. Terapi Oksigen membolehkan BNEST TrinityTM menembus ke dalam kulit untuk memberikan keserian jelas dari dalam untuk kulit kelihatan lembap, cerah dan tegang.


Antara item yang terlibat dengan penjimatan 30%.






with luv,


Tuesday, May 8, 2012

Masih berkisar dunia beading.



Hari ini mood ada sedikit 'swing'. Kenapa? Sebab saya sepatutnya bangun awal pagi tadi untuk menyambung beading untuk baju pengantin ini tapi mata hanya terjaga jam 6 pagi. What? 6 pagi? berkali² tgk jam.... kenapa pukul 6 nih? Bukan dah set jam pukul 4 pagi ke? Kenapa tak bangun nih? Oh, alahai..... tidak seperti yang dirancang. So today, harus kuatkan semangat untuk bangun pukul 4..... 



Veil pengantin ini sedang mengambil masa² senggang saya. Seluruh weekend saya peruntukkan untuk veil ini. Gambar di ambil ketika masih dalam progress menyiapkannya. But now dah pon siap beading veil nih tapi hati masih tidak puas.


Oh hati, apalagi kekurangan kali ini?
Yess... ada sesuatu yang perlu ditambah untuk lebih 'meletops'... 

so still in-progress mode.

Oleh kerana baju & veil pengantin ni, saya terpaksa menolak beberapa order yang tidak mampu saya lakukan. Minta maaf banyak². Kudrat yang ada masih belum cukup untuk begitu produktif kerana saya mementingkan kualiti dalam setiap hasil jahitan saya.







with luv,

Friday, May 4, 2012

Hitam itu indah



Dia buat hati saya gundah
gundah mencari warna yang sesuai
Dia buat jiwa saya tertekan
tertekan dek mainan warna yang terbatas
Dia buat saya menjerit
menjerit mahukan kelainan ...
arghh... dia memang buat saya tidak keruan.

*************
Bulan ini, bulan yang agak sibuk dengan tempahan manik dan labuci, alhamdulillah.
Penat memang penat tapi kepuasan mengatasi kepenatan.
Adakah saya seorang yang sabar?
Tidak sebenarnya. Saya bukanlah manusia yang sabar. Tapi saya tidak tahu kenapa dengan manik saya boleh menjadi sesabar ini. Saya tidak tahu kenapa apabila berhadapan dengan aktiviti jahitan saya bertukar wajah dan rupa. Sabar dan tekun. Adakah ini bakat yang Allah kurniakan?
Thank you Allah for the gift.

Kawan saya ada bertanyakan soalan yang membuatkan lidah saya kelu untuk berbicara. Kenapakah?
Tidakkah saya merasa jemu untuk menyiapkan satu² baju itu? 
Jemukah saya? Sungguh saya tidak ada jawapan.
Bila saya bersendirian saya terfikirkan soalan ini. Yer, tidak ada istilah jemu dalam hidup saya semenjak hari pertama saya menceburi bidang manik ini. Tidak! Saya tidak pernah jemu untuk menghasilkan yang terbaik. Hati saya akan puas bila orang memuji hasil jahitan saya. Bukan. Bukan untuk riak jauh sekali membangga diri tapi saya puas bila org berpuas hati dengan hasil kerja saya. 
Saya juga menerima kritikan dan teguran hasil kerja saya untuk sesuatu yang lebih baik. Dan saya akan berbesar hati sekiranya teguran itu dilakukan dengan penuh berhemah. Bukan menjatuhkan. Tetapi dalam kita berhati² dengan manusia yang tidak gemar dengan kejayaan ini pasti ada terselit juga. Mudahan² Allah memberikan saya kekuatan ketika berhadapan dengan manusia yang penuh hasad dan dengki ini.


Tempahan bulan May yang agak ketat.
2 pasang baju untuk manik di lengan. << in progress

2 pasang baju untuk baju 'org kawen' << blom mula pon lagi. 
(skang nih tetamu pon tak mahu kalah...ahak)

1 pasang baju pengantin & veil. << sedang mencari manik yang sesuai.
(Ini yang buat saya lebih gundah. Untuk 'mencantikkan' seorang mempelai itu bukan mudah... alahai... satu cabaran yang akan dipikul.. caiyok!)






with luv,