Sunday, April 15, 2012

Bersangka baik….




***************************
Bila Allah cepat memakbulkan doamu,
maka dier menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu,
maka Dia ingin mengujimu.
Bila Dia tidak makbulkan doamu,
maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, bersangka baiklah dengan ALLAH dalam apa jua keadaan pun.
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.
***************************



with luv,

Friday, April 13, 2012

Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Sumber : imotivasi.com
Jangan perangi stress tapi fokuslah pada keinginan mahu merasai kegembiraan. Jangan perangi penyakit, tapi fokuslah pada keinginan mahu menikmati hidup yang sihat dan cergas. Jangan fikirkan cakapan buruk orang terhadap Anda, tapi fokuslah pada keinginan mahu memajukan diri lebih dari tahap kemajuan yang telah dicapai sebelumnya oleh mereka.

Dalam hidup kita sentiasa ada dua pilihan. Kita boleh memerangi sesuatu, kemudian kita boleh memfokus fikiran untuk menikmati sesuatu. Maknanya, kita boleh menolak sesuatu, kemudian kita boleh membina sesuatu. Contohnya stress.
Kita boleh memerangi stress tapi itu akan menarik lebih banyak stress sebab di fikiran kita, asyik timbul soal stress! Kita juga boleh memerangai keganasan, tapi usaha kita itu akan menarik lebih banyak keganasan!
Sebabnya, kita asyik berfikir pasal keganasan, bercakap pasal keganasan, melihat video-video keganasan kemudian menghampirkan diri dengan berita-berita keganasan. Kita macam mintak keganasan didatangkan pada kita sebanyak yang mungkin.
Fikirlah sebaliknya, yang berlawanan. Dari asyik memerangi stress, lebih baik fokus kepada keinginan mahu menikmati ketenangan dan kegembiraan di rumah, ditempat kerja atau ketika bersama kawan-kawan. Gembira adalah emosi berlawanan dengan stress. Begitu juga penyakit lawannya adalah sihat, keganasan lawannya adalah kedamaian.
Adakah anda anti perang atau pro kedamaian? Adakah Anda lawan cakapan buruk orang lain terhadap Anda atau terus berusaha memburu kejayaan? Adakah Anda anti yang negatif atau pro yang positif? Jawapannya fokus kepada yang positif, kerana itu lebih baik dari melawan yang negatif.



with luv,

Thursday, April 12, 2012

almost a month...



Salam,


Pejam celik pejam celik hampir sebulan rupanya biarkan blog nih bersawang. Bila tgk last n3 date, perghh giler lama nya tak update blog. Haha... Kenapakah? Oh sebetulnya ada byk benda nak update dalam blog. Tapi masa tidak mengizinkan. bz bz bz dgn keje hakiki. Makanya yang tak hakikinya terpaksalah mengalah. Blog craft pon dah lama tak jenguk and update n3 baru. Aduhai lah.


Ok, dari mana? kat mana? cam ne nak mula nih? haha... tu lah penangan meninggalkan blog terlalu lama.. Sampai dah tak tau kat mana nak mula. fuh... ok, relax... relax... take ur breath.. ahaa...


Kita mula dengan aktiviti paling baru lah... Yang masih segar dalam ingatan. Kira masih dalam mood nih lagik la. Setelah sekian lama tak berspa, smalam aku pegi spa untuk mereleasekan segala urat² kepala yang dah kejong nih. So kali ni spa yang menjadi pilihan ialah Tajrii Spa. Kenapa Tajrii Spa? Pertama sebab dekat dengan umah. Kedua sbb ada promotion. haha... Tak lah, dah lama nak gi Tajrii Spa ni sbnarnya tapi tidaklah berkesempatan. Kebetulan this month birthday my bonda. So bawalah bonda sekali sebagai hadiah harijadi. 





Gambar kat dalam tak ambil. Terlupo nak ambil. Punyalah syok berspa sampai terlupa nak snap pic. Tapi honestly, tempatnya agak menarik. Ala² Serenity Spa jugak lah. Dan yang paling bestnya ialah muslimah spa. So takderlah rasa cuak sangat kan. Kalo unisex spa nih mulalah nak nyorok sana nak nyorok sini. Ahak. 




Ni la promotion yang aku ambil. Tapi aku ada add on sauna ngan jacuzzi mil bath. For my bonda aku tambah sauna and for me jacuzzi milkbath enuff dah. Kat Tajrii Spa ni yang paling best ialah facial. Memang bestlah. Massage dia aku tak berapa suka sebab sakit skit. Aku kan tak tahan part sakit² nih. Tu sebab aku tak penah gi urut. Jacuzzi milk bath pon aku suka. Berpeluh² aku berendam dalam bath tab tu. 


Ok antara Serenity Spa, Eurosense dan Tajrii Spa yang pernah aku gi semuanya ada pro and cont. Eurosense tu unisex spa so agak tak sesuai untuk muslimah. Bagi aku la. Tapi masa aku pegi dulu nasib baik x de lelaki. Yang datang semua pompuan jer. Dan Eurosense nih agak mahal harganya. Yer la kira setara dengan kemudahan yang di sediakan.Tapi utk first timer ada discount. So itulah sekali aku datang. Eh tak. aku ambik pakej kat Eurosense. 3x pakej kalo tak silap. Bila di hitung² mahal jugak aku bayar. huhu. Facial dia pon best sebab tu aku 'terpedaya' dgn produk Dermedex tuh. terpedaya atau aku yang menggatal nak cuba ntahlah. 


Serenity Spa aku suka suasananya. Konsep Bali. Muzik Bali. Massage pon aku suka sebab tak sakit. haha. Sauna and milk bath pon aku suker kat sini. Tapi facial aku tak suka kat Serenity Spa. 


Kat Tajrii Spa ni lak aku suker Facialnya. memang best lah. Jacuzzi ngan milk bath pon okey. So kesimpulannya, lain tempat lain caranya. Tepuk dada tanyalah selera. Jangan lupa tanya poket juga. hehhehe..;-)






with luv,