Friday, December 9, 2011

Tentang Dhia : Ep 17

‎"Dhia, 
Abang tak tahu apa akan jadi esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, ataupun sepuluh tahun kemudian, Abang tak boleh ramal nasib kita berdua, tapi sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, Abang akan berikan cinta Abang, hati Abang, seluruh jiwa Abang pada Dhia. Dan yang penting sekali, Abang akan bahagiakan Dhia seumur hidup Abang. Abang janji."








Bahagianya hidup kalo dapat laki cam nih kan? How sweet si Zikir nih. Romantik okeh. Kalaulah di alam nyata pon ada lelaki cam ni mesti aman damai jer kehidupan perempuan² hari ni kan. Yer lah kan, perempuan ni hatinya lembut. Tak perlulah nak melambakkan dengan wang dan kekayaan, cukuplah dengan sikap bertanggungjawab cam ni. Rasanya kalau dapat suami yang bertanggungjawab ni pon dah seribu rahmat dalam kehidupan seorang isteri kan. 








with luv,

Thursday, December 8, 2011

Suria di Cordoba





Ok, ni citer yang ai layan every week. Memang tahap tak bley miss punya. Kalo miss mulalah tak senang hidup. hahhaha... Tgk citer nih terasa nak gi Cordoba plak. Padahalnya tak pernah pon tau Cordoba ada tempat menarik cam nih. huhu. Punyalah kan penangan citer Suria di Cordoba nih.


Ok, start permulaan citer lagi ai dah suker dengan watak Putera walaupon Putera tu di gambarkan bongkak dan berlagak tapi ai suker! Eh, ke sebab memang suker kat Adi Putra tuh? hahhaha


Ala Putera tu bukannya memang semulajadi berlagak. Faktor hidup membuatkan dia cam tu. Tapi ok lah kan, sebab finally dia sedar akan kesilapan dia. Tu yang buat ai makin suker dengan Putera.


Jujurnya, ai pilih Suria dengan Putera berbanding Tg. Huzir. Nampak lebih sepadan dan sesuai Suria dengan Putera. Suker! Dan harap²nya ending nnt Suria pilih Putera la..... Tg. Huzir tu bagi jer la pada Dr Roziah yang dah lama giler minat kat Tg. Huzir tuh kan. Sian dier lama tunggu Tg. Huzir. 



Nampak tak gaya Adi Putra yang macho nih?


 Sari Yanti yang memang sangatlah awesome. Lawa seh.


 Mak Cik Salmah.



 Tengok tengok... Putera memang macho!



 Macho man! Buleh giler bayang cam nih... hahha


 Dulu minat gak kat Fahrin Ahmad nih. La nih dah beralih arah ke Adi Putra plak. 
Bye Fahrin. hahhaha

 2 jejaka yang pernah bertakhta di hati... muhahhaha




Sinopsis Suria Di Cordoba

Suria Di Cordoba menceritakan tentang seorang gadis moden campuran Melayu-Sepanyol iaitu Suria Khadijah Parker (lakonan Sari Yanti), yang memilih menjadi aktivis untuk membebaskan dirinya dari dunia kebendaan.
Kemudian, Suria yang bekerja dibawah Indra Putra bagaimanapun telah mengambil keputusan untuk berhenti walaupun dibayar dengan gai yang lumayan. Ini kerana Suria tidak tahan dengan sikap Indra yang memperkecil dan memperlekehkan dirinya.

Dalam usaha untuk menjejaki sejarah cinta kedua ibu-bapanya yang bermula di Cordoba, dia pula diuji oleh Allah dengan cinta yang luar biasa. 

Sewaktu di Sepanyol akan berlakunya sedikit konflik percintaan yang belaku antara Suria dengan dua jejaka iaitu Tengku Huzir (Fahrin Ahmad) dan Indra Putra ( Ady Putra)

Bagi mengetahui kesudahannya saksikan Suria Di Cordoba di Astro Prima (saluran 105) setiap hari Selasa jam 9 malam mulai 7 Jun ini.
















with luv,

Wednesday, December 7, 2011

Ombak Rindu




Semalam berjaya tgk citer yang menjadi sebutan ramai nih, Ombak Rindu. Citer ni memang sarat dengan emosi. Walaupun jalan cerita a bit slow, tapi best. Tak perlu dialog yang panjang berjela, cukup sekadar mimik muka dapat menggambarkan perasaan yang bergelora. Syabas Maya Karin yang berjaya membawa watak Izzah dengan jayanya dan juga Aaron Aziz. Oh ai loike Aaron Aziz! Walaupon ada part yang agak klakar si Aaron ni berlakon tapi ai suker! Suker dengan citer nih!


Sedih giler citer nih. Pergolakan emosi seorang wanita yang sangat sarat. Apabila cinta tidak dapat di ungkapkan dengan kata², hanya air muka yang bisa menggambarkannya! 


Kadangkala, cinta bukan untuk di miliki. Cukup sekadar utk di rasai!.....


Izzah si gadis kampung. 


 Cinta yang suci boleh mengalirkan air mata gagah seorang lelaki. Tak percaya? Try lah... hahhha









Sinopsis Filem Ombak Rindu


Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.


Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?







with luv,