Thursday, November 4, 2010

Bayar diri anda dahulu ?

Salam,

Apakah maksud tajuk n3 nih yer? Terima email dari admin pengurusan wang mengenai bayar utk diri sendiri terlebih dahulu. Intipatinya adalah menyimpan wang di awal gaji. Ok, saya admit, saya sangat rajin culas untuk membuat simpanan dan sangat rajin mengorek simpanan.. hehehe ... Nih kalau dah terpaksa nak buat cam ne kan.. (alasan ... )

Tiba-tiba berazam, yer saya akan mula menyimpan secara tetap tahun hadapan. Thn hadapan? Giler lama lagi.. Okla dr takde azam langsung kan... Bukan sengaja pun. Hujung² tahun memang selalunya memerlukan perbelajaan yang lebih dari biasa.
Hujung tahun.... road tax kereta mati ....
Hujung tahun ... kene major service kereta ...
Hujung tahun... preparation utk adik naik skola... 
Hujung tahun ... cousin nak kawen ...so kena blk kg.
Hujung tahun ... sy nak realisasikan impian saya...
(yg nih yg paling teruja skali .. )
Hujung tahun... ada byk agenda..

Semuanya memerlukan perbelanjaan lebih dari bulan² yang biasa.. Kenapa saya ingin memulakan azam pada tahun hadapan sbb..... mengikut kemampuan poket saya... sbb saya nak refinance semua perbelanjaan bulanan.. nak keep track ke mana aliran duit setiap bulan... nak manage semula perbelanjaan dan tanggungan...

Dgn ini, saya berjanji dengan diri saya sendiri untuk memulakan fix saving every month bermula Jan 2011... Yes!!! 


 Menguruskan wang lebih berhemah ... 


Dan... ini harus juga untuk menambah saving ...



p/s: saya tak nak termasuk dalam statistik manusia mental di malaysia ini seperti mana yang di laporkan di akhbar²... Semakin ramai rakyat Malaysia yang mengalami tekanan mental...  jadi, langkah pertama adalah manage kewangan dgn bijak!



with luv,

Monday, November 1, 2010

Terlajak kata, tiada maafnya....



Aku tak faham
sungguh aku tak faham
dengan manusia berhati batu
atau mungkin lebih keras dari batu

aku tak faham
kenapa ada manusia
yang suka berlawak jenaka
perkara yg melibatkan jasad dan nyawa

Tidak punya hatikah?
Tidak punya perasaankah?
Mungkin belum kena di hidung mereka
maka sewenangnya berkata dan terus berkata....

Tanpa menyedari ada yang terluka
yer... kerana apa?
kerana mereka belum terima seumpamanya
maka berkata-kata itu terlalu mudah di bicara...










Al-fatihah untuk arwah Mustamirah. Moga kau damai di sana. Tiada apa yang dapat ku kirimkan hanya doa....doa dari seorang sahabat ... 








with luv,

Perginya seorang sahabat ...


Salam,

Pagi subuh semalam 31 Oct 2010, saya telah kehilangan seorang sahabat yang saya  kira sangat baik, Mustamirah bt Md. Hilal. Perginya arwah di sebabkan sesak nafas. Dan arwah baru sahaja 12 hari melahirkan seorang bayi perempuan yang bernama Naurah Awni. Sangat hiba dan sebak mendengar berita pemergian beliau. Saya tidak kuat untuk menaip semalam. Tiba² segala memori ketika bersama dengan arwah terpancar di kotak fikiran seperti tayangan filem. Satu per satu keluar di kotak fikiran. Sedey. Sangat Sedey.
Arwah yang saya kenali adalah seorang yang periang. Mungkin saya bukan terdiri dari kawan baik arwah tapi arwah adalah kawan yang sangat baik kepada saya. Banyak sebenarnya kenangan yang arwah tinggalkan sehingga memaksa air mata mengalir tanpa henti.

Arwah adalah teman bergurau saya di opis. Sikap arwah yang lurus itu kadangkala menjadi bahan gurauan saya dan seperti biasa arwah tak pernah membalasnya. Kadangkala saya sengaja mengusik arwah ketika hayatnya. Saya senang dengan arwah. Seorang yang tidak banyak kerenah dan tak pernah berkira. Seorang yang boleh berbincang dan bercerita. Saya tidak boleh meneruskan coretan ini sebab saya terlalu sebak.... Semalaman saya menangis dan menangis teringatkan momen bersama arwah. 

Sebelum arwah bercuti maternity, saya sering mengusap perut arwah yang sangat 'besar' itu. Oh .... tiada lagi momen ini ..............................

 Gambar arwah 4 tahun yang lalu. Ketika ke Terengganu 2006.
Ceriakan arwah?


Baru saya perasan yang setiap gambar arwah semua wajah yang ceria dengan senyuman lebar. Oh hati, sabar laa.. Semoga arwah lebih tenang dan damai di sana. Tarikh kematian arwah adalah tarikh lahir anak sulung arwah yang telah meninggal dunia 2 tahun yang lepas. Sungguh beruntung arwah kerana ada yang menanti di pintu syurga. Di dunia saat ini, ada yang mendoakan kesejahteraan arwah iaitu anak kedua arwah Naurah Awni.

 Gambar terbaru arwah sebelum bercuti maternity.

Naurah Awni .... Masih belum kenal erti kehidupan..
Masih merah dan mentah ketika kehilangan ...
12 hari usianya ketika ibunya meninggalkannya...

Naurah Awni .... Moga kau membesar menjadi anak solehah...
Yang bisa mendoakan kesejahteraan buat ibumu...
Naurah Awni... anak yang comel dan suci...



sumber gambar : AFY's blog.


sedang bersedey ,