Monday, July 6, 2009

@ 1:09 am

Now jam di notebook telah pun menunjukkan pukul 1 pagi dan me masih lagi dok mengadap notebook di sini . Yang sebenarnya me sedang mengupload stok terbaru tudung NurBarakah printed dan juga NurBarakah Limited edition! Jom layan stok baru... klik sini.


shop now!

Hampir seharian aktiviti penuh hari ni. Letih. Sangat meletihkan. Demi minat ku turutkan jua. Sempat juga me buat coklat mlm ni. Perisa baru. Dark chocolate with mint flavour. Not bad jugak rasanya. Dan juga me mencuba resepi baru, kurma bersalut coklat dengan inti badam. Memang sesuai untuk bulan puasa yg akan datang nih tapi tak sempat nak snap gambar sebab nak tengok mentor separuh akhir ke 2. Ahak.

Menci ler si chaq tuh tak kuar2. Performance tak la bagus sgt. Apa pun me suka sbb Fira masuk final. Ramalan me black akan menjuarai mentor 3 kali ini.

okey, mata dah semakin kuyu nampaknya. zzzzzzzzzzzzzzzzz....




with luv,

Friday, July 3, 2009

Nur Kasih - Ep : 6




Episod 6


Adam meninggalkan Nur Amina di stesen keretapi dan berlepas ke Australia sendirian. Nur Amina yang sendirian terpinga – pinga ditinggalkan disitu. Nur Amina mencari rumah sewa Nabila dan menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya.

Adam kembali kepada Katrina. Adam melamar Katrina untuk menjadi isterinya tanpa memikirkan Nur Amina yang ditinggalkannya di Malaysia.

Nur Amina akhirnya dapat meneruskan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa seperti yang diimpikan selama ini.


p/s: me sangat suka menonton cerita ni tapi me tak suka menonton cerita ni beramai² kerana cerita ni selalu buat me menangis. ahak..


with luv,

Thursday, July 2, 2009

berita demi berita....

Today me received 4 berita. Ada yang duka ada yang gumbira. Oh, inilah kehidupan...

Berita 1 :
My cousin keguguran bayi kembar yang berusia hampir 5 bulan setelah hampir 3 tahun usia perkahwinan. Baru kuar dari hospital Kajang n now telah pun berada di kampung untuk sesi berpantang.

Kepada Achik & Rahim : Bersabarlah yer, mungkin rezeki masih belum berpihak lagi dan mungkin juga ada hikmah yang lebih baik yang bakal di terima. Banyakkan sabar, kerana ganjaran untuk org yang sabar sgt besar nilainya.

Berita 2:
My sis warded at Ampang Puteri last night. Pagi ni baru nak buat full check up. Doktor suspect apendiks dan juga semalam selepas ujian air kencing di lakukan, my sis di sahkan pregnant 2 minggu. Masih awal. So masih tak tau apa statusnya hari ini. Adakah kandungannya akan terjejas? wallahu'alam.. Doakan my sis yer...

To Kak Ima & Abg Mahathir : Berdoa banyak². Mudah²an Allah permudahkan segalanya.

Berita 3:

My cousin selamat melahirkan anak kedua baby girl hari isnin yang lepas di Pusrawi and now telahpun berada di rumah ibunya di Taman Melati untuk proses berpantang.

To Kak Nozie & Abg Fuzi : Tahniah yer. Mika dah ada kawan skang nih. Insyaallah kalo tak de aral melintang dlm minggu ni kitorg datang tgk baby.

Berita 4 :

My atuk warded at Hospital Muar pagi tadi jam lebih kurang 4.30 am. Camne nak balik kampung yer? My sis pun warded jugak so terpaksalah memilih salah satu. Apa pun moga atuk cepat sembuh. Insyaallah bila keadaan dah sedikit reda, kami akan balik kg melawat atuk.
To Atuk : Semoga cepat sembuh.

To Acik Ju : Terima kasih kerana bersusah payah menjaga atuk selama nih.

*************************

Inilah yang di namakan sebuah kehidupan. Suka duka bercampur mesra hingga melahirkan perasaan yang tak mungkin dapat di ungkap melalui kata². Cabaran dan dugaan pasti akan datang menjelma moga kami semua lebih tabah dan lebih bersyukur dengan rezeki yang tuhan berikan. Amin.


with luv,