Monday, June 29, 2009

10th Anniversary of Friendship

cuppies ni sepatutnya me bawa semasa photosession smalam tapi malangnya tertinggal pulak. Punyalah semangat menempah cuppies nih... Memang frust... tapi terubat biler tgk pic kat bawah nih..


Hadiah untuk kami sempena ulangtahun ke 10 friendship kami. Sangat suka dan sangat seronok dengan hadiah ni.

Date : 28 June 2009
Time : 7.30 am - 11.30 am
Venue : Taman Pertanian UPM, Serdang

Theme Color : Blue & White














************************************

After photoshoot session, kitorg gi karaoke@ Endah Parade. Planning asal sepatutnya kami bergegas ke Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam. Tapi di sebabkan hari pun dah menjelang tengah hari, di tambah dengan keletihan tersenyum sepanjang 3 jam sesi fotografi so kami tukar ke plan B. Karaoke adalah kerja paling bod*h utk me yer! Segala sora² sumbang sumer terkeluar. Hahahhaha.... Nasib baik dok dlm bilik, x der ar malu sgt.


Emy & Fiza

me & Fiza

Semangat berkaro-okey ..

Fiza naik seh...

Emy melepaskan tensi...


Sekian dulu n3 gedik kali ini. Lain kali me update lagik..

p/s: Kepada geng² aku yg sekepala nih.... best la smalam.. windu zaman kolej dulu... kan..kan..kan..


with luv,

Friday, June 26, 2009

Nur Kasih

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih




Tak sabar nak tengok citer nih. Me suka tengok citer ni. Memang layan. Sinopsis citer nih utk hari ini :
Episod 5

Adam masih tidak percaya bahawa Ustaz Hassan sudah tiada lagi. Pada malam kenduri tahlil, Adam tidak menghadirkan diri dan ini menambahkan kekecewaan pada Hajjah Khadijah.

Aidil memujuk Adam untuk memohon maaf kepada ibunya. Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Australia tanpa membawa Nur Amina.

Nur Amina yang terdengar perbualan diantara Adam dan Aidil merasa kecewa. Aidil meminta Adam membawa Nur Amina kerana sekarang Nur Amina telah menjadi isterinya dan jika dia diceraikan, pasti keluarga mereka mendapat malu.


Kesian nur amina. Cinta tak kesampaian. Peritnya memendam cinta. Cinta tak bererti memiliki. Kadangkala cinta tidak datang apabila di cari tetapi cinta pasti akan hadir bila tiba masanya.


with luv,

Thursday, June 25, 2009

~ Antara aku dan hatiku .. ~

Ini adalah catatan hati... di tulis dari hati menggunakan bahasanya ...

"Haruskah aku terus mendiamkan diri darinya?" aku bertanya pada diri.
"Kenapa aku begini? kenapa aku harus mendiamkan diri?" Aku bertanya kembali.
"Kerana dia pernah menyakitiku. kerana dia pernah melukakanku".

"Dia itu siapa? Kawan? Kekasih? atau siapa? Kenapa aku masih belum memaafkan dia?" aku terus bermonolog sendiri.

Diam lagi. Pelik bukan? Bila bercakap soal dia, atau seseorang yang dianggap istimewa. Kita akan tersenyum. Unik bukan?

Sekalipun ada orang menyimpan duka, kesedihan, bahagia atau kegembiraan. Mereka akan tetap tersenyum. Namun sudah pasti, senyuman itu menyimpan beribu makna. Hanya dia yang tahu. Entahlah, apabila menyebut soal cinta dan percintaan. Pasti menyelinap rasa mesra di hati. Sungguh ajaib bukan?

Ramai manusia yang datang dan pergi dalam hidup ini. Hanya sahabat yang tulus dan jujur akan meninggalkan jejaknya dia sanubari. Untuk menguruskan diri sendiri, seseorang memerlukan mindanya. Tetapi, untuk mengurus orang lain, seseorang memerlukan hatinya. Hanya sesuatu yang lahir dari hati akan jatuh ke hati. Benarkan?

Semua orang boleh menghukum pada zahir, tetapi ukuran sebegitu selalunya tidak tepat. Ramai yang ditipu dan tertipu kerana fizikal. Akhirnya kecewa dan dikecewakan. Ingatlah, kebenaran akan tersingkap. Esok atau lusa, sekarang atau akan datang, kejujuran akan muncul juga di atas sekeping hati yang tulus. Lalu ia meninggalkan kesan yang abadi. Seperti aku hari ini.

"Dia adalah seorang sahabat sekarang.. yer, dia pernah dekat denganku..dan.."
"Dia khianati dirimu?"
"tidak, tidak pernah"
"Dia pernah buat dirimu marah?"

Diam.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sesama manusia. Marah itu sekadar satu tanda bahawa diri ini mengambil berat terhadap apa yang dia lakukan. Mungkin dia pernah membuat diri ini marah. Tetapi dia tidak pernah mengkhianati. Lagipun, jika diri ini pernah dikhianati sekali… sudah pasti dia sudah disingkirkan. Hanya orang bodoh sahaja membiarkan dirinya dikhianati sebanyak dua kali.

"Dia tidak pernah mengkhianati diri ini, namun hanya Allah SWT sajalah yang tahu."

Entah! Aku tidak mampu hentikan rona di jiwa daripada memikirkan dia. Sedangkan manusia yang berjiwa besar itu akan memikirkan tentang idea baru. Manusia yang berjiwa sederhana akan memikirkan peristiwa seputarnya. Hanya orang berjiwa kerdil sahaja tidak mampu melepaskan dirinya daripada memikirkan tentang seseorang. Aduh! Adakah aku seorang yang berjiwa kecil? Aku cuma tidak dapat melupakannya, aku terasa kehilangan.

"Kehilangan?"

Aku teringat ada orang menyebut bahawa seseorang yang kehilangan harta, dia kehilangan sesuatu yang berharga. Jika dia kehilangan sahabat, dia kehilangan sesuatu yang lebih berharga. Namun, jika dia kehilangan kepercayaan, maka dia hilang segalanya.

"Kau pernah memilikinya?"

Diam.

"Tidak .. tapi .."
"Jadi, kenapa harus rasa kehilangan?"
".. tapi .. aku pernah memilikinya dulu .. "
"Bukankah kini kau bukan miliknya lagi?"
"Yer, aku bukan miliknya lagi .. "
"Jadi, kenapa tidak kau lepaskan dia pergi?"
"Lepaskan? Bagaimana ?"
"Lupakan terus memori bersama dia.. kau mesti boleh memaafkan dia juga"
"maaf?"
"yer, maafkan segala kesilapan dia dulu. "

Diam.

"Sudahlah, adakalanya memaafkan itu lebih baik dari menyimpan rasa. Lepaskan segalanya, kau pasti akan berbahagia walau tidak bersama dia."
"Jadi, kau suruh aku memaafkan dia?"
"Yer kerana itu lebih baik dari kau menyimpan dendam yang boleh membakar dirimu"

"tapi.. dia tak pernah menyatakan maaf padaku. Kenapa aku harus maafkan dia"
"Untuk ketenanganmu. Percayalah, selepas kemaafan di beri, jiwamu pasti akan tenang."

"Aduh, sukar juga."

"Itulah, kadangkala terlalu sukar untuk memaafkan. Tetapi, bukankah kemaafan itu lebih baik dari menyimpan dendam?"

"Jika aku memaafkan dia, haruskah aku bertegur sapa dengannya?"

"Tidak, diam itu lebih baik kerana aku tidak mahu kau lebih terluka. Ada kalanya, apa yang kau rasa, kau lalui, lebih baik dirahsiakan, kerana itu akan melindungi luka di hati daripada berdarah kembali"

"Ya, aku sedar. Akan ku simpan maaf ini menjadi doa.Insyaallah.."


with luv,